Bab 33

81.1K 4.2K 408
                                    

LANGKAH kaki dibawa masuk ke dalam bangunan yang gah tersebut. Sekali matanya menjenguk ke arah lobby bangunan yang penuh dengan pekerja yang bergerak kehulur-kehilir. Hari ini, dia melawat Adrian di tempat kerja. Niatnya ingin mengajak suami tercinta makan tengah hari bersama.

Langkah kakinya diperlahankan lalu punat lif ditekan dan tingkat 45 ditujui. Senyuman diberikan kepada semua pekerja si suami yang berada di dalam lif. Mereka semua sudah sedia maklum bahawa dia merupakan isteri kepada bos mereka.

"Hai, puan.. Datang nak lunch dengan bos ke?" Sapa seorang perempuan yang agak berumur. Inara memandang ke arah suara tersebut lalu senyuman dan anggukan diberikan.

"Ya, erm korang semua tak lunch ke?" Sekadar ingin meleretkan perbualan agar tidak terasa janggal.

"Tak, puan!" Jawab mereka semua yang berada di dalam lif secara serentak. Dahi Inara berkerut lalu tawanya ditahan. Terasa seperti berada di kem askar lah pula.

"Kenapa tak lunch? Boss you buli ke?" Seloroh Inara mengundang tawa daripada semua pekerja yang berada di lif itu.

"Jabatan kitorang agak sibuk sejak kebelakangan ni. Ada banyak projek besar masuk." Salah seorang lelaki menjawab bagi pihak mereka.

"Oh, korang satu jabatan ke? Nice to meet you guys. I keluar dulu ye?" Kata Inara lalu langkahnya dibawa keluar dari lif.

Comel lah pula pekerja-pekerja suami dia ni!

"Hai, Zayn!" Ceria Inara menyapa Zayn yang berada di luar bilik Adrian. Zayn yang daripada tadi berwajah tegang menayangkan senyuman ikhlas buat isteri rakannya itu.

"Hai, Puan Inara." Zayn menyapa kembali. Dia memang agak rapat dengan Inara.

"Adrian busy tak? I nak ajak lunch lah." Senyuman riang ditayangkan kepada Zayn.

"Masuklah." Kata Zayn lalu pintu besar yang tertulis ADRIAN KHALAF itu ditolak perlahan. Wajah Adrian yang berkerut memandang skrin komputer berjenama apple itu kembali neutral apabila wajah Inara menyapa kornea matanya.

Inara menutup pintu pejabat Adrian lalu dia mula mengorak langkah mendekati si suami.

"I miss you, love." Kata Adrian lalu pinggang Inara dipegang erat.

"Ee mengadalah dia ni. Dah tak payah lebih-lebih nanti karang Zayn nampak.." Dada tegap Adrian ditolak lembut. Comellah suami dia ni..

"Kenapa datang ni?" Ubun-ubun Inara dicium lalu dia menggamit wanita itu ke arah sofa yang terletak di hujung pejabat.

"Nak datang sini pun tak boleh ke? You ada sorok scandal ke?" Inara melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk itu bersebelahan dengan si suami. Kepala ditelengkan ke kiri dan kanan mencari kelibat perempuan yang mungkin disorokkan oleh Adrian.

"Carilah sampai esok pun you takkan jumpa sebab I memang tak ada skandal."  Jawapan Adrian membuatkan Inara tertawa perlahan. Dia percayakan Adrian.

"I datang nak ajak you lunch. Nak tak?" Lengan milik Adrian dipeluk erat.

"Is it already lunch?" Jam tangan yang berada di pergelangan tangannya dilihat lalu dia memandang kembali wajah cantik Inara.

"I tak perasan dah lunch. Let's go, love." Jari jemari runcing Inara disulamkan dengan jari jemarinya lalu mereka berdua keluar dari pejabat bersama-sama.

"Zayn! Nak ikut tak?" Inara tersenyum memandang Zayn yang masih statik berdiri di hadapan meja kerjanya.

Belum sempat Zayn ingin membuka mulut, matanya tertumpu ke arah Adrian yang seakan-akan memberi isyarat kepadanya agar tidak bersetuju dengan ajakkan Inara.

His Eternal Love Where stories live. Discover now