37 | Jauh

5.5K 584 27
                                    

"Dia ni bukan ke Farhad? Lelaki dalam wallpape

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dia ni bukan ke Farhad? Lelaki dalam wallpape..." Belum sempat bicara Marwah habis, tubuh itu terkulai layu.

Ayden pantas menangkap tubuh Marwah dari terjatuh. Saja dia hentak belakang Marwah supaya wanita itu pengsan.

"Aku lupa yang dia kenal kau."

Farhad memutarkan mata ke atas. Zara di sebelah Farhad hanya menepuk tangan ke dahi. Dia pun terlupa yang Marwah tahu tentang wallpaper di telifonnya.

"Zara, kau boleh tolong kemas baju Marwah? Jangan lupa ambil barang laptop, ubat dengan dokumen penting."

Zara terus mengangguk dan berlalu ke dalam. Hari sudah petang, tak lama lagi penduduk kampung bakal ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib.

Selang beberapa minit, muncul Zara bersama dua beg. Satu beg baju Marwah bersama ubat, satu beg laptop dan dokumen. Kini Zara pula memangku Marwah yang sedang berbaring di atas lantai tidak menyedarkan diri.

Ayden pantas berlalu ke rumahnya, beg diambil lalu baju dan seluar dicampak masuk. Beberapa jenis senjata turun diambil.

"Dah." Muncul Ayden bersama sebuah beg.

Mahu atau tidak tubuh Marwah diangkat. Tak akan nak suruh Farhad pula? Terbakar Zara karang. Kereta yang dipandu Farhad dituju.

"Kita nak pergi mana dulu?" Soal Farhad.

"Thailand." Sepatah jawapan Ayden.

Sempat mata mereka menyinggah memandang mayat-mayat yang berselerak di depan rumah arwah Ustaz Malik. Ayden tahu tidak lama lagi pasti OH akan mengambil mayat tersebut.

OH tidaklah terlalu bodoh untuk membiarkan mayat ahli mereka begitu sahaja. Pasti pihak polis senang-senang bisa menangkap mereka.

"Jadi kau berdua dah kahwin?" Soal Ayden.

Zara tidak membalas. Hanya memandang Marwah yang sedang pengsan baring diribanya. Biarlah Farhad dan Ayden berbual.

"Aku dan Zara dah kahwin dari tahun lepas." Jawab Farhad. Mata masih fokus memandang jalan.

"Macam mana kau lepas dari Tuan Ran?"

"Lari."

"Memanglah bodoh, maksud aku macam mana? Kau tahu gudang utama tu macam manakan?"

Ayden menjeling Farhad disebelah. Mujur sahaja itu sahabatnya, jika tidak sudah ditumbuk-tumbuk.

"Adalah. Sekarang ni kenapa kau nak pergi Thailand?"

Terdengar keluhan panjang dari mulut Ayden. Farhad hanya memandang. Jarang-jarang seketul Ayden mengeluh.

"Aku nak masuk islam."

Terkaku Farhad dan Zara yang mendengar. Sewaktu mereka di OH dahulu, Aydenlah yang paling pantang jika mereka berbual tentang agama. Bagi Ayden, agama itu hanya sekadar agama. Tiada Tuhan kerana semuanya perlu bergantung pada diri sendiri.

Bahkan Farhad dan Ayden pernah bergaduh besar akibat Farhad menegur Ayden tentang kelancangan mulut Ayden yang berkata Allah itu tidak wujud.

Tapi kini lihatlah, Hidayah itu milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh buka dan tutup hati seseorang untuk menerima sesuatu benda yang dahulunya mereka benci.

"Aku... Bangga dengan kau Ayden." Sempat mata Farhad melirih ke arah Ayden sebelum dirinya tersenyum lebar.

Sahabatnya akan memasuki agama yang benar. Kembali ke pangkal jalan, siapa sahaja tidak gembira?

"Farhad," Panggil Ayden.

"Ya?"

"Kau sahabat aku. Aku percayakan kau."

Kata-kata itu membuatkan Farhad tersentak. Cermin yang memantulkan Zara dipandang. Isterinya turut tersentak.

Bagaimana jika suatu hari rahsia yang disimpan ini bakal terbongkar? Apa Ayden akan menerima mereka? Mahu Farhad atau Zara, keduanya sentiasa menemani Ayden dan menegur Ayden.

"Kau pun sahabat aku, dan jangan pernah berhenti percayakan aku."

Ayden memandang luar tingkap. Dia tahu. Dia tahu semuanya, tapi tidak salahkan memperbodohkan diri sendiri agar hati ini tidak lebih sakit?

Masing-masing hanya diam sepanjang perjalanan. Hanya mampu berdoa supaya semua ini bakal berakhir. Mereka mahu hidup yang bahagia. Permudahkan urusan mereka Ya Allah.

***

Tuan Ran tersenyum puas. Berita yang disampaikan oleh Tasya membuatkan hari ini adalah hari yang paling bahagia.

Malik sudah mati, begitu juga Arwa. Biarpun cip masih belum dijumpai, berita tentang kematian itu tetap menggembirakan hatinya.

Soal Farhad dan Zara yang lari dari gudang utama haritu, membuatkan amarahnya bangkit. Namun dengan adanya berita ini, sedikit demi sedikit amarahnya mula pudar.

"Larilah Zara, Farhad. Aku nak tengok sejauh mana kau lari." Bicaranya sendiri sambil menghembuskan asap rokok.

Matanya memandang ipad yang menunjukkan titik hijau yang bergerak menuju ke arah timur.

"Kau ingat kau bijak Ayden? Larikan Marwah konon! Hahaha!"

Bodoh. Sangat bodoh. Tidak tahukah Ayden bahawa setiap pergerakan lelaki itu diperhatikan olehnya? Ini Tuan Ran, apa sahaja dia mahu pasti didapatkan.

Kematian ahli OH ditangan Ayden pada petang itu sudah dijangka. Kini dia tahu, lelaki itu benar-benar sudah berpaling tadah dari OH.

Satu perkara sudah selesai. Biarlah kepala Malik tidak dapat, cukuplah gambar kereta yang dipandu Malik terbakar membuatkan hatinya sedikit puas.

Kini,

Dia mahukan cip. Cip negara yang menyimpan segala maklumat penting. Dengan adanya cip tersebut, sekelip mata sahaja dia bisa kaya jika menjualnya. Tetapi itu bukan tujuan asal.

Dia hanya mahu mengambil semula cip milik seseorang yang telah dirampas. Yakni Cip milik Marleeq yang dirampas oleh Malik.

***





Setakat ni semua okey lagi? Cerita ni konfliknya agak berat, jadi saya minta maaf kalau semua jadi pening atau sebagainya. Harap tabah membaca 😭🙏🏻

Saya nak menulis pun pening. Kenapalah buat cerita macam ni... Sebelum tu saya nak ucapkan selamat hari raya kepada semua 🎉 dan ada seperkara lagi.

Saya mungkin akan kurang update buat masa sekarang sebab nak settlekan beberapa hal dalam hidup. Insyallah, doakan segalanya dipermudahkan 🤍

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now