29 | Pecah Rahsia

6.1K 538 25
                                    

Farhad mengusap belakang tubuh Zara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Farhad mengusap belakang tubuh Zara. Sebaik sahaja Zara dan Xen pulang, keadaan isterinya sangat menggusarkan hatinya. Malah hanya mampu terbaring.

"Okey dah ke?"

Bahu Zara dipeluk lalu dibawa ke arah katil. Wajah Zara kini pucat lesi akibat muntah dan pening kepala.

"Sorry..." Zara menghadiahkan senyuman lesu lalu membaringkan kepala atas peha Farhad.

Farhad mengeluh perlahan, rambut Zara diusap lembut. Tangan dibawa ke perut Zara. Cinta mereka bercambah pada waktu yang salah.

"Anak babah..." Pipi Zara dikucup.

"By the way, selamat hari raya husband." Tangan Zara naik mengusap pipi Farhad yang dipenuhi jambang nipis.

Farhad tergelak kecil.

"Selamat hari raya juga wife."

Ketukan pintu berjaya membuatkan suasana romantic hancur. Zara pantas bangun dari pembaringannya. Farhad pula mencapai t-shirt lalu disarung ke tubuhnya. Pintu dibuka.

Jelas wajah Xen menyapa. Belum sempat apa-apa Xen menarik tubuh Farhad membuatkan tubuh mereka bersatu, berpelukan. Zara yang melihat turut terkejut.

"Kau gila ke?" Ditolak Xen menjauh.

"I memang gilakan you Farhad. Sepatutnya I yang ada dekat dalam tu dengan you. Bukan perempuan tu!" Jari Xen menunding ke arah Zara.

Tiba-tiba muncul Tuan Ran bersama senyuman sinis. Jantung Farhad dan Zara semakin berdebar.

"Aku nak Zara." Tuan Ran menjilat bibir tatkala Zara menyapa pandangan.

"Tak boleh!" Halang Farhad apabila Tuan Ran mahu memasuki biliknya.

"Tch..." Desis Tuan Ran sambil memandang Farhad sinis.

"Kau lupa aku siapa? Come on Farhad. Kau rasa Xen, aku rasa Zara. Win win situation."

Farhad hanya diam. Sekali lagi Tuan Ran cuba memasuki biliknya. Dengan pantas Farhad menolak tubuh Tuan Ran.

"Kau ni Farhad..."

Tuan Ran terus melayangkan tumbukan pada wajah Farhad. Zara dan Xen mula khuatir. Pergaduhan mereka tiada tanda untuk berhenti.

"Aku cakap aku nak, aku naklah!" Tengking Tuan Ran sambil menghentak kepala Farhad.

"Sa... Saya tak akan benarkan!" Pantas Farhad memusingkan tubuhnya.

Tuan Ran menjauhkan diri sebelum berlari masuk ke dalam bilik Farhad. Leher Zara kini dicengkam.

"Xen, tutup pintu sayang."

Farhad pantas menghalang pintu dari tertutup. Tubuh Tuan Ran ditolak kuat membuatkan cengkaman Tuan Ran pada Zara terlepas.

"Zara isteri akulah!" Jerkah Farhad tepat dihadapan wajah Tuan Ran.

Tanpa sedar rahsia mereka pecah begitu sahaja. Xen tergamam mendengar jerkahan Farhad. Zara pula hanya mampu menundukkan kepala.

"Isteri?" Rasa marah Tuan Ran semakin membara.

"Kau kahwin dengan dia?!"

Farhad hanya terkaku. Mulut lancangnya telah membongkarkan rahsia mereka. Farhad cuba mengatur nafas supaya sekata.

"Kau tahu aku larang benda tu Farhad, dan aku paling tak suka orang ingkar arahan aku!"

Suasana masih sepi. Hanya bunyi rombakan dada yang mengatur nafas. Tuan Ran meludahkan air liurnya yang bercampur darah.

Tuan Ran segera keluar melintasi Farhad dan Zara.

"Saya dan Zara nak keluar dari OH."

Kata-kata Farhad berjaya membuatkan langkah Tuan Ran terhenti. Lelaki itu kembali memusingkan badan. Pandangan tajam Tuan Ran bersama senyuman sinis cukup menggerunkan.

"Boleh." Bicara Tuan Ran sepatah.

"Mati dulu." Sambung Tuan Ran semula.

Tuan Ran terus beredar. Xen sekali lagi memandang Farhad dan Zara. Farhad tahu itu pandangan benci.

"Dasar perampas." Jerit Xen sebelum turut beredar.

Farhad pantas menutup pintu biliknya. Dia tidak boleh terus duduk di sini. Zara dan anak mereka dalam bahaya.

Beg galas diambil. Almari dibuka lalu bajunya disumbat ke dalam beg.

"Kemas barang kau. Kita kena keluar malam ni juga."

"Farhad... Misi kita belum selesai." Zara cuba menahan tangan Farhad.

"Pergi mampuslah misi tu! Kau nak kita mati ke hah?!" Tengking Farhad tepat dihadapan wajah Zara.

Perlahan-lahan Zara melepaskan tangan Farhad. Tak ada guna dia menasihati Farhad jika lelaki itu dalam keadaan baran begini.

"Aku dah tak tahan Zara. Kita lari, kita cakap kita dah tak boleh selesaikan misi ini. Faham?" Bahu Zara dipegang.

"Trust me wife, kita akan selamat okey?" Dahi Zara dikucup sebelum dirinya sambung menyumbat baju ke dalam beg.

Farhad mengeluarkan telifon bimbit dari poket seluarnya. Nombor seseorang ditekan.

"Lapor misi, gagal."

Tup!

Telifon dibuang lalu dipijak, begitu juga telifon milik Zara. Mereka akan lari tanpa kesan. Biarpun di sini mempunyai puluhan pengawal, mereka tetap akan larikan diri.

"Dengar cakap aku. Dekat bawah ada 50 orang tengah jaga. Kau pergi bawah buat macam tak ada apa. Aku tunggu kau depan jalan besar."

Zara mengangguk. Beg pakaian diserahkan kepada Farhad.

"Kalau ada sesiapa sekat kau. Cakap kau ada misi. Aku yakin dia orang kat bawah tak tahu lagi hal kita." Sekali lagi dahi Zara dicium.

"I love you okey? Go go..."

Terus mereka berpecah, Farhad keluar menggunakan tingkap manakala Zara menggunakan pintu utama. Tanpa Farhad sedar, yang menyekat Zara bukanlah pengawal.

Tetapi Tuan Ran.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now