Bab 5

84.2K 5.1K 487
                                    

ADRIAN meregangkan tubuhnya selepas semalaman berada di atas kerusi di dalam pejabat miliknya. Ya, dia tidak pulang ke rumah hanya untuk menyiapkan kerja-kerjanya di pejabat.

Jam yang berada di pergelangan tangannya ditilik. Sudah masuk waktu tengah hari.

Pintu bilik yang diketuk dari luar membuatkan Adrian mengangkat wajahnya. Beberapa saat selepas itu, terjegul wajah pembantu peribadinya di muka pintu.

"Tuan Ad nak saya tapaukan makanan ke?" Zayn yang segak berkaca mata dan mengenakan sut hitam itu bertanya.

Zayn. Rasanya sudah lama lelaki itu menjadi pembantu peribadinya. Sejak Quoré masih baharu di dalam dunia perniagaan. Kini, Quoré yang dibina olehnya dan rakan baiknya, Black Salvatore telah melebarkan sayap ke persada dunia.

Black Salvatore. Lelaki berdarah Itali itu merupakan kenalan rapatnya, merangkap rakan baik. Setelah bersama-sama bersusah payah, akhirnya Quoré dibina oleh mereka berdua.

"Nope. Saya balik rumah." Mudah dan ringkas jawapan Adrian mendapat anggukkan daripada Zayn.

"Kalau macam tu saya pergi tanya Tuan Black dulu." Hilang sahaja kelibat Zayn, Adrian kembali menyandarkan tubuhnya ke kerusi pejabat tersebut.

Lama dia mendiamkan diri sebelum akhirnya dia bangkit daripada duduknya lalu jam tangan yang berada di atas meja dicapai dan dililit di pergelangan tangan.

Kemeja putih yang sedia tersinsing di bahagian lengan itu dibetulkan olehnya, tali leher yang agak tidak terurus itu kemudiannya dikemaskan.

Tidak berlengah lagi, langkah kakinya diatur keluar dari pejabat besar tersebut. Kebetulan, bertembung dengan Black yang juga turut ingin melangkah masuk ke dalam lif kosong tersebut.

"Ad, I'm on leave tomorrow for a week." Lelaki berdarah Itali yang diberi nama Black Salvatore itu berkata sedemikian. Dahi Adrian berkerut sebelum akhirnya tawa kecil terlepas dari bibirnya.

"Italy again?" tanya Adrian mendapat anggukkan daripada Black.

Dia cukup kenal dengan Black Salvatore.

Lelaki itu.. amat berbahaya.

Keluar sahaja daripada syarikat besar tersebut, tubuhnya terus dibolos masuk ke dalam kereta Mercedez miliknya itu. Dia memandu dari pejabat ke rumah orang tuanya.

Beberapa minit kemudian, dia telah sampai ke rumah. Masuk sahaja ke dalam rumah, Adrian terus mencapai tangan ibunya lalu dikucup.

Mengecil mata Datin Aaliyah tatkala melihat pakaian anaknya itu. Lama dia memerhatikan baju yang dipakai oleh Adrian sebelum bahu Adrian ditepuk olehnya kuat.

"Auw sakitlah, ibu." Adrian memegang bahunya yang terasa pedih. Dah kenapa pukul-pukul orang.

"Baju kelmarin ni kan?! Masa Ad datang kelmarin, Ad pakai baju ni." Sekali lagi bahu Adrian dipukul oleh Datin Aaliyah dengan kuat. Perangai! Ini mesti bertapa di dalam pejabat semalaman menyiapkan kerja.

"Ibu tak sukalah perangai Ad ni," ujar Datin Aaliyah. Seketika, dengusan kasar keluar daripada mulutnya.

Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kalau dia tahu dia akan dimarahi, sudah tentu dia akan pulang ke rumahnya terlebih dahulu. Ingatnya, mahu singgah makan sahaja di rumah orang tuanya itu.

Langkah Datin Aaliyah yang sudah meninggalkannya itu diikuti dari arah belakang. Haih! Marah pula..

"Sini along tolong ibu masak." Senduk yang berada di tangan ibunya itu kini sudah bertukar tangan. Lengan bajunya sudah tersedia disinsing itu dikemaskan. Tidak mahu terkena percikan kuah yang dimasak.

Apron yang tergantung di kabinet juga turut dicapai oleh Adrian.

Datin Aaliyah pula menyorokkan senyumannya. Anaknya itu memang pandai memasak. Dia cuma anti dengan perangai Adrian yang sentiasa mementingkan kerjaya. Workaholic! Sehinggakan langsung tiada masa untuk diri sendiri.

"Assalamualaikum Aaliyah binti Ahmad Arman! Saya sudah pulang, saya mahu makan!" Jerit Aariyan di muka pintu besar rumah agam tersebut.

Langkah kakinya diatur ke dapur, mencari kelibat si ibu.

Datin Aaliyah terus menjegilkan mata ke arah anak bongsunya yang nakal itu. "Ha baru jumpa jalan balik?"

"Sorry, syurgaku. Tadi ada match futsal lepastu geng-geng Yan ajak lepak." Tangan Datin Aliyah ditarik lalu dikucup.

"Sini tolong ibu dengan along masak." Aariyan terus mencuci tangannya lalu apron diambil dan dikenakan pada tubuh.

Seketika, Datin Aaliyah tersenyum bangga. Anak-anak lelakinya itu semua memang diajar olehnya untuk melakukan kerja rumah. Kahwin nanti, tidak adalah menyusahkan isteri seorang sahaja.

Lelaki, tugasnya adalah untuk menjaga dan mengagungkan wanita. Lelaki dicipta untuk melindungi wanita, bukanlah untuk mengambil kesempatan semata-mata.

Memang itu yang dididik olehnya dan si suami, Dato Khuzairi.

"Ibu, kejap lagi ada tournament futsal lagi."

"Tournament lagi?!" Mata Datin Aaliyah membulat.

"Eh awak tu SPM tahun ni, tolong sedar sikit eh."

"Badan cergas, otak cerdas. Kita kena bersukan, bu." Laju sahaja Datin Aaliyah mengutil lengan anak lelaki bongsunya yang mengenakan baju jersey tidak berlengan itu. Menjawab!

Adrian pula tergelak kecil. Aariyan itu kalau bercakap, alamatnya memang nak menang sahaja.

"Nanti bawa makanan pergi court nanti. Mesti lama kan tournament tu."

Aik?! Aariyan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tadi marah, sekarang bersungguh suruh bawa bekal.

"Mana pula tupperware ibu ni?" Datin Aaliyah bercekak pinggang mencari tupperware miliknya.

"Ad, cuba tengok dekat atas kabinet tu ada tak tupperware warna ungu." Adrian pula terus memanjangkan tangannya lalu segala jenis perkakas yang terdapat di atas kabinet itu diturunkan.

"Tupperware ungu ye, bu?" tanya Aariyan dengan sengihan tidak bersalah.

"AARIYAN!!" tempik Datin Aaliyah apabila anak lelakinya itu terlebih dahulu sudah memecut laju naik ke tingkat atas.

Dari dulu kerjanya asyik menghilangkan tupperware aku je!

Adrian menggelengkan kepala melihat telatah adik bongsunya itu. Umur sudah menginjak ke angka 17 tapi nakal memang tidak dapat dibawa bincang.



Kenalkan watak baru, Zayn 🤍

His Eternal Love Where stories live. Discover now