55 | Tangisan

16.4K 1K 617
                                    

5 tahun kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 tahun kemudian,

"Umi!" Suara nyaring menjerit.

Dirinya mengeluh. Apa lagi yang tidak kena ni? Tangan dibilas sebelum kakinya melangkah ke ruang tamu. Pemandangan di ruang tamu mambuatkan rasa geramnya membuak-buak.

"Wais!"

Tangan Wais yang sedang memegang kaki si kecil ke atas dan kepala ke bawah. Mana tak menjerit budak itu?

"Awak pergi masaklah. Jangan sibuk hal lelaki." Ayden menjeling Marwah. Kacau je!

"Jangan sibuk hal lelaki? Yang awak kata sibuk ni juga awak cari malam-malamkan? Sekarang dah pandai pula nak cakap saya sibuk? Ouh kalau macam tu tak apalah. Saya keluar dari rumah ni. Saya penyibukkan?"

Ayden terkelu, tidak tahu mahu membalas apa. Aryan dilepaskan begitu sahaja. Alah anak lelakinya hebat, apa nak ditakutkan?

"Bukan macam tu sayang, saya tak..."

Kreak! Bunyi tulang membuatkan Marwah dan Ayden sama-sama memerhatikan Aryan.

"Umi!" Sekali lagi suara nyaring Aryan bergema di gegendang telinga.

Kalut-kalut Ayden mengangkat Aryan lalu didudukkan. Melihat Aryan yang memegang kakinya membuatkan Marwah pula maju. Tubuh suaminya ditolak.

Gedebuk! Ayden memejam mata apabila terasa tulang bontotnya dihempas kuat.

"Aryan sakit kat mana?" Marwah mula membelek-belek kaki Aryan.

"Kat sini umi..." Adu Aryan manja.

Melihat Marwah memberikan Aryan attention, timbul perasaan tidak puas hati. Mana boleh, Marwah dia punya. Sepatutnya Marwah harus beri dia perhatian lebih!

"Argh! Sakit-sakit!" Jerit Ayden kuat. Berharap Marwah akan memberikannya attention.

Pap! Tepukan Marwah kuat pada bahu Ayden.

"Awak jangan nak mengada!" Tegas Marwah.

Ayden mencebik. Aryan pula menjelirkan lidah kepada abinya. Aryan menang! Umi sayang Aryan lebih!

"Tunggulah, malam ni Aryan tidur luar rumah dengan hantu! Bluerk!" Ayden membalas semula jeliran lidah.

"Umi!" Sekali lagi Aryan menjerit nyaring.

Marwah mula memejam mata. Dua beranak ni dari kecil selalu bergaduh. Kadangkala jika mood mereka ada, akrab bukan main.

"Aryan, Ayden. Tolong berhenti, umi penat tahu tak?" Perlahan-lahan tubuhnya berdiri.

Ayden pantas menarik Marwah duduk di atas sofa. Tahulah Ayden jika Marwah memanggilnya Ayden bermakna wanita itu sedang serius.

"Sorry umi." Pinta Ayden dan Aryan serentak.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now