6 | Suasana

7.1K 684 59
                                    

"Ini kuih apa Ustaz?" Soal Ayden sambil mengangkat kuih berwarna hijau itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ini kuih apa Ustaz?" Soal Ayden sambil mengangkat kuih berwarna hijau itu.

"Ini kuih ketayap, sedap. Manis, macam pembuatnya." Mata Ustaz Malik melirik ke arah Puan Arwa.

"Abang ni, pukul kang."

Ayden hanya tersenyum, sedikit sebanyak terasa sedang meluangkan masa bersama keluarga sendiri.

"Jangan kacaulah!" Entah dari mana Marwah muncul bersama telefon yang melekap ditelinganya.

Kuih ketayap diambil, lalu digigit kasar. Geram betul dengan Salman yang tak habis-habis nak call takut dia lupa akan tugasnya.

"Okey, bye!" Button berwarna merah ditekan.

"Amboi, marahnya.." Usik Ustaz Malik.

"Tak adalah abah, si Salman sikit call, macamlah Marwah lupa pasal kerja.."

Kata-katanya terhenti apabila Puan Arwa menjuihkan bibir kearah Wais. Lupa pula dia, ada lelaki tu.

Tak perasan.

"Harini mengajar tak?" Soal Puan Arwa.

Air teh dituang ke dalam cawan, lalu diberi kepada anaknya, Marwah.

"Kan hujung minggu ni bu, mana ada orang kerjalah."

"Ha apa kata kamu bawa si Wais ni pusing-pusing kampung, ajak sekali kawan kamu nama Fara tu."

"Tak naklah, Fara tak ada harini dia kerja ganti doktor lain."

"Tolonglah anak abah yang cantik ni, abah dengan ibu harini ada urusan dekat luar."

Wajah abah dilihat, ini aku lemah ni bila dia buat muka macam tu. Wajah ibu dipandang, pun sama seperti mengharapkan aku.

"Okey, tapi kejap je."

"Guna basikal ibu dengan abah tak apa." Puan Arwa mula bangun.

"Mari Wais, makcik tunjuk basikalnya."

Ayden pantas bangun mengikuti Puan Arwa ke stor belakang rumah. Terdapat dua basikal yang agak lapuk seperti zaman dahulu tetapi masih kukuh.

"Tak naklah naik basikal ibu, Marwah nak jalan kaki je."

Apa ibu ingat ni macam dalam novel tu ke? Naik basikal sama-sama, lepastu terjatuh dekat sawah padi, lepastu cinta pandang pertama? Euw..

"Ke awak tak reti?" Soal Ayden tiba-tiba.

Eh mamat ni, kecik besar kecik besar je aku pandang.

"Sorry? Setakat basikal ni senang sangat okey." Lelaki bernama Wais Ayden itu dijeling.

"Kejap ibu ambil kain, nak lap-lap sikit."

"Eh tak payahlah makcik, nak ronda sekejap je. Lap pakai tangan pun boleh."

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now