Bab 20

83.4K 4.4K 333
                                    

SHAH duduk dihadapan Adrian yang sedang menayang wajah ketat. Kepala Shah terarah kearah seorang lelaki kacak berpakaian serba hitam yang sedang berdiri di luar Kafe miliknya.

Oh patutlah harini Kafe miliknya itu laku keras semacam sahaja. Ada bodyguard hensem di depan Kafe. Rata-rata semua gadis yang masuk ke dalam kafe itu merupakan budak sekolah menengah. Miang!

"Rajin pula kau mencemar duli datang Kafe aku?" Kata Shah kepada Adrian bersama senyuman.

"Aku nak tanya kau sesuatu tentang...." Shah menanti dengan penuh sabar.

"..Inara." Sambung Adrian.

Shah mengangkat sebelah keningnya apabila Adrian menghulurkan telefon pintarnya. Gambar yang terpampang di skrin gelap hitam itu membuatkan dahi Shah berkerut..

"Siapa yang hantar gambar ni?"

Gambar-gambar Inara yang diambil dari jarak jauh itu diteliti oleh Shah dengan dahi berkerut.

"Bukan kau?" tanya Adrian dengan syak wasangka.

"Uish! Tak gila aku nak ambil gambar anak dara orang senyap-senyap," bangkang Shah. Gila apa nak ambil gambar Inara yang sedang bercucuk tanam di hadapan rumah.

"Zayn cakap, lokasi terakhir pemilik nombor tu di kafe ni."

Kening Shah bercantum. Apa yang pasti, bukan dia yang mengambil gambar Inara dan sengaja mengirimkan kepada Adrian.

Dia tiada motif untuk lakukan perkara tersebut. Tidak pernah terfikir dek akalnya untuk mengambil gambar seseorang tanpa persetujuan pihak lain.

Adrian berpeluk tubuh menyandarkan dirinya di kerusi kafe tersebut. Jadi mengapa lokasi terakhir telefon tersebut ialah di kafe ini? Bukankah ia pelik?

"It's okay. Maybe kebetulan." Sudahnya Adrian hanya menganggukkan kepalanya. Syak wasangkanya terhadap Shah dibuang begitu sahaja. Tiada sebab untuk dia mencurigai Shah sedangkan lelaki itu kelihatan agak aneh. Mungkin Shah juga turut berfikir tentang pengirim gambar tersebut.

"Kau nak makan ke?" Belum sempat Adrian ingin menjawab, Shah terlebih dahulu memanggil anah buahnya.

"Badrul! Tolong panggilkan lelaki hensem kat luar tu." Arah Shah kepada anak buahnya.

Badrul mengangguk lalu kaki dihayunkan kearah Zayn. Beberapa minit selepas itu, Zayn masuk ke dalam Kafe lalu berdiri di belakang Adrian.

Adrian tarik kerusi disebelah lalu mengarahkan Zayn untuk duduk.

"Mesti kau orang belum makan lagi,ya? Don't worry my treat.." Kata Shah sebelum melangkah ke dapur.

"Ehem, boss.. Aku tak selesa lah." Kata Zayn kepada Adrian sambil membetulkan tali leher hitam miliknya. Adrian mengangguk faham. Dia juga tidak selesa sebenarnya.

Semua pelanggan kafe tersebut asyik memandang ke arah mereka berdua. Makan itu buat lah cara mahu makan. Ini tidak, sekali suap lepastu mata terus naik memandang kearah mereka berdua. Cungkil biji mata karang!

Loceng yang tergantung dipintu masuk Kafe tersebut berbunyi tanda pelanggan baharu masuk. Namun bukan itu yang menarik perhatian Adrian, tetapi suara dua manusia yang sedang bergaduh mulut.

"Urgh kan aku dah cakap warna kuning tu lagi cantik tapi kau pilih warna biru! Kau ni degil! Takkan lah aku kena menjerit dekat telinga kau dulu baru kau nak dengar cakap aku, nok?"

"Hish manalah aku tahu bila dah keluar butik tu warna biru ni pula tak cantik!"

"Kau tengok muka aku ni, ada aku kesah?" Hidung dikembangkan ke arah perempuan dihadapannya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now