Bab 28

75.7K 4.3K 562
                                    

"BILA Nara nak pergi beli barang? Sure tak nak mummy ikut?" Tanya Puan Sri Frida kepada Inara.

Sudah 2 minggu berlalu sejak Inara dilamar oleh Adrian di Hospital. Tarikh perkahwinan juga sudah ditetapkan dan akan berlangsung pada bulan depan. Kata Adrian, dia tak mahu tunggu lama lagi kerana dia mahu jaga Inara dengan lebih dekat.

"Adrian tak pergi sekali ke?"

Inara menggeleng bagi menjawab soalan daripada si ibu. Lagipun dia bukan pergi seorang diri, tetapi dia pergi dengan Firdaus.

"Haa itu Fiffy dah datang.. Nara pergi dulu." Tangan Puan Sri Frida diambil lalu dikucup.

"Be careful.. Kalau apa-apa jadi terus call Adrian atau Irham, okay?"

Inara tersenyum nipis lalu kepala dianggukkan. Tengoklah dulu macam mana, mummy... Nara tak janji.

Bunyi hon daripada kereta Firdaus membuatkan Puan Sri Frida melatah lalu terus dia melangkah ke arah Firdaus. Tingkap di bahagian pemandu diketuk beberapa kali lalu tersembul lah muka Firdaus yang tersengih tidak bersalah.

"Potong gaji baru tahu!" Kata Puan Sri Frida sebaik sahaja Firdaus tingkap kereta itu terbuka.

"Eh orang tua ni?!" Sebal pula Firdaus dibuatnya. Boleh pula main ugut dengan gaji dia yang ciput macam tu??

Takpe Firdaus.. Kau ada sumber duit yang lagi satu. Apa yang kau perlu buat senang sahaja, maklumkan tentang keadaan Inara dan terus kau akan dapat duit.

"Kalau ada apa-apa jadi, terus call!" Pesan Puan Sri Frida sekali lagi kepada Firdaus.

"Ye tahu lah mummy.." Suara dikepit lalu tangannya dilembikkan ke arah Puan Sri Frida. Sengaja mahu mengejek orang tua kuat membebel tersebut.

Puan Sri Frida menjeling Firdaus yang suka-suka hati memanggilnya mummy. Ada-ada sahaja perangai Firdaus yang membuatkan dia geli hati. Anak mata menghantar pemergian kereta Firdaus yang mula memandu keluar dari perkarangan rumah agam.

"So, kau ada nak beli apa-apa lagi tak?" Tanya Firdaus kepada Inara setelah hampir satu jam dia meneroka pusat membeli belah yang besar dan gah tersebut.

Inara menggelengkan kepalanya lalu langkahnya dibawa ke arah kereta Firdaus yang terparkir agar jauh dari Mall. Punya lah banyak sangat orang dekat sini sampaikan langsung tidak ada lot parkir yang tinggal. Akhirnya, Firdaus membuat keputusan untuk memarkir kereta agak jauh dari Mall.

Perkara berlalu dengan sangat pantas dan tanpa dia sempat elak, beg tangannya diragut dari sebelah tepi. Tarikkan daripada peragut itu membuatkan Inara terjatuh dan mengaduh kesakitan.

Kakinya terasa amat sengal dan sakit. Inara cuba untuk bangun dari kedudukannya yang sekarang namun gagal. Kemungkinan besar kakinya terseliuh atau yang lebih teruk ialah retak.

"Woi! Budak-budak tak guna! Nak duit minta lah!" Firdaus berlari ke arah Inara yang telah jatuh terduduk di atas tanah.

"Kau okay tak ni, nok?"

Inara menggelengkan kepalanya perlahan bagi menjawab soalan Firdaus. Dia tak yakin mampu bergerak ketika ini.

"Kita pergi hospital.." Putus Firdaus lalu dia membantu Inara masuk ke dalam kereta.

"Jangan beritahu Adrian pasal ni."

Firdaus mengangguk perlahan. Sekarang dia rasa bersalah. Kalau bagitahu, nanti Inara marah dia.. Kalau tak bagitahu, dia tak dapat duit..

Inara, kau jenis marah sekejap sahaja kan?

"Janji jangan beritahu?"

"Ya aku janji..." Jawab Firdaus lalu keretanya mula membelok masuk ke hospital terdekat.




His Eternal Love Where stories live. Discover now