40 | Hutan

5.6K 568 19
                                    

Tuan Ran memandang pantai dihadapan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tuan Ran memandang pantai dihadapan. Kerana benci dia menjadi manusia tidak punya hati. Lupa akan segalanya. Hanya wang dan nama yang diagungkan.

Minum keras diteguk sedikit sebelum tubuhnya dibawa ke hujung katil. Punggung dilabuhkan lalu kaki disilang.

Baju dibuka. Parut panjang dibelakang badan diusap. Pukulan yang membuatkan dia bangkit. Bangkit dari diri yang lama dan berubah menjadi diri yang sekarang.

Tuk! Tuk!

Pantas baju dipakai kembali tatkala pintu diketuk.

"Masuk." Arahnya.

Hazril menunduk sedikit ke arah Tuan Ran lalu berjalan mendekati Tuannya itu. Ipad diserahkan.

"Mereka berhenti di kawasan perhutanan. Sekarang tak ada satu peranti pun yang hidup untuk kita tahu dimana mereka." Hazril memberitahu panjang lebar.

Diam. Tuan Ran mengetap gigi rapat. Dia tahu Ayden tidak bodoh, tapi tak apa. Sejauh mana dia membawa wanita itu pergi, kemenangan pasti berpihak kepadanya.

"Biarkan mereka bahagia sebelum semuanya berakhir." Sinis bicara Tuan Ran sambil tersenyum, misteri.

Hazril menunduk sekali lagi dan meminta diri untuk berlalu pergi. Kini hanya tinggal Tuan Ran bersendirian.

"Cip rahsia..." Bicaranya sendiri.

***

Marwah setia mengikuti langkah Ayden dihadapannya. Sekeliling dipandang dan ya memang hutan.

Dibelakangnya Zara dan Farhad. Sempat juga dia dengar perbualan Zara dan Farhad di dalam kereta sebentar tadi, rupa-rupanya mereka ialah pasangan suami isteri.

"Zara okey tak?" Soal Ayden.

"Aku okey lagi cuma penat sikitlah." Jawab Zara dibelakang.

Ayden terus berhenti jalan. Kesian pula dia dekat ibu mengandung tu. Sebatang pohon kayu besar yang telah tumbang dijadikan tempat duduk.

"Rehat dulu, kesian anak kau penat."

Zara mengangguk. Coklat di dalam beg terus diambil dan digigit. Farhad hanya memandang sekilas.

"Kau orang nak?" Zara menghulur coklat yang berada di dalam plastik.

"Kau makan jelah. Nanti berkurang, meroyan pula." Tegur Farhad. Tak habis-habis coklat. Sampaikan tadi mereka terpaksa berhenti untuk membeli coklat.

"Orang tanya je pun. Kecoh betul." Rungut Zara.

Marwah dan Ayden hanya memerhati perbualan suami isteri itu. Ayden menghulurkan sebotol air mineral kepada Marwah dan disambut baik.

"Berapa lama lagi agak-agak?" Penutup botol air dibuka lalu diteguk.

"Ada lebih kurang dua jam lagi."

"Pftt!" Tersembur air yang diteguk oleh Marwah.

"Dua jam? Hey ni dah nak maghrib tahu tak?"

Mata Marwah membesar tanda terkejut. Bukan tidak pernah dia berjalan waktu malam begini di dalam hutan, tapi situasi kini berbeza. Dengan Zara yang mengandung, bukankah itu membahayakan?

"Tak ada apa yang nak dirisaukan. Kau pun dah bawa telekung, karang kalau maghrib kita solat ajelah." Ujar Ayden bersahaja tanpa nada risau.

"Zara ni mengandung kot! Bahayalah!"

Ayden hanya buat tidak tahu. Malas nak layan. Nanti dia balas, lagi Marwah tidak mahu kalah. Perempuankan? Sedangkan Zara elok sahaja makan coklat.

"Kau dengar tak ni Wais?"

"Ya Marwah, aku dengar. Cuba kau tengok Zara, elok je tak bising. Gaya macam kau pula yang mengandungkan?" Ayden menghayunkan kepala ke arah Zara.

Tersentak Marwah dibuatnya. Terus wajah Ayden dijeling tajam. Mereka kembali diam. Hanya bunyi Zara dan Farhad yang berbual.

"Kau... Okey?" Soal Ayden dengan nada risau.

Marwah diam tidak menjawab.

"Aku tahu kau tak okey."

"Dah tahu kenapa tanya?"

Kini giliran Ayden pula diam tak terkata. Belakang kepala digosok. Aduh susah betullah perempuan.

"Marwah, aku minta maaf."

"Jangan minta maaf selagi semua ni tak selesai." Botol air mineral ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg.

"Dah, jom." Tegur Farhad sambil menghulurkan tangan kepada Zara.

Ayden mengangguk dan perjalanan diteruskan lagi. Marwah tidaklah sedingin malam semalam namun wanita itu masih terkesan dengan apa yang berlaku.

Tak apa Ayden, perlahan-lahan kurangkan amarah itu menjadi senyuman.

***

Kapten Hanif meneliti gambar-gambar yang diambil oleh Salman dan Hilman.

"Gambar perumahan Red, ada yang tak kena. Bau hanyir kuat! Lepas saya dan Salman periksa, ada beberapa titisan darah."

Seterusnya gambar almari yang bersepah dan bilik Red yang berantakkan.

"Itu bilik Red rasanya sebab ada gambar dia. Tapi tengoklah keadaan bilik tu, macam tokang pecah. Almari pula macam digeledah."

Kapten Hanif melihat gambar seterusnya.

"Rumah Wais. Selepas saya dan Salman geledah satu rumah, almari dia pun bersepah macam kedua-duanya terburu. Paling saya tak sangka lelaki itu ada beberapa alat senjata seperti pistol tapi tak ada peluru."

Mereka semua kembali ke tempat duduk asal. Gusar memikirkan keadaan Red, ditambah pula suasana rumah Red yang berantakkan.

"Rumah Red ada beberapa kesan ditembak. Saya tak dapat nak pastikan peluru jenis apa kerana si pelaku mengutip semua peluru semula."

"Kerja yang agak perfect." Puji Salman sambil mencebik.

Seketika pergerakan Kapten Hanif terhenti. Perfect? Seperti pernah dengar perkataan itu sebelum ini.

"Organisasi Hitam?" Teka Zeera tiba-tiba.

Semua mata membulat. Siapa lagi yang mampu membuat kerja dengan perfect selain kumpulan pembunuh upahan itu?

***






Macam mana setakat ni? Semakin menarik atau hambar? Saya cuba habiskan cerita ni secepat mungkin.

Insya-Allah! ❤️

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now