32 | Melawat

5.4K 532 17
                                    

Pagi itu seperti biasa Ayden akan bersarapan di rumah Ustaz Malik selepas sahaja pulang dari solat di masjid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pagi itu seperti biasa Ayden akan bersarapan di rumah Ustaz Malik selepas sahaja pulang dari solat di masjid.

"Marwah cuti harinikan?" Soal Ustaz Malik sebelum kopi o dihirup.

"Haah, Marwah cuti tapi dah ada plan."

"Plan? Kamu nak keluar dengan Fara ke?" Soal Puan Arwa pula sambil Mi goreng dihidangkan.

"Terima kasih makcik." Ucap Tasya sambil menyambut huluran mi goreng tersebut.

"Fara kerja. Marwah nak keluar dengan Wais, nak ke kubur arwah Hazril."

Ustaz Malik dan Puan Arwa mengangguk faham. Suasana pagi itu kembali sepi, hanya bunyi sudu dan garphu yang berdentingan.

"Kak, Nur nak ikut boleh?" Pinta Tasya sambil memegang tangan Marwah.

"Tak boleh!" Pintas Ayden laju.

"Kenapa pula?" Soal Tasya tak berpuas hati.

"Aaa... Sebab kau budak lagi. Ha, kau budak lagi. Bahaya." Hentam jelah Ayden asalkan budak ni tak ikut. Semak.

Tasya hanya diam, dalam hati hanya dia sahaja yang tahu betapa geramnya dia dengan Ayden. Namun tak lama selepas itu Tasya mengukirkan senyuman manis.

Tapi pada pandangan Ayden, itu senyuman sinis. Senyuman membawa seribu satu makna.

"Abah dengan ibu nak keluar pagi ni. Nak ke kampung sebelah. Ada pasar borong baru buka, jadi tak apa ke kalau Nur seorang dekat rumah?"

Semua memandang ke arah Tasya.

"Ikut akak jelah Nur, kesian pula duduk rumah seorang." Ajak Marwah sambil menghadiahkan senyuman.

"Eh tak naklah! Nur rasa nak jalan-jalan area kampung ni." Tolak Tasya tiba-tiba.

Ayden mengerutkan keningnya, pelik. Tadi bukan main nak ikut,sekarang tak nak pula?

"Okeylah kalau macam tu."

"Ustaz, kampung sebelah nama apa?" Soal Tasya.

"Kampung Seri."

Tasya mengangguk. Mi goreng kembali disua ke dalam mulut. Senyuman dikoyak lebar.

***

Marwah memandu kereta tanpa menghiraukan Ayden di sebelah. Lelaki itu pun tak menghiraukan dia. Suasana sepi, hanya bunyi radio yang menceriakan.

"Kau..."

"Awak..."

Ayden dan Marwah kembali diam. Ayden terus mengalihkan muka ke arah kiri dan memandang suasana luar tingkap. Boleh tahan jauh juga tanah perkuburan.

"Kau kenal Hazril sejak bila?" Soal Ayden memecahkan suasana sepi tersebut.

"Sejak sekolah menengah. Dia kawan baik saya." Jawab Marwah.

"Boleh tahu kenapa awak nak jenguk kubur arwah?"

Ayden tiada jawapan untuk itu. Wajah Marwah dikerling sekilas. Apa dia harus berterus terang tentang kejadian tempoh hari?

"Kau ada abangkan?"

"Ada, nama dia Marleeq. Sampai sekarang kami tak tahu dia dekat mana."

"Kenapa tak tahu?" Ayden mula tertarik untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

"Sebab dia penjenayah. Awak tahukan abah dengan ibu bekas tentera? Abah halau abang sebab abang buat kes." Entah kenapa Marwah selesa bercerita dengan Wais. Umur Wais sudahlah sama dengan abang.

"Kau tak cuba cari?"

"Abah tak bagi."

"Sebab?" Ayden mengerutkan dahi.

"Sebab abah tak bagilah." Selamba jawapan Marwah mengundang carutan di mulut Ayden.

"Aku cakap bodoh karang marah tapi cuba kau simpan sikit bodoh tu. Jangan kutip semua, ingat dekat orang lain juga." Sindiran Ayden membuatkan mata Marwah membesar.

"Manalah saya tahu, dah abah tak bagi. Ish!" Geram pula dia dengan Wais.

Perjalanan memakan masa 30 minit akhirnya tiba jua. Marwah jalan mendahului Ayden. Sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan, Marwah lincah berjalan menuju ke kubur arwah Hazril.

Dia sudah hafal jalannya. Bayangkan dahulu hampir setiap hari dia melawat kubur arwah Hazril. Tiba-tiba Marwah berhenti, begitu juga Ayden.

"Ini kuburnya." Tunjuk Marwah kepada Ayden.

Ayden mencangkung di hadapan kubur tersebut. Batu nisan yang tertera nama Hazril diusap. Entah mayat betul atau replika yang Tuan Ran guna.

"Assalamualaikum Ril. Awa datang bawa kawan. Nama dia Wais."

Ayden hanya memerhati Marwah bercerita di depan kubur Hazril. Dia nampak pada mata Marwah, wanita itu sangat sayangkan Hazril.

Marwah hanya tersenyum sambil menceritakan semua. Ayden di depan tidak dipandang. Fokusnya pada penceritaan yang ingin diceritakan.

"Kau nampak sayangkan arwah sangat."

Marwah diam seketika.

"Sayang. Sangat sayang."

Ayden mengukirkan senyuman hambar. Marwah kini tidak lagi menyalahkan diri atas kematian Hazril. Hembusan nafas dihela perlahan.

Apa agaknya reaksi Marwah jika Hazril masih hidup malah menggunakan Marwah demi mendapatkan cip? Apa bezanya dengan kau Ayden?

"Kau nak baca Yaasin? Hari dah mendung ni. Aku takut hujan pula." Memang dari pagi tadi sehingga kini langit mendung.

"Kalau macam tu kita sedekahkan Al-Fatihah sahaja."

Ayden mengangguk lalu mereka mula menadah tangan. Sempat Ayden lihat Marwah membisikkan dia cinta akan Hazril pada batu nisan.

Masuk sahaja dalam kereta, hujan mula lebat. Suasana pagi sudah dingin, ditambah pula hujan lebat berganda-ganda sejuknya.

"Sebelum balik, kau ada nak pergi mana-mana ke?"

"Ada, nak bawa awak rasa rojak buah dekat restoren baru buka semalam." Beritahu Marwah sebelum kereta mula bergerak perlahan. Jalan sudahlah licin.

"Awak sejuk?" Soal Marwah apabila melihat Wais menggosok lengan.

"Sikitlah."

Marwah faham dengan suasana dingin kini. Dia tak apalah pakai baju lengan panjang, Wais tu pakai baju t-shirt lengan pendek sahaja. Nipis pula tu.

"Awak ambillah hoodie dekat seat belakang. Itu hadiah untuk arwah tapi saya tak sempat nak bagi."

Tanpa banyak bunyi Ayden pantas mengambil hoodie di seat belakang dan disarungkan ke tubuhnya. Kurang sikit rasa dingin yang mencengkam itu.

Suasana kembali sepi sehingga mereka sampai di sebuah restoren.

***

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now