14 | Lawatan Mesra

6.2K 574 40
                                    

"Puasa-puasa pun ada misi ke Kapten?" Rungut Salman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Puasa-puasa pun ada misi ke Kapten?" Rungut Salman.

"Hah? Ada misi? Yes!" Jerit Zeera dan Hilman sambil menepuk tangan.

Dua ketul ni tak pernah bosan ke sia? Sebal hati Salman dengan reaksi Zeera dan Hilman.

"Red dah dapat tahu lokasi besar Organisasi Hitam, kita akan buat 'lawatan mesra' dahulu."

"Kita je ke?" Soal Zeera dengan wajah yang tidak habis lagi senyum.

"Ya, kita berlima sahaja. Jadi aku nak semua berhati-hati, jangan sampai kantoi sebab aku sendiri tak boleh jamin apa akan jadi kalau kantoi."

Hilman, Zeera, Salman dan Red mengangguk pantas. Misi mereka hanya meninjau tempat tersebut sahaja, tapi risikonya tinggi.

"Semua faham peranan masing-masing kan?"

Sebaik sahaja semua mengangguk, Kapten Hanif mula melangkah keluar, namun langkahnya terhenti.

"Malam ni Red tak duduk dalam van, kita akan buat 'lawatan mesra' tu bersama."

Kapten Hanif terus berlalu. Marwah melepaskan nafas, terkejar-kejar dia dari tadika ke sini, untuk memberi maklumat tentang Organisasi Hitam.

Mahu atau tidak, OH harus tumpas.

***

"Ustaz Malik, Ustaz Ahmad tak dapat hadir nampaknya. Ustaz gantikan boleh?" Ujar Syafie, bilal masjid tersebut.

Di masjid ada beberapa orang imam, termasuklah Ustaz Malik, tidak semua waktu dan hari Ustaz yang sama.

"Lah, kenapa Ustaz Ahmad tak datang?" Soal Ustaz Malik.

"Ada kes kecemasan katanya.".

Ayden yang berada di sebelah Malik hanya mendengar sahaja, namun secara tiba-tiba bahunya disentuh.

"Kamu lah imam." Ucapan Malik membuatkan matanya membesar.

"Ha?!" Terkejut sehingga tidak perasan suaranya meninggi.

"Eh kamu kenapa pula?" Soal Ustaz Malik dengan kerutan di dahi.

Para jemaah yang berada di masjid turut terkejut dengan jeritan garaunya. Syafie di hadapan sempat mengurut dada.

"Ustazlah imam, saya bukan Ustaz." Balas Ayden.

Mampus aku!

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now