48 | Percaya

5.8K 582 68
                                    

"Dah kemas barang?" Soal Marleeq sambil memandang Marwah

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

"Dah kemas barang?" Soal Marleeq sambil memandang Marwah.

"Adik mana bawa baranglah. Kau ni bang..."

Marleeq tergelak, lupa pula dia bawa Marwah ke hospital dengan sehelai sepinggang.

"Kita balik rumah arwah abah dengan ibu ke?" Soal Marwah.

Marleeq hanya diam tidak membalas. Dirinya kalut membetulkan pakaian Marwah. Adiknya sudah dibenarkan pulang, namun begitu pergerakan adiknya terbatas.

"Abang?"

"Kita balik rumah aku Marwah. Hanya kau dan aku." Terkelu Marwah mendengar jawapan abangnya.

"Tak nak, aku nak balik rumah arwah abah dengan ibu. Aku ada kerjalah bang." Entah apa jadi dengan rakan sekerjanya, mahu di tadika atau di jabatan siasatan itu.

"No! Kau ikut aku."

" Tak na..."

Buk!

"Ikut jelah aku! Susah sangat ke hah?! Aku abang kau kot!"

Terhinjut bahu Marwah apabila Marleeq secara tiba-tiba menghempas kerusi sebelum menengkingnya. Dahinya mula berkerut, kenapa Marleeq harus baran begini?

Marleeq menghembus nafas berat. Nafas dan amarah dikawal. Kalau dia begini, Marwah pasti takut.

"Abang minta maaf, tapi abang ada kerja. Kalau abang tinggalkan kau, entah apa lagi kau kena hadap. Abang sayang kau dik, jadi tolong dengar dan ikut." Bahu Marwah digenggam sebelum ditarik ke dalam pelukan.

Marwah hanya diam di dalam pelukan Marleeq. Tidak membalas, wajahnya juga dingin. Sedikit sebanyak rasa terkejut masih ada.

Selesai membayar bil hospital, Marwah dan Marleeq menuju ke suatu destinasi. Hutan mengelilingi mereka.

"Kita nak ke mana sebenarnya?" Marwah bukanlah seseorang yang gemar akan kejutan.

"Rahsia."

Tiba-tiba kenderaan yang dinaiki oleh Marwah dan Marleeq berhenti di suatu kawasan lapang berpasir.

Terdapat beberapa orang memakai tuxedo dan spec mata hitam. Berdiri dihadapan pintu masuk helicopter.

"Ni abang punya ke?"

Marleeq hanya tersenyum dan mengangguk. Buat masa ni biarlah dia menikmati detik-detik bahagia ini dengan Marwah.

"Tuan." Terkedu Marwah apabila beberapa orang lelaki itu menunduk hormat ke arah abangnya dengan panggilan Tuan.

Marleeq hanya mengangguk sebelum menapak ke dalam helicopter. Tangan dihulur untuk membantu adiknya. Setelah Memakai tali pinggang keselamatan, perlahan-lahan helicopter itu naik ke atas.

Marwah teruja memandang pemandangan dari atas. Marleeq tersenyum memandang Marwah. Hanya Marwah keluarganya. Keluarga berharga yang dia ada.

***

"Kenapa jalan jem ni?" Soal Zara. Leher dipanjangkan, cuba menjengah melihat punca jalan jem.

"Aku rasa ada roadblock depan tu. Kita patah bali..."

"Teruskan."

Zara dan Farhad memandang Ayden di belakang. Gila ke apa nak redah? Kalau mereka tertangkap macam mana?

"Kenapa? Takut?" Sinis Ayden menyoal.

"Aku okey je nak redah roadblock tu tapi kau lah tak..."

Sekali lagi bicara Farhad dipotong oleh Ayden.

"Aku tak takut. Kau orang yang harus takut."

Riak wajah Farhad mula berubah, begitu juga Zara. Apa maksud disebalik ayat Ayden? Kenapa mereka pula yang harus takut?

"Tch, Leftenan Zara dan Leftenan Farhad. Pasukan Elite dibawah bimbingan Jeneral Malik yang dihantar untuk menjalankan sebuah misi rahsia. Atau aku perlu sebut misi rahsia tu, diserap ke dalam OH untuk memberi maklumat kepada pihak tentera dan polis?"

Wajah Farhad dan Zara mula pucat. Jadi Ayden sudah tahu siapa mereka? Farhad cuba mengawal riak dan had kelajuan kereta. Zara disebelah sudah mula meramas tangan.

"Aku tahu Farhad. Sejak aku sendiri dengar perbualan kau dengan arwah Ustaz Malik. Aku juga tahu Ustaz Malik tahu aku ahli OH."

"Aku terfikir, kenapa kau orang tak bunuh atau tangkap aku je? Hey, aku dah bunuh beratus nyawalah!"

Ayden menghentak pintu kereta. Hanya itu yang menjadi persoalan di mindanya. Kenapa dia tidak ditangkap sahaja?

"Sebab kau sahabat aku. Jeneral Malik percaya yang kau bukan macam ahli OH yang lain. Mungkin pada mulanya ya, tujuan kau nak cip tu. Tapi lepas sebulan Jeneral Malik nampak kau berubah."

"Kau lain Ayden. Kau tak macam Affendi dan yang lain."

Tiba-tiba ketawa Ayden terlepas. Farhad dan Zara masih kaku memandang hadapan.

"Cuak gila muka kau orang weyh!"

Ayden masih tergelak sambil memegang perutnya. Melihat wajah Farhad dan Zara yang masih kelat begitu membuatkan gelakannya perlahan-lahan hilang.

"Okey sorry, aku memang dah tahu tapi aku percaya kau orang."

"Dan aku tak kisah pun kalau kau orang nak tangkap aku lepas ni, at least aku mati dalam keadaan yang hebat." Tutur Ayden tanpa gentar.

"Cuma ada perkara yang aku nak minta tolong."

Farhad dan Zara pantas menoleh ke arah Ayden. Kereta masih bergerak cuma dengan kelajuan perlahan akibat jem.

"Untuk kau sahabat, semua aku akan tolong."

Ayden mengangguk sebelum satu persatu diterangkan kepada Farhad dan Zara. Segala idea dilontarkan.

"Setuju."

"Kau Zara?"

"Setuju."

Perlahan-lahan Ayden tersenyum lebar. Laptop Marwah yang berada di atas ribanya dipandang. Titik hijau yang bergerak keluar dari sempadan Thailand dipandang.

"Aku tahu kau masih hidup Marwah." Gumamnya perlahan sebelum mata memandang langit biru disebalik tingkap.

Hari itu bakal tiba, semua akan berakhir. Yang jahat atau yang baik bakal memenangi? Ayden memejam mata.

Apa pun keputusannya, dia hanya mahu Marwah disampingnya. Mereka akan berkeluarga lalu pergi jauh dari sini.

Jauh dari ancaman

Dan

Jauh dari pergaduhan.

***

Fuh! Hari ni saya terpaksa tukar -tukar mood. Sekejap tulis H&H sekejap tulis WA. Dapat juga selesaikan bab ni, maaf sekiranya hambar. Saya cuba habiskan semua persoalan yang bermain di minda kalian dengan secepatnya.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now