27 | Raya

5.6K 581 48
                                    

"Selamat hari raya abah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat hari raya abah. Marwah minta maaf kalau ada buat abah sendu ke sentap." Seloroh Marwah lalu tergelak.

"Amboi!" Ustaz Malik membuat muka geram.

"Abah halal makan minum Marwah tau. Tak boleh simpan-simpan, tak baik." Jari telunjuk di goyang kanan dan kiri.

"Nak minta maaf ke nak ceramah ni? Cepatlah, aku lapar ni.. " Rungut Ayden yang berada dibelakang Marwah.

"Sibuklah!"

"Abah maafkan Marwah ya? Segala salah silap Marwah dari besar, sekarang dan akan datang. Marwah sayang abah." Tubuhnya di tarik ke pelukan abah.

"Abah maafkan semua. Selamat hari raya juga anak abah. Abah pun sayang Marwah." Belakang badan Marwah diusap.

Pelukan dilepaskan. Ustaz Malik hanya memandang Marwah tanda apa. Anak daranya memuncungkan mulut ke arah duit raya yang berada di poket baju melayu.

"Laju aja ya?" Satu sampul di beri. Tersenyum Marwah sebelum beralih ke arah Puan Arwa.

Tangan Puan Arwa dicapai.

"Ibu tersayang. Marwah minta maaf dan Marwah sayang sangat dekat ibu. Jadi ibu maafkanlah Marwah dan beri Marwah duit raya."

"Eh, ini tak ikhlas anakku." Puan Arwa menggeleng sambil menayangkan wajah bongkak.

"Cis! Beraninya si ibu tidak mahu memaafkan si anak."

Ustaz Malik hanya menggeleng. Drama queen mula dah drama seposen di pagi raya.

"Ustaz." Ayden melutut di depan Ustaz Malik.

Tangan Ustaz Malik di pegang lalu di genggam. Wajah memandang Ustaz Malik. Lama rasanya tidak raya dan bermaaf-maafan seperti situasi kini.

"Selamat hari raya Usyaz. Saya minta maaf kalau saya degil. Tak faham bahasa. Banyak mulut, lawan cakap Ustaz. Ustaz ajar saya banyak benda.  Dari saya bertatih sampai saya boleh berlari."

Ayden memberhentinya ucapannya seketika. Wajah Ustaz Malik di pandang sekali lagi.

"Saya.. sayang Ustaz macam saya sayang ayah saya. Boleh saya peluk Ustaz macam mana Marwah peluk Ustaz?" Pinta Ayden segan.

Ustaz Malik tersenyum. Terus tubuh Wais di tarik lalu di peluk erat. Dia tidak tahu agenda Wais apa, tetapi dari mata anak ini jelas terlihat rasa sarat yang di tanggung.

"Ustaz maafkan. Wais tak ada salah pun dengan Ustaz. Ustaz sayang Wais macam anak sendiri. Terus berjuang di jalan yang benar. Ustaz sentiasa ada untuk tolong kamu. Selamat hari raya juga Wais."

Lama pelukan itu, sehingga Malik terasa bahunya basah. Tahulah dia bahawa Wais sedang menangis. Bahu anak teruna itu di tepuk-tepuk.

"Ustaz ada. Dah-dah jangan nangis." Pujuk Malik.

"Cium kaki ibu dulu."

"Tak mau lah Marwah!"

Tak habis-habis lagi drama seposen dua ketul ni. Malik hanya menggelengkan kepala.

***

Riuh rumah Ustaz Malik dan Puan Arwa apabila jiran-jiran mula beraya. Marwah yang tadinya bertudung lilit kini sudah tukar kepada tudung sarung.

"Basuh pinggan ke cik kak?" Ayden menyandarkan tubuh ke dinding. Gelas dicapai lalu bekas air berisi air oren di tolak ke atas.

"Taklah. Tengah memancing. Dahlah besar ikan ni!" Sengaja Marwah menguatkan suara. Betul-betul sindir.

Ayden membawa gelas berisi air oren ke mulutnya lalu di minum sehingga habis.

"Eh dugung!" Marwah sengaja membuat reaksi terkejut apabila wajah Ayden menyapa pandangannya.

"Kurang ajar." Ayden memutarkan mata ke atas. Gelas di cuci sebaik sahaja Marwah beralih ke tepi.

Marwah hanya mencebik. Dalam hati sudah di kutuk-kutuk Wais.

"Marwah." Panggil Ayden sambil mengelap tangannya.

"Apa?"

"Kau tak nak bawa aku melawat kubur arwah Hazril ke?"

Terdiam Marwah mendengar soalan Wais. Tahun pertama raya tanpa tunangnya. Sedih? Sudah pasti. Namun semakin lama dia mula redha, dan mula menerima.

"Nanti saya bawa, tapi bukan hari ini."

Ayden mengangguk sebelum keluar dari dapur. Kaki menuju ke ruangtamu. Rancak betul Ustaz Malik dan Puan Arwa berbual dengan jiran mereka.

"Wais ni saya tengok hensem. Tak ada calon lagi ke?" Soal Pak Samad.

Ingat lagi kan gerai Pak Samad yang dia dan Marwah singgah untuk minum teh ais.

"Macam ni je Pak Samad. Masih selesa sendiri." Jawab Ayden ramah.

"Itu Marwah single, tak nak ke? Alang-alang dah rapat dengan bapanya. Tak gitu Ustaz?" Tubuh Pak Samad menolak sedikit tubuh Ustaz Malik.

"Kalau empunya badan berminat, tak ada masalah."

Ayden hanya menunduk. Tak pernah terfikir malah terbayang pun. Kepala di geleng-geleng sebelum tersenyum sendiri.

"Geleng tu tanda tak berkenan ke?" Usik Cik Idah pula. Ibu kepada Indah, anak murid Marwah.

"Tak adalah Cik Idah."

Seketika muncul Marwah yang sudah siap memakai tudung lilitnya semula.

"Hye Ciecer!" Sapa Indah teruja.

"Hye Indah!" Huluran salam Indah di sambut baik oleh Marwah.

"Ni Wais kata dia berkenan dengan kamu." Usik Pak Samad.

Terkedu Marwah. Wajah Wais di pandang. Lelaki itu hanya tersenyum, sempat mulut Wais bergerak 'aku tak cakap macam tu pun' tanpa bunyi.

"Pandai Pak Samad bergurau." Marwah cuba untuk tidak kekokkan suasana.

"Hahahaha." Gelak Pak Samad disambut yang lain.

Sedang mereka rancak berbual sambil melayan kuih raya yang di sediakan, terdengar laungan salam dari luar.

"Biar Wais tengok."

Ayden bangkit dari duduknya lalu pintu rumah di hampiri. Membulat mata Ayden tatkala susuk di kenali berada di depan pagar.

"Abang Wais! Tasya ni!"

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now