Bab 7

78.5K 4.9K 903
                                    

PEMANDUANNYA terganggu tatkala telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan mata yang masih fokus memandang jalanraya dihadapan, tangannya mula mencapai telefon pintarnya.

Nama pemanggil dibaca sekilas kemudian dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Ad. Tengah buat apa?" Lembut sahaja suara ibunya bertanya membuatkan Adrian terus tersenyum.

"Waalaikummusalam, ibu. Tengah drive ni. Kenapa?"

"Ad busy ke? Tak apalah kalau busy, ibu minta tolong Aariyan je."

"Tak, ibu. Ada apa tu?" tanya Adrian pula. Memang benar, dia tidak terlalu sibuk sekarang. Baru sahaja pulang dari tapak pembinaan dan sekarang dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Boleh tak Adrian tolong ambilkan baju ibu dekat butik?"

Adrian hanya mengangguk sahaja. Sikapnya, tidak akan menolak permintaan si ibu. Apa yang diminta oleh si ibu, itulah yang akan ditunaikan.

"Okey. Ad terus pergi ambil sekarang. Nanti Ad singgah rumah balik nanti." Sudahnya, dia stereng kereta dipulas lalu pusingan-U dibuat olehnya.

Sampai sahaja dihadapan butik mewah itu, pintu besar tersebut dikuak dari dalam oleh pengawal di muka pintu. Matanya dibawa ke seluruh pelosok butik tersebut.

Mewah

Perkataan yang sesuai untuk butik tersebut. Tidak lama selepas itu, telinganya menangkap bunyi pergaduhan seorang gadis dan seorang lelaki yang berupa wanita.

"Kau ni kan Firdaus! Buat la kerja elok elok!"

"Eh engkau nama aku Fiffy tau! F I F F Y !" Lelaki yang bernama Fiffy atau Firdaus itu bersuara dengan nada suara yang dikepit.

"Ah engkau Firdaus tu Firdaus je lah. Nak Fiffy Fiffy pulak! Fikir vogue lah tu!" Gadis di hadapan Firdaus itu merengus.

"Pergi ke kedai membeli cincau, mak kau hijau!" Firdaus sudah mula mengeluarkan pantun.

"Eh jahatlah kau main mak aku! Pergi ke kedai membeli remote, haa mak kau hijau lumut!" Gadis dihadapan Firdaus pula membalas pantun.

Adrian menahan senyuman apabila mendengar pergaduhan dua kawan tersebut. Mata sikit pun tidak mahu pandang ke arah pasangan yang bergaduh hujung butik.

Tidak mahu dicop busybody.

Tiba-tiba ada suatu suara yang memanggilnya membuatkan dia ingin berpaling ke arah suara tersebut.

Adrian berpaling secara automatik ke arah suara tersebut. Seperti dia kenal suara tersebut tapi dari mana?




INARA mula membalas perbuatan Firdaus yang sesuka hati mencekik lehernya. Berani pondan ni sentuh leher aku yang seksi ni? Tangan Inara juga turut naik mencekik leher Firdaus.

"Kau cakap mak aku hijau lumut ye?" Lelaki dihadapannya yang bernama Firdaus itu mula menguatkan cengkaman.

"Kau cakap mummy aku hijau juga kan?" Inara menjegilkan matanya. Huh!

Nasib baik ketika itu butiknya itu tiada ramai pelanggan. Kalau tidak? Buat malu sahaja tengok aksi pergaduhan mereka berdua tadi.

Inara memerhati sekeliling butik sambil tangannya masih mencekik leher Firdaus. Manalah tahu ada pelanggan yang menyaksikan pergaduhan mereka.

His Eternal Love Where stories live. Discover now