Bab 39

77.5K 3.6K 264
                                    

"LOVE, boleh cepat sikit tak? Kita dah lambat ni.." Jam di pergelangan tangannya dikerling. Penerbangannya akan berlepas dalam masa 1 jam sahaja lagi dan mereka masih berada di rumah.

"Ye. Kejap la dah nak siap ni.." Jawab Inara sambil dia meratakan lipgloss dibibir merahnya.

Beberapa minit selepas itu, Inara turun dengan muka masamnya. Wajah Adrian yang hairan memandangnya itu dijeling.

"Why, love?" Tubuh Inara didekati.

"You punya pasal lah! Dah tahu hari ni kita nak pergi Paris, malam tu buat hal. Lepas tu, bila orang bersiap lambat, marahkan kita. I lambat sebab you juga. Nak nangis tahu tak?" Bibir dicebik tahan tangisan daripada pecah.

Terasa hati sebab dari awal dia tengah bersolek lagi si Adrian sudah memanggil dia. Alamatnya, eyeliner dia tak jadi sebelah!

"Ni tengok ni! Eyeliner I tak jadi dah tahu tak? Mesti orang tengok pelik sebelah wings okay sebelah lagi pendek, jatuh lah saham—" Terhenti bebelan Inara apabila Adrian mendaratkan bibir di atas bibir merah miliknya.

Kucupan dilepaskan dan wajah Inara membahang merah.

"Dah habis bebel dah? Nak bebel lagi ke tak?" Inara mengangguk tanpa sedar. Adrian tergelak besar. Gatal!

Hidung Inara dicuit manja kemudian tangan mulus itu dipimpin.

"I minta maaf, okay love? Now, jom kita pergi airport." Sedar akan sesuatu terus Adrian menghentikan langkahnya secara mendadak.

Inara mengerutkan dahi, "Kenapa?"

"I rasa you kena touch up sikit lip gloss tu.." Jari naik menyentuh bibir merah Inara membuatkan wajah cerah itu terus kemerahan.

"You!" Tergesa-gesa Inara mengeluarkan lip gloss dan cermin daripada beg tangannya. Lip gloss dicalitkan ke bibir kembali.

"Anyways, I love strawberry.." Kata Adrian diakhiri dengan tawa kecil. Sengaja ingin mengusik isterinya.

"Dia ni kan!"

Tahulah dia bahawa Adrian sedang bercakap perihal lip gloss miliknya. Uh! Pervert!



SAMPAI sahaja di lapangan terbang, mereka berdua dijemput oleh seorang pemandu pelancong yang ditempah khas oleh Adrian sepanjang mereka berada di Paris.

"Sayang, siapa yang jaga company sepanjang kita honeymoon ni?" Ye lah, dia berbulan madu bukannya sekejap. Lima hari juga dia berada di negara orang ni.

"No worries, Black yang uruskan semua hal syarikat." Inara mengangguk. Baru dia teringat perihal Black. Kata Adrian, Black juga merupakan salah seorang pemegang saham terbesar syarikat milik suaminya itu. Jadi, Black mempunyai kuasa yang agak besar di dalam syarikat tersebut.

Patutlah bila masa sahaja Black atau Adrian yang berada di dalam lif, semua pekerja terus membatukan diri. Kini dia faham.. Black orang terpenting dan terkuat syarikat itu.

"Kita dah sampai Paris baru nak tanya pasal company." Inara memcebik.

"Sekurang-kurangnya I tanya, tau?" Tangan Inara disulam dengan jari-jemarinya lalu mereka berdua sama-sama berjalan keluar dari lapangan terbang yang sibuk dan sesak itu.

Dapat dilihat seorang lelaki bersandar di sebuah kereta Bugatti La Voiture Noire. Adrian terus mendekati lelaki tersebut lalu dia memeluk erat bahu lelaki tersebut.

"Lukas. This is my wife, Inara.." Inara tersenyum membalas pandangan mata lelaki yang bernama Lukas itu.

"Woa, bro! You never said Malaysia have an angel before.." Lelaki yang bernama Lukas itu tersenyum lalu tangan dihulur ke arah Inara.

His Eternal Love Where stories live. Discover now