15 | Bom

5.7K 578 8
                                    

Hazril memandang Marwah yang sedang melakukan kerja, dari tingkat atas ini dapat dilihat bekas tunangnya yang cekap menekan keyboard laptop

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazril memandang Marwah yang sedang melakukan kerja, dari tingkat atas ini dapat dilihat bekas tunangnya yang cekap menekan keyboard laptop.

Dengan adanya teropong ini, segala perbuatan Marwah diperhatikan. Satu kata yang ingin dia ungkapkan jika kini dia mampu berdepan dengan Marwah ialah

Rindu.

"Kenapa? Kau rindu?" Tegur suara Ran sinis.

Senyuman di bibir sebentar tadi terpadam, gila! Tak sepatutnya dia fikir begitu, dia hanya bergantung pada Tuan Ran, jangan belot hanya kerana wanita.

"Kau boleh dapat Marwah semula, kalau kau bagi aku cip tu."

Terus Tuan Ran berdiri, meninggalkan Hazril yang terkebil-kebil di situ.

***

"Tuan Ran, Malik dan isterinya tiada di rumah." Beritahu Farhad sebaik sahaja melihat Malik dan Arwa keluar dari rumah bersama baju melayu dan telekung.

"Ayden?"

"Keluar juga, mungkin mereka ke masjid, solat terawih."

Tuan Ran mengangguk, rokok dihembus keudara. Malik dan Arwa, lama tidak melihat wajah tua itu.

"Suruh Xen dan Zara selongkar rumah tu. Pastikan clean." Arah Tuan Ran.

Pantas Farhad mendail nombor Zara, tubuh dibawa jauh sedikit dari Tuan Ran. Sempat pintu bilik Tuan Ran ditutup.

"Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam!" Sapa Zara ceria.

"Tuan Ran arahkan kau dan Xen pecah masuk rumah Malik dan Arwa. Kau tahukan plan rumah Malik?"

"Tahu."

"Bagus, goodluck wife. Sikit je lagi, semua ni akan berakhir. I love you, assalamualaikum."

Punat merah pantas ditekan sebaik sahaja kelibat Tasya menghampiri.

"Abang." Panggil Tasya.

"Abang dengan kak Zara ada apa-apa ke?"

Farhad hanya membiarkan soalan itu sepi tidak menjawab. Jika dilayan, makin mengarut pula soalan nanti, baik dia berdiam diri.

"Abang tahu kan yang.. Tuan Ran percayakan Tasya. Jadi, baik abang jawab pertanyaan Tasya." Ugut Tasya sambil tersenyum.

Cis! Budak ni, kalau ikutkan hati mahu sahaja ditampar, dasar penyebok. Mulut pula celupar.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now