Bab 62

70.5K 4K 2.7K
                                    

FIRDAUS menjeling perempuan yang sedang menangis teresak-esak di sofa butik itu dengan perasaan geram. Nak sangat datang kerja! Bila dah sampai, cakap rindu suami!

Siapa lagi kalau bukan isteri si Adrian tu!

Dengan perut besarnya tu, ada hati lagi nak datang kerja. Dah sampai butik, boleh pula dia menangis sebab rindu Adrian.

Ada juga yang makan pelangkung aku karang Ei! Geram Daus dibuatnya!

Dadanya diusap. Huh, sabar Fiffy..

"Kau ni, Nara.. Dari tadi asyik nangis. Aku nak call Adrian, kau tak bagi." Inara yang sedang menangis di sofa itu didekati.

"Iskk.. Iskk.."

"Baby.. isk- yang rindu daddy dia.." Ujar Inara tersekat-sekat. Tisu yang berada di atas meja diambil dan dilap pada wajahnya yang sudah comot dengan air mata.

"Head of father you!" Bengang pula Firdaus dibuatnya. Dia yang rindu suami, lepastu salahkan anak dalam perut!

"Isk.. Kenapa kau marah aku dengan baby? Isk.."

"Eh kau ni jangan lah menangis. Nanti Adrian cari bini baru karang haa! Ayok tak tahu ayok!" Usik Firdaus. Makin kuat tangisan Inara dibuatnya.

Firdaus menggaru kepalanya. Salah aku ke ni? Matanya meliar ke sekeliling butik. Sudahlah ramai pelanggan sekarang.

Firdaus menadah tangannya "Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku ingin meminta pertolongan darimu. Kau tabahkanlah hati aku ini, Ya Allah.. Aminn.."

Tangan yang ditadah tadi diraup ke mukanya kemudian dia memandang Inara yang masih menangis.

"Dah tu aku nak kena buat apa sekarang?"

"Jangan call daddy.." Ujar Inara lagi dengan air mata yang makin laju mengalir.

"Daddy bapak kau ke daddy suami ni?" Haih! Firdaus tak faham betul lah!

"Daddy baby aku lah! Iskk.. Adrian- isk.. tengah sibuk.."

"Kisah pula aku dia sibuk ke tak?!" Telefonnya dikeluarkan dari kocek seluar dan nombor Adrian terus didail.

Kepala hotak dia lah dah berapa jam asyik menangis je!

"Ad, kau datang lah butik sekarang." Ujar Firdaus tanpa nada. Matanya dikerling ke arah Inara yang masih teresak itu.

"What happened?" Tanya Adrian dengan nada risau.

"Datang lah." Panggilan terus ditutup. Wajah Inara yang kemerahan itu dipandang.

"Kenapa.. kenapa k-kau call baby daddy?" Inara merungut dalam tangisan. Dia tak mahu ganggu Adrian kerja.

"Nyenyenyenye.." Mimik Firdaus sambil menutup telinganya dengan kedua-dua tapak tangan.

Sejurus itu, dia terus tinggalkan Inara yang sedang menangis di sofa tersebut. Sudahlah hari ini Puan Sri Ngok Ngek tu tak masuk kerja, memang kerja butik seratus peratus berada di atas bahunya sekarang. Memang sibuk!

Ditambah pula dengan mak buyung asyik menangis meraung dari tadi, makin pening kepala dia!

Huru-hara hari Firdaus dibuatnya!

"Love.." Inara terus mengangkat wajahnya apabila suara Adrian kedengaran di gegendang telinga.

"Abang.." Tersebik-sebik Inara memandang Adrian yang segak berpakaian korporat tersebut.

"Kenapa ni, hm?" Dia terus melabuhkan duduk disebelah Inara.

"Rindu..isk.." Adrian tidak mampu menahan senyuman sekarang. Comelnya lah..

His Eternal Love Where stories live. Discover now