39 | Air Mata

5.8K 538 16
                                    

Ayden menahan debaran di dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayden menahan debaran di dada. Lelaki bersongkok di depannya dipandang sekilas. Farhad dan seorang lagi lelaki menjadi saksi.

"Sedia?"

Ayden mengangguk.

"أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله"


Bibir dikemam. Dadanya terasa sesak. Sesak kerana memikirkan dosa yang lalu. Ketika dia leka dengan dunia. Dia membunuh manusia tanpa perasaan. Syaitan bertopengkan manusia.

Nafas ditarik lalu dihembus berat. Aku buang sisa dosa ini Ya Allah. Aku hanya mengikuti suruhan dan arahanmu.

"أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله"


Ulang Ayden mengikuti lelaki bersongkok dihadapannya sambil dilihat oleh Farhad, Zara dan Marwah. Turut serta seorang lelaki yang menjadi saksi.

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Semua yang berada di situ mengucapkan alhamdulillah kecuali Marwah yang masih berdiam diri. Ayden tersenyum manis.

Ibu ayah, Wais dah hebat! Bisik hatinya. Air mata yang tidak dapat ditahan terus mengalir. Tubuh Farhad dihampiri lalu dipeluk.

Wais dah hebat ibu ayah. Ustaz, saya dah masuk islam. Ustaz...

Esakan tidak dapat ditahan. Dia jadi rindu, rindu dengan mereka yang telah pergi. Rasa rindu ini bukan rindu akan kekasih, tapi rindu akan keluarga yang pergi.

Sakitnya kehilangan, hanya Allah yang tahu.

***

Mereka keluar dari pejabat agama islam. Farhad berjalan dihadapan bersama Zara sambil berpimpin tangan.

"Aku minta maaf." Ayden memandang Marwah disebelahnya.

Mereka jalan beriringan menuju ke arah kereta yang terletak jauh.

"Kau mas..." Bicara Ayden dipotong Marwah.

"Agama bukan perkara yang boleh kau permainkan. Aku marah. Sangat marah Wais, tapi sekarang kau pun dah kembali ke jalan yang benar. Siapa aku untuk menghukum seseorang? Aku... "

"Aku cuma nak cakap terima kasih. Terima kasih kerana kembali ke jalan yang benar dan seperkara lagi, gunakan apa yang arwah abah ajar. Jadikan itu sebagai ilmu terakhir yang kau mampu manfaatkannya."

Marwah terus berlalu meninggalkan Ayden seusai berkata panjang lebar. Ayden di belakang mengoyakkan senyuman. Sekurangnya, dia tahu bahawa kemarahan Marwah semakin reda.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now