Bab 25

75.7K 4.3K 514
                                    

DUA minggu berlalu sejak kejadian hitam yang menerpa dirinya dan dalam masa dua minggu ini jugalah dia banyak berkurung di dalam bilik. Semua makanan dan minuman dibawa oleh Amina ke dalam bilik. Dia masih tidak mampu terima kenyataan.

Selama dua minggu ini jugalah, Inara hanya dapat melelapkan mata dengan bantuan pil tidur. Dia tak tahu. Setiap kali dia cuba untuk tidur dan tenangkan diri, bayangan kelakuan lelaki tersebut sering menerjah mindanya.

Inara merenung telefon yang sudah 2 minggu tidak disentuh dan dibuka. Langsung dia tidak berniat untuk membuka telefon pintarnya. Dia memerlukan ruang dan ketenangan tanpa sebarang gangguan.

Lutut dipeluk lalu dia menghamburkan tangisan buat sekian kalinya. Macam mana penerimaan Adrian? Tak mungkin Adrian akan terima dia lagi selepas kejadian yang menimpanya ini.

Fikirannya melayang pula tentang Adrian. Selama 2 minggu ini, dia langsung tidak bertemu dengan Adrian. Sama ada lelaki itu sengaja tidak mahu datang melawat ataupun sudah tidak mahukan dia yang kotor ini.

Pintu bilik dibuka perlahan lalu dia mengatur langkah turun ke bawah. Sampai bila mahu berkurung, Inara Mikaeyla? Turun bawah dan sapa mummy daddy.

Air mata dilap lalu nafas ditarik sedalam-dalamnya. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan kelibat Tan Sri Irshad mula kelihatan.

"Sayang, daddy.. Feeling so much better right now?" Tipulah kalu dia tidak terkejut apabila melihat Inara sudah berada di depan mata.

Tuhan sudah makbulkan doa dia.

Inara tersenyum tipis..

"Inara..." Kini suara Puan Sri Frida pula kedengaran.

Terasa hendak menangis disitu juga apabila dia lihat anaknya sudah keluar dari bilik.

"Mana abang Irham, mummy?"

"Abang dengan Sarra baru je balik rumah dorang tadi.. Lama sangat dorang tinggal kat sini.."

Inara menganggukkan kepalanya tanda faham.

Inara mengambil tempat duduk disebelah ayahnya lalu dia menggigit bibirnya perlahan. Tidak tahu bagaimana mahu mengutarakan permintaannya ini.

Puan Sri Frida pula mengambil tempat di sebelah Inara lalu tangan anaknya diusap.

"Nara nak cakap apa?" Tanya Tan Sri Irshad..

"Nara.. nak putus dengan Adrian." Selepas berkata sedemikian, bibirnya digigit. tak.. Dia tak sanggup tapi dia terpaksa. Cincin yang bertatahkan berlian di jarinya dihulurkan kepada ibunya.

"Tapi kenapa?"

"Inara faham kalau dia dah tak boleh nak terima Nara lepas dari kejadian— Nara pun tak nak fikirkan pasal tu. Mummy dengan Daddy faham kan?" Luah Inara. Jujur dia langsung tidak mahu ingat akan peristiwa hitam tersebut. Matanya berkaca-kaca hanya tunggu beberapa saat sahaja lagi dia mahu menitiskan air mata.

Puan Sri Frida mengusap belakang badan Inara menyalurkan kekuatan.

"Daddy akan bagitahu Adrian tapi Nara tahu kan dia sayangkan Nara sangat-sangat.."

Diam. Inara tidak membalas.

"Daddy dengan Mummy ada nak apa-apa? Inara nak pergi buat air.."

"Boleh juga..."

Inara menarik senyuman lalu dia membawa diri ke arah dapur. Dia mahu minum air. Tekaknya terasa perit akibat daripada menahan tangis yang bila-bila masa sahaja boleh pecah..

Kornea matanya terhala ke arah sebilah pisau yang berada di kabinet dapur. Entah apa yany merasuk fikirannya lalu kakinya melangkah ke arah pisau tersebut.

His Eternal Love Where stories live. Discover now