34 | Sakit

5.6K 601 23
                                    

Marwah dan Ayden sama-sama berdebar menunggu keputusan doktor diluar unit kecemasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Marwah dan Ayden sama-sama berdebar menunggu keputusan doktor diluar unit kecemasan.

Fara rakan Marwah turut ada menenangkan wanita itu. Ayden tahu Marwah masih mengambil ubat untuk menghilangkan kemurungan dan tekanan.

Dalam situasi kini, tak mustahil jika penyakit Marwah menyerang lagi. Mujur Fara boleh memujuk Marwah. Ayden mengeluh, perasaannya bercampur aduk.

Marah, kecewa, kesal! Marah akan diri yang tidak peka. Kecewa akan diri kerana tiada dalam situasi tersebut dan kesal dengan diri kerana membiarkan Tasya.

Disebalik kejadian ini pasti ada kena mengena dengan Tasya. Lihatlah sekarang, gadis itu entah ke mana hilangnya.

Ya Tuhan... Tolong selamatkan Ustaz Malik dan Puan Arwa. Dalam hati tidak terkata berapa kali dia berdoa begitu.

"Marwah, jangan macam ni." Pujuk Fara sambil menggosok bahu sahabatnya.

"Ibu abah aku Fara. Kalau apa-apa jadi dengan mereka, macam mana?" Marwah menggigit bibir. Air mata cuba ditahan dari berguguran.

"Sabar Marwah, kita tunggu doktor."

Sebaik sahaja ayat itu meluncur keluar dari mulut Fara, pintu unit kecemasan terbuka.

Pantas Ayden, Marwah dan Fara berdiri mendekati doktor tersebut.

"Maaf."

Sepatah perkataan yang mampu membuatkan Marwah jatuh ke dalam pelukan Fara sambil menangis teresak-esak manakala Ayden kaku berdiri dengan mata yang kian merah.

Ustaz Malik dah tak ada. Seolah tidak percaya, baru pagi tadi mereka berbual mesra sewaktu sarapan. Ustaz Malik siap ajak dirinya pergi memancing malam ini.

Satu persatu kenangannya bersama Ustaz Malik dan Puan Arwa berputar. Saat pertama kali mereka bertemu.

"Ya nak, ada apa cari saya?" Ustaz Malik mula membuka pintu pagar yang menghalang antara jejaka dihadapan dan dirinya.

"Saya nak belajar dengan lebih mendalam tentang agama islam." Dalam hati sumpah dia tak maksudkan apa-apa.

Saat Ustaz Malik mengajarnya untuk mengambil wudhu.

"Kamu tahu ambil wudhu?" Soal Ustaz Malik sambil memandang Ayden.

Ambil wudhu? Yang basah muka kaki tangan tu ke? Ayden menggaru kepala cuba mengingati apa yang Farhad ajari sebelum ini.

Kepala digaru tidak gatal, sumpah tak tahu.

"Tak tahu cakap sahaja Wais, tak apa Ustaz ajar Wais satu-satu ya? Wais ikut tau." Lembut bicara Ustaz Malik.

Saat Ustaz Malik menegurnya.

"Ustaz, sakitlah!" Lengan direntap.

Terdengar keluhan dari mulut Malik yang berada dihadapannya.

"Kamu tak boleh macam tu Wais, ini kan rumah Allah. Banyak jemaah, ada penceramah lagi, tak baik kamu mencarut macam tu." Tegur Malik penuh lembut.

Saat Ustaz Malik mentertawakan dirinya.

"Astagfiruallah Wais!" Terdengar jeritan Ustaz Malik.

Puan Arwa pantas menutup mata Marwah manakala Marwah turut terkejut.

"Kenapa Ustaz?" Soalnya dengan suara serak-serak basah.

"Allahuakbar Wais, mari ikut Ustaz." Pantas tangan Wais ditarik mengikutinya.

Kain pelikat dicapai, lalu diberikan kepada Wais. Lelaki itu pula terkebil-kebil memandang.

"Ustaz tak tahu pula kamu tidur pakai seluar pendek, kalau Ustaz tahu baik Ustaz tunggu kamu bangun tadi."

Saat mereka menyambut hari raya bersama.

"Saya.. sayang Ustaz macam saya sayang ayah saya. Boleh saya peluk Ustaz macam mana Marwah peluk Ustaz?" Pinta Ayden segan.

"Ustaz maafkan. Wais tak ada salah pun dengan Ustaz. Ustaz sayang Wais macam anak sendiri. Terus berjuang di jalan yang benar. Ustaz sentiasa ada untuk tolong kamu. Selamat hari raya juga Wais."

Tap

Tap

Tap

Pantas air mata diseka. Sakit, sangat sakit. Kehilangan Ustaz Malik dan Puan Arwa yang sudah dianggap seperti ibu bapa sendiri.

Allah,

Kenapa kau tak selamatkan mereka? Ayden menekup muka dan terus meninggalkan Marwah dan Fara. Sedang dirinya berjalan, papan tanda surau menarik perhatian.

Masuk sahaja ke dalam surau, esakan dilepaskan. Ustaz... Saya nak belajar islam lagi dengan Ustaz. Kenapa Ustaz tinggalkan saya? Sakit Ustaz. Sakit sangat.

"Mana kau Tuhan? Mana kau?!" Jerit Ayden marah.

"Aku baru nak terima semua ni, kenapa kau ambil lagi mereka?!"

Jeritan diiringi air mata. Dadanya sesak. Sakit yang dialami bukan luaran tetapi dalaman. Tiada ubat.

Rambut digenggam. Kalimah Allah yang indah terpampang di dalam frame membuatkan Ayden memerhatinya.

"Allah, tolong..." Rintihnya sendiri di dalam surau.

Tubuhnya perlahan-lahan dibaringkan di atas sajadah. Mata tidak beralih sedikit pun dari memandang kalimah tersebut.

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now