28 | Nur

5.6K 550 29
                                    

"Hantar Tasya untuk pantau Ayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hantar Tasya untuk pantau Ayden. Aku dah naik muak bila benda ni berlarutan. Pastikan Ayden buat misi ni sampai habis. Aku tetap nak cip tu dan kepala Malik."

Tuan Ran memandang tajam ke arah Affendi. Wajah Affendi habis lebam. Tangan dan kakinya juga penuh dengan luka.

"Farhad, Call Xen dan Zara. Kata aku suruh pulang."

Farhad mengangguk sebelum mengundurkan diri keluar dari bilik Tuan Ran.

"Ingat Tasya. Kau, aku harapkan. Jangan sampai pakcik kau, aku bunuh."

Tasya pantas mengangguk sebelum dirinya juga turut keluar dari bilik Tuan Ran. Kini hanya tinggal Affendi dan Hazril.

"Aku dah cakap, jangan main-main dengan aku Affendi. Aku yang kutip kau, aku yang bayar kau. Kau hanya perlu dengar apa aku suruh. Organisasi Hitam ni, aku yang punya."

Tuan Ran berjalan mendekati Affendi. Bibirnya mendekati telinga Affendi, kepulan asap rokok sengaja dihembus.

"Aku Tuan Ran, Affendi. Aku boleh buat apa sahaja.." Bisik Tuan Ran.

"Dapatkan apa yang aku nak."

"Atau kau mati." Pipi Affendi ditepuk perlahan.

Affendi sebolehnya menjauhkan diri dari Tuan Ran. Bagi dia, Tuan Ran gila. Sangat gila. Badan semakin menggigil tatkala pipinya ditepuk oleh Tuan Ran.

"Keluar."

Arahan Tuan Ran membuatkan Affendi pantas keluar. Kelegaan dan nafas dapat dihirup sebaik sahaja pintu bilik Tuan Ran ditutup.

Hazril pula hanya memandang kelakuan Tuan Ran yang sedang hanyut dengan hisapan rokok.

"Kumpulan pembunuh upahan, Organisasi Hitam gagal ditumpaskan."

Tuan Ran melepaskan gelakkannya kuat, surat khabar dilempar. Kedudukan mereka kini terancam. Mula terancam sejak nama Organisasi Hitam itu mula terdedah dan diketahui ramai.

"Malik, hari itu akan tiba. Kau sendiri akan terkejut dengan apa kau lihat nanti."

"Kau akan tahu siapa aku."

Putung rokok dibuang. Mata tajam memandang frame gambar. Ada dia juga kedua ibu bapanya. Nafas dihembus kuat sebelum air kencing syaitan diteguk rakus.

***

"Kau buat apa datang sini?" Soal Ayden sambil merenung Tasya tajam.

"Apa abang Wais? Tasya adik abang kan.." Nama Wais sengaja ditekan kuat.

Tasya menolak Ayden ke tepi lalu terus memasuki perkarangan rumah Malik.

Ayden menghela nafas kuat. Sah, Tuan Ran gila. Lelaki itu benar-benar mahukan cip juga khabar kematian Ustaz Malik.

"Asalamualaikum!" Ucap Tasya ceria sambil memasuki rumah Ustaz Malik.

Perbualan Ustaz Malik dan Pak Samad terhenti, begitu juga Puan Arwa yang sedang berbual bersama Cik Idah.

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now