19 | Flashback

5.6K 626 60
                                    

Nafas ditarik panjang sebelum dihembus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nafas ditarik panjang sebelum dihembus. Pertama, dia harus kawal marah dari tuduh Fara melulu. Pintu ditolak, Fara yang sedang melihat laptop dituju.

"Hye, sakit apa ya?" Soal Fara kepadanya. Mata wanita itu masih memandang laptop.

"Aku ni."

"Eh kau, tapi bukan ke appointment dah lepas haritu? Ke ada yang tak kena?" Fara mula merapatinya.

"Aku okey. Aku datang ada benda nak tanya. Aku cuma nak kau jujur je." Sampul berwarna coklat diletakkan di atas meja.

"Sampul apa ni?" Fara mula mencapai dan membukanya.

"Baca." Senada arahan Marwah.

Fara meneliti kertas-kertas di dalam sampul coklat itu. Semuanya dibaca tekun, tiba-tiba matanya membulat. Dia tak faham, kenapa dia pula yang dituduh?

"Jadi ada apa-apa yang nak dijelaskan?" Soal Marwah dingin. Wajah Fara direnung tajam.

"A... Aku tak tahu. Sumpah!" Pucat wajah Fara menjawab soalan Marwah. Air liur turut ditelan, gementar.

"Jadi kenapa kereta tu atas nama kau?"

Lama Fara berdiam diri, kereta atas namanya? Dahi dikerut, sebelum matanya membulat setelah memori mula menjengah segenap ruang mindanya.

"Kau ingat tak sebelum aku tukar kereta BMW, aku pakai Honda? Lepastu aku jualkan?" Marwah mengangguk tanda ingat.

"Ingat tak ada satu hari tu aku meroyan, cakap pembeli kereta aku tu gila sebabnya dia tak nak datang tukar nama. Lepastu terus lesap, kiranya sampai sekarang kereta Honda tu atas nama aku."

Marwah mengangguk, dia ingat apa yang Fara katakan. Malah dia yang teman Fara tukar nama kerera, tapi pembeli kereta itu tidak datang. Jadi kereta yang melanggar Hazril adalah kereta yang dijual oleh Fara.

"Kau tak cam ke tu kereta kau?"

"Manalah aku nak cam Marwah, waktu aku pakai Honda. Kereta tu warna putih, dan waktu dia langgar arwah kereta tu warna hitam. Haritu kau ada bagitahu ada kesan calar merah ke putih kan? Ha, itu maksudnya dah berapa kali dia wrap kereta."

Ada logik semua yang diterangkan oleh Fara. Lagipun dia tahu Fara jenis kerja 24jam, kadang-kadang nak keluar dengannya pun jarang sekali. Nafas dihela, sekali lagi dia gagal. Awa minta maaf Ril.

"Aku cuma nak tanya tu je dan ada baiknya kau pergi pejabat polis minta surat hitam putih menandakan kau dengan kereta tu dah settle. Takut kereta tu buat hal lagi, kau yang akan kena." Fara mengangguk, mungkin salah dia juga sebab tak cakna.

"Sorry kacau waktu kerja kau." Marwah mula berdiri, kertas-kertas dimasukkan semula ke dalam sampul coklat itu.

"Marwah." Panggilan Fara berjaya membuatkan dirinya berhenti melangkah.

"Aku tau kau kuat dan hebat. Apa-apa pun yang kau hadapi dalam dunia ni, jangan pernah jatuh, jangan pernah rasa down. Kau kuat, aku bangga ada kawan macam kau tau? Aku doa, apa yang kau nak, apa yang kau cari, dipermudah." Fara tersenyum memandang Marwah.

Perlahan-lahan Marwah tersenyum, semoga dirinya kuat Ya Allah.

***

Ayden menghempaskan tubuhnya kuat, pulang dari berjumpa Tuan Ran terus dia tidur dari pagi hingga ke petang. Mujurlah Ustaz Malik tak ada kacau dia.

Zara dan Xen pun entah kemana, masuk tak diundang keluar juga tak dihalau.

"Aku nak kau langgar lelaki tu. Betul-betul depan kedai runcit jalan besar Kampung Selesa. Esok lelaki ni akan keluar dari kereta tepat pukul 12:00 tengahari, 11:30 pagi kau dah kena standby." Arahan Affendi diangguk.

"Langgar bagi mati?" Soal Ayden sambil meneliti gambar lelaki ditangannya.

"Jangan bagi mati, arahan Tuan Ran."

Ayden pantas mengangguk lalu gmbar itu disimpan di dalam pocket blazernya.

"Aku guna kereta mana?" Ayden mula mendekati garage kereta. Di situ tersimpannya kereta-kereta juga motor untuk mereka jalankan misi, sebelum dibaiki atau di wrap untuk kegunaan misi lain.

"Ada kereta baru masuk, baru lagi wrap warna hitam."

Affendi mengambil kunci kereta Honda yang tergantung lalu dilempar kepada Ayden dan disambut kemas. Kereta Honda Accord didekati.

"Ni kereta baru, Xen beli. Entah mana dia rembat, tapi untuk misi clean sebab apa-apa salahnya owner asal kereta ni. Tak tukar nama lagi."

Ayden mengangguk faham sebelum memasuki kereta Honda tersebut, lalu terus dipecut keluar dari gudang.

"Wais!" Laungan di luar rumah membuatkan dirinya tersentak. Datang dah orang tua ni.

Pantas pintu dihampiri dan dibuka. Wajah Ustaz Malik menyapa pandangannya, lupa pula dah petang. Pasti nak ajak ke masjid.

"Kamu solat zohor tak? Ustaz ketuk pintu tengahari tadi kamu tak keluar." Ustaz Malik mula melangkah masuk setelah dipelawa oleh Ayden.

"Solat Ustaz." Ayden tersenyum, jujur sekarang dia banyak solat dan mengaji. Bukan sahaja dihadapan Ustaz Malik, juga dibelakang Ustaz Malik. Dia rasa seronok, malah rasa tidak tenang jika tinggal.

"Dah, kamu siap-siap. Kita nak ke masjid, nak asar dah ni." Ayden pantas mengangguk dan berlalu ke biliknya.

Malik memerhati segenap ruang rumah Wais.

"Kau main tarik tali dengan salah orang Wais Ayden." Malik tersenyum seraya menggelengkan kepalanya.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now