36 | Bang Bang!

5.6K 595 55
                                    

"Aku bukan islam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku bukan islam."

"Aku..."

Bicara Ayden terhenti tatkala telifon bimbitnya berbunyi. Wajah pelik Marwah dipandang seketika sebelum dirinya berlalu ke arah sebuah pohon.

Telifon dibawa ke telinga. Suara ini. Sahabatnya.

"Ayden, takziah. Tunggu aku dan Zara."

Tanpa sempat dia membalas kata-kata Farhad, panggilan diputuskan. Ada beberapa hal yang perlu diselesaikan dan dia juga tahu Farhad dan Zara sudah keluar dari OH.

"Aku akan cerita semuanya tapi bukan dekat sini."

Marwah hanya mengangguk. Fara setia mengikuti mereka sehingga sampai di rumah Marwah. Pondok yang berada diluar rumah dituju.

"Marwah, aku minta izin buat air jap tau?" Pinta Fara.

"Silalah." Sempat mata memandang langkah Fara berlalu ke dalam rumah. Kini hanya tinggal Marwah dan Ayden.

"Jadi apa yang awak nak cakapkan?" Mata bertentang mata. Jauh tersudut di dalam hati Ayden, takut.

Wajah Marwah yang masih muram dipandang. Tuhan, sesuaikah masa ini untuk dia ceritakan segalanya?

"Aku Wais Ayden."

Marwah masih memberi reaksi biasa. Ah! Kenapa susah sangat dia nak akui benda ni? Ayden cuba mengawal rasa berdebar di dadanya.

"Awak apa?"

"Aku Wais Ayden. Aku ahli Organ..."

Bang!

Bang!

Bunyi tembakan membuatkan Ayden pantas menarik Marwah ke dalam pelukan. Mereka dah datang! Tangan Marwah ditarik masuk ke dalam rumah.

"Marwah, bunyi apa tu?!" Soal Fara keluar dari dapur dengan cemas.

Ayden meramas kepala.

"Organisasi Hitam." Dua perkataan yang keluar dari mulut Ayden membuatkan Marwah dan Fara terkedu.

Siapa tidak kenal Organisasi itu? Mereka penjenayah yang paling dikehendaki. Sebuah Organisasi pembunuh upahan. Kerja sempurnanya tanpa sebarang bukti.

"Kita lari dari sini. Kau balik rumah kau Fara."

"Ma...macam mana aku nak lari? Bunyi tembakan kat luar kot Wais!"

Ayden pantas memasuki bilik Marwah, selimut tebal Marwah yang berada di atas katil dicapai.

"Kau selubung tubuh kau dengan selimut ni, lepastu lari."

"Awak ni gila ke? Kalau apa-apa jadi dekat Fara macam mana?!" Tengking Marwah.

Ayden mendengus geram. Habis tak akan dia mahu bawa Fara sekali, melainkan dia harus beraksi?

"Kau ada pistolkan Marwah?" Soal Ayden.

"Ada, tapi awak nak buat apa?"

"Kau reti menembak?"

Soalan dibalas soalan. Wajah Fara sekejap-sekejap memandang kiri, sekejap-sekejap memandang kanan.

"Reti."

"Kita lawan."

"Hey! Awak tu penternak lembulah!"

Ayden meraup muka geram. Ada juga dia sembelih Marwah dekat sini kang. Situasi macam ni pun masih nak soal menyoal.

"Marwah, pergi ambil pistol kau sekarang ya kalau kau nak kita semua hidup." Arah Ayden sambil tersenyum.

Bagi Marwah dan Fara, itu senyuman yang menakutkan. Marwah terus berlalu ke dalam biliknya, dua pucuk pistol Uzi yang diletakkan di bawah katil diambil.

"Nah. Ini sahaja pistol saya ada. Hati-hati, jangan sesuka hati je tek..." Belum sempat Marwah mahu menghabis kata-katanya, Ayden sudah menarik lengan gadis itu.

"Eh Marwah!" Kalut Fara. Tak terucap berapa banyak zikir dia sebut akibat ketakutan.

"Jangan risau! Marwah sahabat kau balik kejap lagi!" Laung Ayden bersama senyuman.

Marwah pasrah diheret oleh Wais. Sebaik sahaja sampai dihadapan pintu rumah, lengannya dilepaskan oleh Wais.

"Kau sedia?" Soal Ayden dengan wajah...gembira?

"Sedia apa?" Bingung Marwah.

"Bang! Bang!" Ucap Ayden sebelum pintu rumah dibuka.

Uzi diangkat lalu berdas-das tembakan dilepaskan mengenai ahli Organisasi Hitam.

Cukup tepat.

Di kepala.

Marwah masih fokus menembak. Ada kalanya Ayden menarik dia untuk menukar arah.

"Kau okey tak?!" Jerit Ayden melawan bunyi tembakan.

"Okey!" Balas Marwah.

Kelihatan belasan orang ahli OH sudah tumbang. Kini hanya tinggal seorang sahaja. Berada tepat-tepat dihadapan Ayden.

"Hey? Akulah Ayden." Sapa Ayden ramah.

Tanpa Marwah sangka, ahli OH itu terus melarikan diri. Siapa Wais? Hanya dengan memperkenalkan diri sebagai Ayden sudah menggerunkan ahli OH itu?

"Settle!" Jerit Ayden kemenangan.

Sudah lama dia tidak mencemarkan tangannya. Kali ini situasi memaksa. Mahu atau tidak dia harus membunuh mereka untuk mempertahankan dirinya, Marwah dan Fara.

Marwah masih terkaku memegang Uzi. Siapa Wais Ayden? Lelaki itu terlalu cekap memegang pistol, terlalu pandai mengendalikan pistol dan terlalu perfect setiap tembakkannya.

Ahli OH yang tumbang dipandang. Tepat di dahi semuanya.

"Fara dah balik ikut jalan belakang. Sekarang kau kemaskan semua barang kau. Kita akan pergi dari sini."

"Ki... Kita?"

"Ya, kita dan mereka."

Muncul seorang lelaki dan wanita dihadapannya.

"Ayden." Sapa lelaki itu.

"Farhad."

Marwah mengerutkan dahi. Farhad? Lelaki di wallpaper telefon itu.

***












Masih pening untuk habiskan cerita ni macam mana.

Happy ending?

Sad ending?

Btw kat atas tu gambar uzi! Tembak memang laju gila HAHAHAHAHa

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now