18 | Kejutan

5.7K 582 9
                                    

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Soal Marwah kepada Zeera

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" Soal Marwah kepada Zeera.

Zeera memandang Marwah takut-takut. Sampul di tangan di tangan di genggam erat, jujur hatinya sangat berdebar. Apa reaksi Red jika wanita itu dapat tahu bahawa pembunuh Hazril merupakan orang yang rapat dengannya?

"Zeera?" Pandangan Marwah semakin tidak tenang tatkala melihat wajah Zeera kini.

Takut-takut Zeera menghulurkan sampul nipis berwarna coklat itu kepada Red. Sewaktu mendapat tahu perkara ini jujur, dirinya sendiri terkedu. Langsung tidak sangka gerangan itu yang melanggar Hazril.

"Apa ni?" Soal Marwah sambil menyambut huluran daripada Zeera. Jujur, tidak pernah lagi Marwah melihat setakut ini. Pantas sampul coklat itu dibuka.

Nama : Fara binti Abdulllah
Umur : 25 Tahun
Pekerjaan : Doktor Pakar

Dahi Marwah berkerut. Kenapa nama sahabat baik merangkap doktor peribadinya tertera di dalam sampul ni? Perlahan-lahan Marwah mengangkat muka memandang Zeera supaya jelaskan kepadanya.

"Kau ada minta tolong aku pasal cari tahu siapa pembunuh Hazril kan?" Soalan Zeera, diangguk tanda ya.

"Jadi, tu lah hasil dari pencarian aku."

Marwah menarik nafas sebelum dihembus, tak tahu nak gelak atau apa. Dia tahu Zeera seorang yang sangat cekap dalam menguruskan sesuatu kes. Tapi untuk kali ini, tidak. Marwah menggeleng tanda tidak percaya, Zeera melawak.

"Pandai kau buat lawak Zeera, hahaha." Tak masuk akal langsung kalau Fara pembunuh Hazril. Fara itu 24 jam di hospital kot.

Terdengar keluhan keluar dari mulut Zeera, sudah tentulah Red tidak percaya. Terang-terang Fara itu kawan baik kepada Red. Nafas dihela berat. Dia yang siasat pun tidak percaya, apatah lagi Red.

"Ada baiknya kau pergi jumpa Fara, itu maklumat yang aku dapat atas bantuan Hilman dengan Kapten Hanif. Jadi terpulang pada kau nak percaya atau tak." Zeera sempat menepuk bahu Red beberapa kali sebelum berlalu.

Marwah memandang langkah Zeera yang semakin jauh. Sampul di tanggannya digenggam erat. Kejutan apa lagi ni Ya Allah? Gigi diketap geram, kalau benar Fara pelakunya, kenapa tidak berterus terang sahaja?

"Aku harap Zeera yang salah."

***

Ayden melangkah masuk ke dalam gudang mewah itu. Sudah sebulan lebih dia di kampung, dan tiba-tiba sahaja pagi itu dia mendapat panggilan daripada Farhad bahawa ada perkara penting yang membuatkan dia harus pulang. Bau arak di merata tempat serta asap berkepuk-kepuk membuatkan Ayden sedikit batuk. Tiba-tiba lehernya drangkul.

"Minum, bro?" Hazril tersenyum lalu menghulurkan segelas arak kepada Ayden.

Pantas Ayden melepaskan rangkulan itu. Bau busuk, tajam, dan menyengat dari lelaki itu membuatkan tekak Ayden terasa loya. Tidak lama selepas itu terdengar tepukan kuat yang menghentikan aktiviti ahli Organisasi Hitam. Mereka mula menunduk tatkala Tuan Ran berjalan kearah Ayden. Sosok Tuan Ran sangatlah dihormati oleh sema ahli OH.

"Ayden. Lama aku tak bertentang mata dengan pembunuh hebat kita." Tuan Ran menghembuskan asap rokok tepat pada wajah Ayden.

Ayden mengibas-ngibas asap rokok dengan tangannya. Jujur hampir sebulan lebih dia mengamalkan gaya hidup sihat. Tak kira pagi, petang, malam dia akan bersama Ustaz Malik. Jadi, tak hairan kalau gaya hidupnya pun berubah.

"Ada apa yang perlu diselesaikan?" Soal Ayden tanpa basa-basi. Risau Ustaz Malik mencarinya di pagi hari.

Suasana yang tadinya diam menyambut kedatangan Tuan Ran, kembali riuh dan bingit. Ayden hanya mengikut langkah Tuan Ran ke bilik kebal. Sebaik sahaja sampai di sana, seorang pembantu wanita meletakkan sebotol arak berjenama dan dua buah gelas kaca bersaiz kecil.

"Thank you, my dear." Sempat mereka berkucupan dihadapan Ayden sebelum wanita itu beredar.

"Minumlah." Pelawa Tuan Ran kepada Ayden sambil memeberikan segelas arak, namun tidak disambut.

"Kenapa? Puasa?" Sinis Tuan Ran. Ayden hanya diam tidak menjawab.

"Kau tahu ni misi besar, sebulan yang aku bagi cukup lama untuk kau dapatkan cip tu daripada Malik. Cuba kau bagitahu aku, apa lagi bantuan yang kau nak untuk percepatkan misi kali ni." Tegas suara Tuan Ran memandang Ayden dengan pandangan tajam.

"Aku dah tak boleh teruskan misi ni." Jawapan Ayden membuatkan Tuan Ran tergelak besar.

"Sebulan lebih kau di sana, senang-senang kau je kan nak tarik diri?"

Ayden hanya diam, sungguh makin lama dia cuba untuk tamatkan misi ni, makin sukar yang dia rasa. Bukan soal cinta, namun kasih sayang. Sayangnya Ustaz Malik kepadanya, Sayangnya Puan Arwa kepadanya kerana sudi menjaga makan minumnya. Tak pernah dia rasa kasih sayang dalam hidup selepas kematian ibu dan ayah.

"Aku beri tempoh sehingga minggu hadapan. Tepat 1 Syawal, kalau kau masih tak serahkan cip tu kepada aku. Malik dan keluarganya akan mati kecuali Red."

Ayden melawan tatapan tajam Tuan Ran, ini kali pertama dia berani melawan ketuanya. Rasa geram mencengkam diri, dia tak tahu cip itu. Puas mencari tetapi masih tidak dijumpai.

"Kalau kau tak dapat selesaikan misi kali ini, aku sendiri yang akan bunuh kau. Ingat Ayden, tujuan kita di dunia untuk nikmat, kekayaan, dan kepuasan."

"Ouh sebelum tu, kenalkan ini Hazril." Suasana tegang Ayden mula berubah tatkala mendengar nama lelaki itu. Mata Ayden mula membesar, jadi ini lah tun...

"Ya, ini lah cinta mati Marwah dan siapa sangka Red merupakan Marwah. Kesian meratapi akan lelaki yang masih hidup." Tuan Ran mencebik lalu tergelak dengan ejekan.

"Kalau kau masih ingat, inilah lelaki yang aku suruh kau langgar Ayden." Beritahu Tuan Ran lagi.

Sekali lagi jantung Ayden mula berdegup kencang, jadi selama ini yang Marwah dendamkan adalah dia? Ayden mula memegang kepalanya, dari awal dia sudah terlibat, dan kenapa dia langsung tidak menyedarinya? Ah, bodoh Ayden!

"Kau memang sial lah!" Jerit Ayden sebelum beredar.

Hazril hanya mampu melihat langkah kaki Ayden yang berlalu keluar dari bilik Tuan Ran. Dia tahu lelaki itu sedang tersepit, dia pernah ada di situasi Ayden.

Thriller : Wais Ayden ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang