47 | Terkedu

5.9K 563 52
                                    

Mata dibuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata dibuka luas. Cahaya yang menerobos ke dalam mata membuatkan mata bundarnya terkedip beberapa kali.

Seingatnya, semalam pandangannya kelam selepas ditembak sebanyak dua kali. Baru sahaja tubuhnya digerak sedikit sudah terasa pedih.

"Ssss..." Sakit. Terasa balutan tebal dibelakang badan.

Tiba-tiba pintu dikuak, sudahlah dia tidak memakai tudung. Sebaik sahaja susuk tubuh itu menapak dengan lebih dekat, Marwah terkedu.

Dia sedang bermimpi atau ini hanya ilusi?

"Abang rindu adik." Tubuhnya dipeluk sedikit.

Marwah masih terkedu dalam baringannya. Adakah ini abang kandungnya? Kenapa tiba-tiba abangnya muncul?

"Kau fikir apa? Aku Marleeq lah, abang kau."

"Mar...leeq?"

Laju kepala Marleeq mengangguk tanda ya. Tidak sangka adiknya yang dahulu selekeh dan serabai boleh jadi secantik ini.

Marwah masih menayang muka tidak percaya. Semuanya seperti tiba-tiba. Siapa sahaja yang akan percaya bukan?

Marleeq mengeluh, baju diselak lalu parut ditunjuk.

"Nah bukti."

Sekali lagi Marwah terkedu, benar. Dia kenal parut itu. Parut ketika abangnya dihalau keluar dari rumah. Perlahan-lahan matanya berkaca memandang Marleeq.

"Sekarang kau percaya aku kan dik?" Marleeq menggosok kepala Marwah sebelum tersenyum.

"Kau pergi mana bang?..." Soal Marwah perlahan.

Marleeq terdiam, mata memandang Marwah.

"Abang ada selalu dengan kau cuma kau je yang tak perasan." Jawapan selamat.

Suasana sepi, hanya bunyi burung yang berterbangan diluar dan bunyi tapak kaki manusia berlaga dengan lantai. Marwah memandang Marleeq, begitu juga Marleeq memandang Marwah.

"Abah dengan ibu dah tak ada bang." Beritahu Marwah. Baju Marleeq digenggam.

Mata Marleeq masih memandang ke arah tingkap. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Dia tahu abah dan ibu sudah meninggal, bahkan dia tahu siapa pembunuhnya.

"Sudah Marwah, abang tak nak dengar kau cakap pasal arwah abah dan ibu."

Marleeq melepaskan genggaman tangan Marwah di bajunya. Terkedu Marwah dibuatnya.

"Abang masih marah?"

Mengenangkan kejadian beberapa tahun yang lalu, siapa sahaja tidak marah? Siapa sahaja tidak sedih? Bila dibuang keluarga sendiri.

Soalan Marwah dibiar sepi tanpa jawapan.

"Kalau abang masih marah dengan arwah, padamkanlah rasa tu. Mereka menyesal, abah dengan ibu dulu bersungguh cari kau bang."

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now