Bab 59

73.3K 3.8K 2.1K
                                    

Tiga bulan kemudian,

Tubuh Adrian yang sedang fokus meneliti beberapa dokumen di meja itu didekati. Dokumen dan pen yang berada di tangan lelaki itu diambil dan diletakkan ke tepi lantas dia terus mendaratkan tubuh di atas riba Adrian.

Adrian menyandarkan badannya ke kerusi kerjanya.

"What's wrong, love? Hm?" Pinggang ramping Inara diusap olehnya.

"Abang, sayang rasa nak makan durian lah.." Adu Inara sambil hidungnya masih melekap pada kulit leher Adrian. Wangi!

"Out of sudden? Pukul 10 malam, love?"

"Esok kita balik kampung boleh tak? Nenek cakap dusun atuk berbuah banyak." Pujuk Inara.

"Esok?" Berkerut dahi Adrian. Inara menganggukkan kepalanya berkali-kali sambil matanya dipejam. Dia suka hidu bahu maskulin Adrian.

"Tapi, love—" Terus Inara menjauhkan diri daripada Adrian.

"Kalau tak boleh tak apa lah. I bukannya paksa pun." Dia ingin bangun daripada riba Adrian.

Adrian mencebikkan bibir. Halah! Merajuk lah tu? Dah tukar panggilan pula..

Pinggang Inara sekali lagi ditarik oleh Adrian membuatkan tubuhnya kembali mendarat di atas riba lelaki itu, "Bukan tak boleh. Tapi, kenapa sayang baru cakap malam ni? Kalau sayang cakap awal-awal, boleh lah abang inform Black terus.."

"Tak apa lah kalau tak boleh, I tak kisah pun." Inara masih dengan rajuknya. Tidak mahu paksa Adrian, lagipun dia tahu Adrian sangat mementingkan kerjanya.

"Boleh. Tengah hari esok kita balik kampung, ye?" Inara tersenyum lebar mendengar pernyataan tersebut.

"Serious? Aww thank you, baby daddy.." Leher Adrian dipeluk erat.

"Sayang, kenapa makin berat ni?" Topik ditukar. Sekali lagi, Inara menolak dada Adrian menjauhkan diri daripadanya.

"Abang kenapa? Tahu tak isu berat ni sensitif?" Sebelah tangan Adrian mengusap pinggang Inara manakala sebelah lagi berada di peha gebu tersebut.

"Lepaslah. I nak tidur.." Inara masih dengan rajuknya.

Boleh dia cakap kita makin gemuk?!

"No, sayang yang start dulu tadi." Kepala didaratkan di dada Inara.

"Sayang, your boobs getting bigger." Gumam Adrian di dalam pelukan membuatkan Inara terus menolak Adrian menjauh.

Tak senonoh!!

"Apa abang ni!"

"Betul lah, sayang. Abang tahu lah.." Ujar Adrian membuatkan wajah Inara terus merah membahang.

"Tak suka lah cakap pasal ni. Tadi cakap orang makin berat, lepastu dada makin besar pula. Abang nak cakap sayang makin gemuk kan?" Marah Inara kepada lelaki dihadapannya.

Adrian hanya diam membisu.

"Love.." Kedengaran amat menggoda suara Adrian pada pendengaran Inara. Tangan Adrian naik mengusap dan mengelus lembut pinggang Inara.

"What? Abang nak cakap pipi sayang bulat ke apa?"

"Are you pregnant?" Tebak Adrian.

Inara terus menjauhkan diri daripada Adrian, "Bencilah abang ni.. Baru nak surprise abang esok!"

Bibir dicebik lalu dada tegap Adrian ditepuk perlahan.

"Love.. Betul ke ni? Tak tipu? Sayang memang pregnant?" Wajah Adrian yang sedari tadi hanya menunjukkan kekeliruan akhirnya bersinar-sinar.

His Eternal Love Where stories live. Discover now