35 | Kali Terakhir

5.7K 569 42
                                    

Mata terbuka luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mata terbuka luas. Silauan cahaya membuatkan dirinya menggosok mata beberapa kali. Tubuh yang tadi baring kini duduk bersila. Apabila terasa bahunya disentuh, pantas kepala menoleh.

"Nak, sakit ke?" Lelaki tua berkopiah.

Ayden hanya menggeleng kepala. Wajah lelaki tua itu dipandang sekali lagi sebelum dirinya cepat-cepat bangun ingin berlalu.

"Dah masuk waktu asar. Anak tak nak solat?" Pintu surau yang sudah dipegang kembali dilepaskan.

Air wudhu diambil. Dia masih di surau hospital, ini bermakna Ustaz Malik dan Puan Arwa betul-betul tiada? Air mata yang hampir menitis diusap pantas.

"Wais anak ibu yang hebat!"

Bisikan itu terdengar membuatkan dadanya semakin sebak. Dia sudah hilang ibu dan ayah, kini sekali lagi dia hilang mereka yang persis dianggap seperti ibu bapa.

Sebaik sahaja Ayden mengambil air wudhu, sejadah yang sedikit berkedut akibat tidurnya tadi dibetulkan. Belum sempat takbir diangkat, lelaki tua itu memberi isyarat supaya mereka solat jemaah.

Allahuakbar!

Ayden mengangkat takbir mengikuti lelaki tua dihadapannya. Pertama kali, solat tanpa Ustaz Malik di sisinya. Bibir dikemam menahan esakan.

Sebaik sahaja salam diberi, esakannya terlepas jua. Tubuh terasa ditarik ke dalam pelukan seseorang.

"Menangislah nak. Kadang-kadang ada benda kita harus lepaskan pergi walaupun sakit." Terasa belakang tubuhnya diusap oleh lelaki tua itu.

"Pakcik pun pernah rasa kehilangan yang tersayang. Lepaskan sekarang, depan jenazah nanti jangan ada setitis pun air mata menitik."

Dalam tangisannya, Ayden mengangguk faham. Kehilangan saat dewasa lebih menyakitkan kerana kita sudah mengerti erti kehilangan dibandingkan ketika kita kecil.

"Tak ada yang kekal di dunia ni nak. Sabar banyak-banyak, Allah tak akan uji kalau kamu tak mampu."

"Saya tak kuat pakcik... Saya dah anggap mereka macam orang tua saya. Kenapa Tuhan ambil semua?" Ayden membalas perlahan. Dirinya masih diselubungi kesedihan.

"Allah tahu kamu hebat, Allah uji. Allah beri ujian kerana Allah rindu tangisan rayu kita kepada dia. Doalah nak, doa sebanyak yang kita mampu. Minta pada dia dan redhalah. Yang pergi, ikhlaskan. Kita tetap kena tempuh dunia ni walau macam mana sekali pun."

Ayden hanya mampu memejamkan mata. Sakit ya Allah. Sakit kehilangan beginikah ya Allah? Selama ini dia membunuh beratus nyawa, beginikah sakit keluarga si mati alami? Beginikah ya Allah?

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185).

***

Sebaik sahaja solat jenazah, dua keranda diusung ke tanah perkuburan. Marwah sudah tidak menangis lagi namun matanya yang bengkak cukup membuatkan Ayden tahu bahawa wanita itu sudah banyak menangis.

Ramai yang hadir majlis pengebumian Ustaz Malik dan Puan Arwa.  Terdapat juga rakan-rakan kerja Marwah yang dirinya kenal. Sampai sahaja di hadapan dua liang lahad, keranda diturunkan perlahan.

Ayden pantas turun ke dalam liang lahad, dia mahu menatap Ustaz Malik untuk kali terakhirnya.

"Baringkan jenazah atas rusuk kanan menghadap kiblat." Ayden dan dua orang lelaki mengangguk faham. Jenazah Ustaz Malik dibawa ke dalam liang lahad.

Tali pengikat kain kafan dibuka, pipi Ustaz Malik berlaga dengan tanah. Ayden sedaya upaya menahan air mata dari mengalir. Wajah Ustaz Malik yang tenang walaupun sedikit hangus dijilat api.

Tidak betah manatap jenazah Ustaz Malik, papan yang dihulur dari atas dicapai menutupi liang lahad. Sebaik sahaja selesai menutupinya dengan papan, tubuh Ayden dan dua orang pemuda naik semula ke atas dengan bantuan mereka yang lain.

Perlahan-lahan papan itu ditutupi dengan tanah.

Ustaz, semoga kita akan bertemu lagi. Rehatlah Ustaz, tenanglah dikau.

Pengebumian arwah Ustaz Malik dan Puan Arwa berjalan dengan suasana dingin dan damai. Sedikit pun tidak berasa panas.

Hampir sejam lebih, semua mula pulang kecuali ahli keluarga terdekat. Ada juga ahli masjid datang menyapa dan mengucapkan takziah kepadanya dan Marwah.

"Red, aku dengan Hilman balik dulu. Kuat tau? Takziah." Zeera menarik tubuh Marwah ke dalam pelukan.

Hilman hanya menunduk tanda meminta diri. Salman masih memandang Marwah lama.

"Aku nak peluk kau tak boleh. Takziah Red. Aku tahu kau kuat."

Kapten Hanif. Ayden mengalihkan pandangan dari bertembung. Mata Ayden kembali memandang batu nisan Ustaz Malik dan Puan Arwa. Baru sekejap, dah rindu.

"Berehatlah Red. Jangan datang kerja, aku tak izinkan. Fara, jaga Red." Sempat Kapten Hanif mengerling ke arah Ayden sebelum berlalu.

Fara yang setia berada di sisi Marwah hanya mengangguk. Sudah tugasnya sebagai seorang doktor yang merawat Marwah.

Kini hanya tinggal Ayden, Marwah dan Fara. Ayden memandang wajah Marwah. Kalau aku tolak misi ni, mungkinkah Ustaz Malik dan Puan Arwa akan terus hidup?

Astagfirullah! Cepat-cepat dirinya mengucap. Jangan Ayden. Terima semuanya dengan hati yang ikhlas.

"Terima kasih ada dengan abah hingga hujung nyawa abah." Ucap Marwah perlahan.

"Terima kasih Wais. Sekarang awak dah dalami agama, pulanglah ke tempat asal awak. Keluarga awak pasti tengah tunggu."

Mahu Ayden atau Marwah, kedua-dua masih menatap ke arah kubur arwah Ustaz Malik dan Puan Arwa. Masing-masing melayan perasaan.

"Ikut aku Marwah, kau akan selamat dengan aku." Ajak Ayden secara tiba-tiba.

"Saya lebih selamat di sini bersama kenangan ibu dan abah."

"Mereka akan bunuh kau pula suatu hari nanti." Tanpa Ayden sedar, rahsia yang dipegang bocor dimulut sendiri.

"Mereka? Siapa Wais?"

Ayden terdiam. Mulutnya terkatup rapat semula. Jujur dia takut untuk jujur namun semakin lama rahsia ini di simpan, banyak nyawa yang bakal menjadi taruhan.

"Aku bukan islam."

"Aku..."

***















Ha! Mesti berdebar tunggu next chapter kan? SAYA PUN HAHAHAHAH!

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now