Bab 42

61.5K 3.3K 328
                                    

TELEFON pintar dibuka dan dikerling dengan ekor mata. Keluhan dibibir akhirnya terlepas jua. Dua minggu berlalu dengan pantas, Adrian kini sudah kembali sibuk dengan kerja pejabatnya.

Inara pula sudah tidak terlalu sibuk seperti dahulu. Dalam masa dua minggu ini juga dia sudah membiasakan diri bekerja di butik syarikat milik keluarganya. Gembira? Sudah semestinya dia gembira.

Tapi yang dia kurang berpuas hati sekarang ialah tentang perihal Adrian. Sejak dua menjak ini, lelaki itu agak sibuk dan asyik pulang lewat sahaja dari kerja.

Satu jam menunggu dihadapan meja makan itu membuatkan Inara mengeluh. Penutup saji diambil dan hidangan yang berada di atas meja itu ditutup dengan perasaan sebal. Hampir masuk pukul 9 malam dan Adrian masih tidak pulang.

Tak apa, dia faham Adrian sibuk.

Ruang tamu didekati dan tubuhnya direhatkan di atas sofa. Televisyen dibuka dan untuk sekian kalinya Inara mengeluh. Tak ada cerita yang best pun?!

Telefon dibuka dan sebuah pesanan dihantar kepada si suami.

30 minit dia menunggu balasan daripada Adrian namun telefonnya masih sunyi. Inara merengus. Dah nak pukul 10 malam ni kot?!

Seketika akal dan mindanya mula berfikiran negatif. Terus Inara menggelengkan kepala. Dia kenal Adrian macam mana..

Sudahnya penat menunggu Adrian pulang dari kerja, Inara terus naik ke tingkat atas. Tubuh dihempas di atas katil empuk itu dan comforter ditarik menutupi seluruh badannya. Sebal dan geram dengan perangai Adrian.

Dia penat masak makan malam tetapi lelaki itu tidak pulang. Entah mengapa dia rasa seperti ingin menangis sahaja.




ADRIAN membuka pintu besar rumahnya itu dengan perlahan. Jam di dinding dikerling, hampir pukul 11 malam. Dia menyumpah diri sendiri.

Tubuhnya berasa amat letih hari ini, jadi dia melelapkan mata di dalam pejabat. Bangun-bangun sahaja sudah hampir pukul 10 malam. Black pun tak ada untuk kejutkan dia, kebetulan pula lelaki itu terpaksa menghadiri kursus.

Jalan raya yang sesak itu membuatkan perjalanannya dari pejabat untuk pulang ke rumah semakin bertambah lama. Dalam banyak-banyak hari, hari itu juga kemalangan besar di jalan tersebut berlaku. Sudahnya, dia sampai ke rumah pada pukul 11 malam.

Perut Adrian berkeroncong minta diisi. Dia melangkah ke arah dapur. Penutup saji dibuka oleh Adrian. Serta merta perasaan bersalah mula menyusup dalam hati. Inara penat memasak untuknya namun dia pula yang pulang lewat.

Penutup saji kembali ditutup lalu langkahnya dibawa ke arah bilik tidur mereka. Pintu bilik dibuka dan kakinya dibawa ke arah Inara yang sedang tidur sambil berselubung di dalam selimut tebal itu.

Comforter ditarik kebawah dan wajah Inara diperhatikan. Hidung wanita itu agak kemerahan menandakan dia baru sahaja lepas menangis. Perasaan bersalah semakin bertambah didalam jiwa Adrian.

Pasti isterinya itu masih belum makan apa-apa..

"Love.." Bahu Inara ditepuk lembut oleh Adrian. Terasa seperti ada tepukan dibahunya, Inara mula membuka matanya. Wajah Adrian yang sedang memandangnya dengan perasaan serba salah terpapar di ruang mata.

His Eternal Love Where stories live. Discover now