Bab 36

74.9K 4K 1.3K
                                    

"BABE, ada hal apa nak jumpa ni?" Tanya Sarra sebaik sahaja dia melabuhkan punggung dihadapan Inara. Hari ini dia, Inara dan Firdaus keluar makan bersama. Kata Inara ada perkara penting yang mahu ditanyakan dan dibincangkan.

Inara mengeluh. Riak mendung diwajahnya itu bukan main menunjukkan bahawa dia sedang bersedih. Berkerut dahi Sarra melihat keadaan Inara yang seperti serabut.

"Kau kenapa ni,nyah?" Bahu Inara ditolak lembut oleh Firdaus.

"Ada masalah dengan encik suami ke?" Sarra pula membuka mulut.

"Panjang ceritanya.."

"Pendekkan lah!" Firdaus menepuk lengan Inara yang berada di atas meja itu ditepuk kuat. Orang dah tak sabar nak tahu, boleh pula main tarik tali!

"Panj-" Di saat-saat serius itu, Inara masih lagi hendak berlawak.

"Bitch kau dengar sini. Lawak macam ni, dah ramai orang guna. Dah banyak kali dah aku dengar. So sebelum aku hempuk kau guna bulu hidung aku, lebih baik kau jawab elok-elok."

Inara berdecit. Firdaus di sebelah dijeling kemudian dia melepaskan keluhan panjang.

"Ya." Jawab Inara pendek.

"Kenapa? Apa yang jadi?" Inara mengangkat bahunya ke atas tanda tidak tahu.

Inara mengeluh sekali lagi. Tentu Adrian terlalu kecewa dengannya. Sudahlah semalam lelaki itu langsung tidak tidur di dalam bilik mereka. Bila dia bangun pagi tadi dia perasan Adrian tidur di bilik tetamu. Fahamlah bahawa lelaki itu masih marah dan berjauh hati dengannya.

"Kau buat apa sampai bergaduh ni?" Tanya Sarra. Kalau Inara tak buat hal, memang tak ada sebab Adrian mahu marah dan merajuk. Lelaki itu pula bukanlah jenis yang terburu-buru. Adrian yang dia kenal seorang yang matang dan tidak akan marah tanpa ada punca dan sebab yang kukuh.

"Kalau aku cerita ni jangan terkejut, tau?" Sarra dan Firdaus mengangguk bagai burung belatuk sambil matanya masih statik memandang Inara dengan teruja.

"Adrian kan outstation minggu lepas.." Sekali lagi mereka berdua menganggukkan kepala dengan laju menanti ayat yang seterusnya.

"Rumah kitorang kena pecah masuk." Sarra menekup mulut tanda tidak percaya.

"Daddy dengan mummy tak tahu?" Inara menggelengkan kepalanya. Terus kaki Inara dipijak oleh Firdaus dari bawah meja.

Inara mendesis perlahan lalu matanya naik menjeling Firdaus yang sedang merenungnya dengan tajam.

"Perkara besar macam ni kau tak bagitahu? Are you ouf of your mind?"

"Besar ke perkara macam tu? Aku tak apa-apa pun kira okay, tau?"

"Listen here, bitch.." Firdaus sudah buka mulut bersedia ingin menyembur Inara.

"Rumah kau kena pecah masuk, tahu tak? Kau boleh pula anggap benda ni tak serius? Sudahlah masa tu Adrian tak ada, kalau perompak tu buat benda bukan-bukan dekat kau, macam mana? You want banana fruit two time eh? You stupid girl."

Inara tertunduk. Betul juga. Kenapa dia tidak berfikir begitu? Tentu itu yang dirisaukan oleh Adrian sehingga tercetusnya perbalahan antara mereka semalam.

"Itu lah, babe.. Kau ni! Kalau daddy tahu kau rahsiakan benda macam ni, mahunya kau kena marah tahu tak?" Kata Sarra membela hujah Firdaus.

"Mesti Adrian pun tak tahu kan?" Tebak Sarra. Melihatkan Inara yang terdiam itu bermaksud tekaannya betul.

"Bodoh.." Gumam Firdaus perlahan.

"Sebab itu lah kita orang gaduh semalam. Dia dapat tahu rumah kita orang kena pecah masuk tapi aku cuma diamkan je."

His Eternal Love Where stories live. Discover now