10 | Mimpi

6.6K 587 80
                                    


Aku ada buat Trailer Noob, kalau nak ushar bolehlah, nak skip pun boleh SAYANG SUME SUME ♥️

Nak promote acc team MegDiLegacyOfficial, ada banyak contest pasal graphic nanti, jangan lupa follow!

Nak promote acc team MegDiLegacyOfficial, ada banyak contest pasal graphic nanti, jangan lupa follow!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Gari ditangan Red dibuka,

"Kau okey tak?" Soal Zeera.

"Okey, tapi Zeera aku perasan mamat tu naik kereta Honda sama dengan kereta yang langgar arwah Hazril. "

Pergerangan Zeera terhenti, pistol di belakang seluarnya tidak jadi dikeluarkan, pantas wajah memandang Red.

"Red, aku bukan nak cakap apa, mungkin kau salah pand.." Bicara Zeera pantas dipotong.

"Tak! Aku tahu aku tak silap pandang."

Kapten Hanif hanya menghantar isyarat mata kepada Zeera supaya iyakan sahaja apa yang dikatakan oleh Red. Dia tak mahu wanita itu mengikuti misi mereka kerana ini lah, takut Red masih terkenangkan arwah tunangnya.

"Kau tak perasan nombor plat kereta Honda tu?" Muncul Hilman di sisi Zeera sambil menanggalkan baju kalis peluru.

"Tak, aku hanya nampak sisi dan mamat tu dekat dalam. Wajah lelaki tu pun aku tak nampak, sama macam pemandunya."

Salman yang mendengar mengeluh perlahan, licik. Organisasi Hitam licik, susah nak ditumpaskan. Dari dulu sehingga sekarang tak pernah sekalipun pihak polis berjaya berkas mereka.

"Tahniah atas kerjasama semua untuk misi malam ini, awak semua boleh pulang berehat." Ujar Kapten Hanif dan meninggalkan mereka.

"Baik Kapten!"

***

Beg silang dicampak, tubuh dihempas ke atas katil. Esok nak ke tadika pula, jam menunjukkan tepat 1:00 pagi ditenung seketika.

Siapa lelaki itu? Gerak tubuhnya seperti kenal, tapi siapa? Apa kaitan lelaki itu dengan kereta Honda yang melanggar arwah Ril?

Tanpa membuang masa, dengan malasnya tubuh dibawa kearah tandas, dia perlu bersihkan diri dan solat sebelum tidur.

Cermin tandas yang memantulkan wajahnya diperhati, rantai silver yang diberikan oleh abah disentuh, teringat lagi kata-kata keramat abah saat memberikan rantai ini kepadanya.

"Abah berikan rantai ini kerana abah percayakan Marwah, jaga rantai ini seperti nyawa. Jika ada sesiapa mahukan rantai ini jangan pernah bagi."

"Tapi kenapa bah?" Soalnya bingung.

"Marwah akan tahu sebabnya." Ustaz Malik hanya tersenyum lalu kepala anak gadisnya diusap.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now