Bab 35

70.5K 4K 467
                                    

ADRIAN melangkah keluar dari balai ketibaan. Dia pulang ke Malaysia tanpa Black oleh kerana dia terlampau rindukan isterinya. Lagipun, urusan yang penting di Singapura sudah diselesaikan olehnya sebelum dia pulang. Lebihan kerja yang lain diserahkan kepada Black. Dia tahu dia boleh harapkan rakan baiknya itu.

Sengaja dia tidak maklumkan kepada Inara tentang kepulangannya. Dia mahu buat kejutan.

Sampai sahaja dihadapan rumah, kening Adrian bertaut pelik. Kenapa sunyi? Kereta pun tak ada..

Adrian melangkah keluar dari perut kereta bugatti miliknya. Belum sempat dia melangkah ke arah pintu rumah, suara jirannya di sebelah menggamit perhatian.

"Eh, Adrian? Tak balik sekali dengan Inara ke?" Kening Adrian semakin berkerut. Inara pergi mana?

Melihatkan Adrian yang seakan bingung, cepat-cepat Laila kembali bersuara.

"Lah kenapa tak jemput dia sekali tadi? 4 malam juga dia tidur rumah Tan Sri rasanya lepas rumah kamu kena pecah masuk haritu."

Nafas Adrian bagai tersekat di kerongkong. Rumah kena pecah masuk? Tidak tahu reaksi bagaimana yang perlu diberikan kepada Laila dan Fatah. Dia langsung tidak tahu.

"Jangan cakap Inara tak ada bagitahu apa-apa kat Adrian?" Teka Laila. Fatah disebelahnya sudah menjegilkan mata ke arah isterinya. Apa yang selamba badak sangat bini dia ni?

"Eh tak lah, kak.. Inara dah bagitahu haritu, dia sebenarnya suruh jemput dia tadi tapi saya terlupa. Saya pergi ambil dia dulu lah." Pamit Adrian lalu terus enjin kereta kembali dihidupkan.

Entah apa yang ingin dirasakan. Marah, kecewa, sedih atau takut? Semua perasaannya bercampur aduk.

Sampai sahaja dihadapan rumah agam milik mertuanya itu terus Adrian memberi salam dan masuk ke dalam. Tangan Puan Sri Frida dikucup.

"Haa balik pun menantu kesayangan ni. Ingat dah nak tinggal isteri kat sini dah."

Adrian senyum kecil mendengar gurauan Puan Sri Frida. Nampaknya ibu mertuanya itu masih tidak tahu tentang kes pecah masuk di rumahnya.

"Adrian? Bila balik?" Teruja pula Inara melihat wajah kacak suaminya sebaik sahaja turun ke rumah tamu.

"Baru je.." Senyum palsu ditayangkan walhal hanya tuhan yang tahu betapa marah dan kecewanya dia terhadap Inara sekarang.

"Ad makan kat sini, tau? Lepas lunch nanti Ad balik. Angkut juga budak tak semenggah ni!" Telunjuknya dihala ke arah Inara yang sedang mencebikkan bibir sambil melentokkan kepala di lengan suaminya.

Adrian menganggukan kepala sambil tersenyum memandang ibu mertuanya.

"Tu daddy dah balik. Jom makan!"

Beberapa minit berada di meja makan menjamu selera, akhirnya Adrian minta pamit berserta dengan Inara disisi.

Laju sahaja Adrian menonong berjalan meninggalkan dia. Pintu kereta mewah milik Adrian dibuka perlahan dan dapat dilihat wajah tegang Adrian. Tadi semasa tengah makan tengah hari juga dapat dirasakan Adrian agak marah dengannya. Banyak juga dia cuba bercakap dengan Adrian tapi semuanya hanya dijawab sepatah.

Inara telan liur perlahan.

Dia ada buat salah ke?

Masuk sahaja ke dalam kereta, Inara terus membatukan diri. Tidak tahu apa yang perlu dibuat. Wajah Adrian tegang dan merah bagaikan menahan amarah dikerling. Takkan sebab dia tidur di rumah daddy, Adrian marah?

Sekali lagi wajah Adrian yang tegang dan ketat itu dikerling melalui ekor mata. Demi tuhan, Inara rasa seperti tidak dapat bernafas sahaja sekarang. Dada terasa sesak. Dia tidak tahu apa salah dia sehinggakan lelaki itu tidak mahu bercakap dengannya.

His Eternal Love Kde žijí příběhy. Začni objevovat