7 | Tuan Ran

7.1K 614 41
                                    

Mata dipejam, bayangan lama mula menyinggah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mata dipejam, bayangan lama mula menyinggah.

"Abang, ini apa?"

Soal adiknya dengan memegang screen laptop yang dipenuhi tulisan berwarna hijau.

"Hack." Senyuman diberikan.

"Serious lah?! Abang reti hack? Ajar aku bang."

Bermula dari situ, setiap hari mereka akan belajar bersama-sama, kepakaran adiknya juga sudah setanding dengan dirinya.

Tapi silap dirinya yang menggunakan kepandaian tersebut kearah keburukan.

Merompak duit bank, menjadi scammer, Marwah tahu segalanya. Tapi adiknya hanya diam, tidak berani berkata apa, sehingga suatu hari semua terbongkar, kerja kotornya diketahui oleh abah dan ibu.

Dan,

Dia dihalau.

Senyuman sinis terukir, buruk mana aku dimata mereka, aku tetap akan jaga mereka.

Kerana mereka berharga untuk aku.

***

"Marwah." Panggil Ayden.

"Ha, asal?" Dari gaya penampilan Marwah memang nampak jelas dia seorang yang sopan, tapi tidak.

Marwah tetap ganas, dan bukan seperti perempuan melayu terakhir yang tergedik-gedik macam terencat bila dengan lelaki.

"Ustaz cakap awak ada tunang."

Marwah berhenti menggigit goreng pisang, wajah diangkat memandang Wais dihadapannya.

"Mana tunang awak?"

"Mati." Sepatah jawapan Marwah.

"Lah, sebab apa?" Saja ingin menguji Marwah dihadapannya.

"Aku yang bunuh dia." Marwah mula mengetap gigi, tangan diramas, perasaannya mula tidak tenang.

Ayden terkejut melihat perubahan Marwah secara mendadak dihadapannya.

"Wais, Pak Samad rasa ada baik kamu bawa Marwah pulang sekarang."

Pak Samad mengerling ke arah Marwah yang sudah mula menunduk, tiada siapa yang tidak akan sedih jika kehilangan seseorang yang kita sayang.

Ayden pantas mengangguk, duit bernilai RM10, dihulur kepada Pak Samad namun ditolak.

"Tak apa, Pak Samad belanja. Bawa Marwah balik, kalau dia tak boleh nak kayuh basikal kamu guna je kereta buruk Pak Samad dulu."

"Tak payah, Marwah boleh kayuh lagi." Gadis itu terus berdiri yang berlalu ke arah basikalnya.

Nafas dihela, kenapa dia jadi begitu depan mereka? Buat malu.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now