50 | Ditipu

6.2K 632 31
                                    

"Kau dah bagi Marwah makan belum?" Soal Hazril kepada Tasya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau dah bagi Marwah makan belum?" Soal Hazril kepada Tasya.

"Asal aku pula? Kau lah bagi." Tasya terus berlalu ke dalam kamarnya.

"Affendi?"

"Kau lah bagi. Tunang kau kan?" Sinis suara Affendi yang sedang bermain game. Rokok tidak lepas dari mulut.

Hazril melepaskan keluhan. Topeng muka dipakai lalu makanan dibawa ke arah bawah tanah. Tempat dimana Marwah dikurung.

Tuan Ran kini sedang berehat. Lelaki itu hanya memberi pesanan supaya memberi Marwah makanan. Buka sahaja pintu bawah tanah, Marwah yang sedang tertidur dipandang.

Perlahan-lahan senyumannya terukir. Seraut wajah yang menenangkan dirinya. Hazril mendekati Marwah. Wajah itu ditenung dengan lebih dekat.

"Puas lepas rindu?"

Prang!

Pinggan kaca yang berisi makanan terlucut dari tangannya apabila disapa begitu. Sosok tubuh Tuan Ran yang berada di kerusi kiri membuatkan Hazril tersentak.

Marwah yang tadi lena mula terjaga akibat bunyi pecahan kaca. Di sudut kiri adanya Marleeq. Dihadapannya muka lelaki bertopeng. Lelaki semalam yang menarik tudungnya barangkali.

"Marwah, kau dah bangun. Baguslah." Marleeq tersenyum lalu menapak dekat ke arah Marwah dan Hazril.

Zap!

Tanpa apa-apa topeng diwajah Hazril ditarik. Lelaki itu terkejut, tidak sempat menghalang ketangkasan Tuan Ran.

"Haz...ril?" Tergagap Marwah melihat wajah tunangnya.

Lelaki yang dia cintai. Menangis setiap hari mengenangkan kesalahan diri sehingga tertekan.

"Ya, Hazril." Marleeq tersenyum sinis memandang wajah cuak Hazril.

Marwah memandang mata Hazril di depannya. Hazril masih hidup? Jadi kubur siapa yang dia ratapi? Bagai mahu mati tertekan, menyalahkan diri sebagai punca kematian Hazril.

Dan hari ini,

Semuanya hanyalah penipuan. Semalam dikejutkan dengan kejutan. Harini pula diberi hadiah. Esok? Apa lagi yang harus dia tahu? Air mata Marwah mula bertakung. Sakit.

"Kau nak tahu siapa yang langgar Hazril?" Soal Marleeq sinis.

Kaki Marleeq mendekati tubuh Marwah. Mulut dibawa ke sebelah telinga adiknya.

"Wais Ayden."

Marwah memejam mata sebaik sahaja nama itu didengar. Jadi selama ini dia masuk ke dalam perangkap OH?

"Wais Ayden pembunuh upahan. Ahli Organisasi Hitam. Tugasnya mudah, dapatkan cip dan bunuh Malik."

Kenapa dia harus menerima kejutan demi kejutan? Rasa sakit ini hanya Allah yang tahu. Sakit dikhianati.

"Tak lupa juga Farhad dan Zara. Keduanya ahli Organisasi Hitam."

"Kesian kau kan? Dibodoh-bodoh oleh mereka."

Seketika Marleeq tergelak. Senang melihat wajah adiknya bersama juraian air mata. Bunyi pintu bawah tanah membuatkan Marleeq, Marwah dan Hazril mengalihkan pandangan.

Xen, Tasya dan Affendi melangkah masuk. Marwah terkedu sebaik sahaja memandang wajah Xen dan Tasya.

"Kenalkan ini Xen. Perempuan yang kau jumpa dalam rumah Ayden."

"Affendi."

"Dan ini..." Tasya tersenyum sebelum bahunya dipeluk oleh Tuan Ran.

"Nur, atau nama sebenarnya Tasya."

Teresak-esak Marwah memandang semua yang berada di depannya. Semua dia kenal kecuali lelaki bernama Affendi. Jadi selama ini dia berada dekat di antara mereka?

"Kenapa senyap? Mesti kau terkejut kan? Kesiannya adik abang ni." Marleeq mencangkung dihadapan Marwah lalu pipi Marwah cuba dipegang.

"Jangan sentuh tangan aku lah setan!" Tengking Marwah.

"Woah, okey sorry..." Marleeq masih dengan senyumannya.

"Marwah, kau nak tahu tak ibu dengan abah kau mati sebab apa?"

Jantung Marwah berdegup laju. Jangan cakap kematian itu... Laju wajah memandang Marleeq.

"Aku yang rancang." Bangga Tasya.

Amarahnya tidak tertahan. Besi yang mengikat tangan dan kakinya digoyang kuat. Ingin sahaja dia bunuh Tasya.

"Kau orang semua ni memang setan! Sial!" Tengking Marwah. Kejutan demi kejutan menyapa.

Gelakan semua bersatu kecuali Hazril dan Marwah. Mereka memandang sinis ke arah Marwah. Pandangan itu dipandang semula dengan pandangan jijik dari Marwah.

"Kau orang semua binatang." Ucap Marwah dengan suara yang mengendur. Tenaga harus disimpan.

"Memang! Memang aku binatang! Semua sebab Malik! Malik yang halau aku!" Tengking abangnya tiba-tiba.

"Tapi ibu tak salah bang. Kenapa kau sanggup bunuh mereka?" Air matanya sekali lagi mengalir.

Tidak dapat menerima tetapi harus apa dia? Semuanya sudah terbongkar. Siapa Ayden, siapa yang melanggar Hazril dan siapa lelaki bertopeng itu.

Sudah tentu Ayden. Ingin menyalahkan diri, namun semuanya sudah terlambat.

"Ibu sama salah sebab tak halang si bodoh tu!"

"Tapi tak apa. Mereka mati pun tak rugi sebab aku tahu cip tu ada dengan kau. Aku beri masa sampai esok. Kalau kau tak serahkan cip tu, aku akan guna kekerasan."

Marleeq terus berlalu bersama putung rokok dan tongkatnya. Diikuti Affendi, Xen dan Tasya. Kini hanya tinggal Hazril dan Marwah.

"Ril minta maaf Awa. Ril terpaksa."

"Terpaksa?" Marwah memandang Hazril dengan pandangan penuh benci.

"Pergi mati dengan terpaksa kau. Dasar jantan tak guna." Marwah mengetap gigi menahan geram.

"Ril betul-betul minta maa..."

"Keluarlah! Aku benci semua! Keluar!"

Jeritan Marwah membuatkan Hazril perlahan-lahan berdiri dan berundur ke belakang dan keluar dari bilik bawah tanah. Sempat Marwah lihat mata lelaki itu turut berkaca.

"Arghh!" Jerit Marwah geram. Tangannya yang diikat menggigil menahan kemarahan.

Tolong akhiri semua ni Ya Allah. Dia sudah tidak larat. Mata dipejam, air matanya laju mengalir.

***

Saya tak salah ya, jangan kecam saya. HAHAHAHA

Btw, terima kasih untuk 4K readers! Untuk sesiapa yang nak tengok teaser E-Book boleh singgah di ig saya. Link ada di profile 🤍

Thriller : Wais Ayden ✓Where stories live. Discover now