16 | Wallpaper

5.8K 547 12
                                    

"I rindu you lah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I rindu you lah.." Manja Xen di dalam talian.

Tuan Ran hanya tersenyum, bukan dia yang cari wanita tapi wanita yang cari dia. Jadi tak akan rezeki mahu ditolak?

"Kau sabarlah sikit, nanti siap misi ni aku bagi kau Farhad."

Setelah berbelas minit berbual bersama Xen, akhirnya talian ditamatkan. Tubuh dibawa mendekati tingkap, lalu langsir diselak. Pantai yang menghiasi pemandangan dilihat tenang.

Banyak yang terbuku di hati,
Rasa muak dan benci,
Mereka masih mencaci,
Sedangkan aku usaha hingga jadi.

Senyuman terukir, sinis. Malik, tengoklah siapa aku sekarang? Kau ingat aku tak boleh berjaya? Kau salah Malik, aku lebih dari berjaya.

***

Marwah memandang suasana rumah,  pasti ibu dengan abah keluar. Jam di dinding menunjukkan pukul tujuh pagi tubuh diregangkan. Pulang sahaja dari 'lawatan mesra' mereka semalam, terus dia tak sedarkan diri akibat penat.

Rambut diikat, lalu kopi o yang sudah ada di meja makan dituang ke dalam cawan sebelum kerusi ditarik dan dilabuhkan punggungnya. Dia cuti, tak boleh puasa, sebab itu lah ibu sediakan juga sarapan.

Abah dan ibu, tak lain tak bukan pasti ke pasar. Biasalah orang tua, pagi-pagi ni pastilah ke pasar mencari lauk segar.

Sedang leka dia mencelupkan biskut kering ke dalam kopi o suam itu, mata tertancap pada sesuatu objek.

"Aku punya ke?" Pantas telefon bimbit itu dicapai.

"Uish, wallpaper lelaki." Tak mungkinlah abah dengan ibu punya.

Sebab dia yang belikan telefon untuk abah dan ibu, jadi mestilah dia tahu. Ataupun si Wais punya? Macam pelik pula bila lelaki itu memakai wallpaper lelaki lain.

Atau..

Ada yang menceroboh masuk rumah semalam? Pantas biskut kering dan air kopi o ditinggalkan, bilik dituju. Laptop yang masih di dalam beg dikeluarkan, paparan cctv semalam dicari.

Keningnya berkerut, kenapa pada pukul 8:00-10:00 malam cctv dihitamkan? Ada yang tak kena.

***

"Kau ada nampak phone aku tak Ayden?" Soal Zara cemas.

"Kau tinggal kat mana?" Soal Ayden tanpa nada.

Benci melihat Xen dihadapan mukanya.

"Kau tahukan semalam kitaorang ceroboh rumah Malik? Aku.. takut kalau aku tertinggal."

Membulat mata Ayden, sudahlah Marwah tu pandai godam. Kalau digodamnya telefon itu, pasti Tuan Ran marah besar.

"Okey, tenang dulu." Nafas ditarik dan dihembus.

Tuk!

Tuk!

Ayden mengalihkan mata kearah pintu rumahnya, tanpa apa-apa Xen sudah membuka pintu rumah.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now