Special Chapter 4

100K 4.4K 1.3K
                                    

MERIAH rumah Adrian dan Inara tatkala semua ahli keluarga mereka berkumpul disitu kecuali Arissa.

Katanya sambung belajar ke oversea untuk ubat hati yang lara.

Tubuh Kayra yang sedang bermain dengan Rizqin itu diangkat oleh Adrian kemudian diletakkan di atas kerusi.

Adrian dan Inara berdiri disebelah Kayra kemudian beberapa keping gambar keluarga kecil itu diambil oleh Firdaus.

klikk!

"Lagi.. lagi.." Firdaus dekatkan kameranya betul-betul dihadapan batang hidung Kayra.

"Daddy!" Kayra mengadu kepada Adrian.

"Gurau sikit pun tak oleh!" Firdaus mencebikkan bibir.

"Let's reveal the baby's gender!" ujar Aariyan ceria.

Kayra sudah menepuk-nepuk tangannya tanda tidak sabar dan juga gembira.

"Kayra pegang belon ni. Bila paksu cakap letupkan, baru Kayra letupkan," Aariyan menghulurkan sebuah belon kepada Kayra.

"Okay!" Kayra tersenyum teruja.

"One.. two.. three.. letupkan!"

boom!

Belon meletop dan sejurus itu confetti yang berwarna biru keluar dari perut belon besar tersebut.

"Wahhh!"

"Boy?!" Aariyan mengerling ke arah Firdaus yang sudah tersenyum mengejek kepadanya.

"Aku dah agak baby boy!" Firdaus tersenyum kemenangan

"Hoi, loser!" Firdaus memanggil Aariyan dengan nada mengejek.

"Petang ni kau belanja aku makan!"

Ya, dia dan Aariyan bertaruh sama ada bayi dalam kandungan Inara itu merupakan bayi perempuan atau lelaki.

Aariyan melepaskan keluhan. Kenapa boleh lelaki?! Nampaknya terpaksalah dia belanja Firdaus makan lagi.

"Kayra tahu tak maksudnya apa ni?" tanya Adrian kepada Kayra yang hanya mendiamkan diri sahaja daripada tadi.

Kayra menganggukkan kepalanya laju.

"Daddy.. I don't want brother." Tercebik-cebik bibirnya mengutarakan ayat tersebut.

Wajahnya disembamkan pada leher Adrian disebelah. Inara tersenyum memandang Kayra yang terlebih manja dengan daddy nya.

"Boy or girl, sama je," pujuk Adrian lembut kemudian belakang badan Kayra diusap olehnya cuba hntuk meredakan tangisan si kecil.

"I want girl. Boys are nasty." Kayra menangis semahunya di leher Adrian.

"Mana ada lah. Tak semua boy macam tu." Inara disebelah pula menyeka air mata di pipi Kayra.

"Uncle Paus tu." Jari telunjuk Kayra ditunjuk tepat pada Rizqin dan Firdaus yang sedang makan kek coklat.

Adrian dan Inara memandang ke arah Firdaus.

Firdaus turut memandang ke arah Kayra kemudian dia tersengih menunjukkan gigi hadapannya yang sudah hitam dengan kek coklat.

Tersedak Adrian dibuatnya apabila melihat perangai tak senonoh Firdaus.

"Uncle Paus je macam tu, sayang." Ujar Inara kepada Kayra.

"isk— okay.." Akhirnya Kayra terpujuk jua.

Memang patutlah dia tak suka lelaki, tengok lah perangai Firdaus macam mana.

His Eternal Love Where stories live. Discover now