Bab 47

57.7K 3.3K 4.1K
                                    

BLACK turun daripada motor berkuasa tinggi miliknya lalu helmet hitam yang dipakai olehnya dilepaskan. Rambut yang agak serabai dibetulkan menggunakan tangan.

Loceng rumah Adrian ditekan olehnya beberapa kali. Tidak lama kemudian, pintu besar rumah tersebut dibuka dari dalam. Anis memandang seraut wajah yang amat dikenalinya itu dengan pandangan hairan.

"Kenapa awak datang sini?"

"Aku nak jumpa Adrian." Jawab Black tanpa nada.

"Erm kejap biar saya panggilkan abang Ad.."
Baru sahaja ingin berpaling, lengannya yang berlapik baju itu ditarik.

Keningnya berkerut hairan apabila Black menolak tubuhnya rapat ke arah dinding. Kedua-dua belah tangan Black mengepung Anis agar tidak melarikan diri.

"Aw-awak ni kenapa?"Tanya Anis gugup.

"Aku tahu kau sengaja pancitkan tayar kereta sendiri semata-mata nak balik dengan Adrian."

Anis yang seakan takut itu tadi terus memandang tepat ke dalam mata Black yang berada dihadapannya.

"Apa maksud awak?"

"Masih tak nak mengaku? Aku nampak kau pancitkan tayar sendiri, Anis Syakila." Keras nada itu membuatkan Anis kembali gugup. Nama penuhnya yang disebut oleh Black itu menambahkan lagi kegusaran di hati.

Bagaimana lelaki itu boleh tahu?

"Kalau kau berniat untuk musnahkan rumah tangga Adrian dan Inara, aku nasihatkan kau supaya hentikan sahaja angan-angan kau tu."

Anis membalas renungan Black dengan berani. Seketika bibirnya naik tersenyum sinis.

"Saya cuma buat apa yang patut. Saya tak rasa abang Adrian bahagia dengan isteri dia.. Dia cuma hanya akan bahagia dengan saya, bukan orang lain."

Black berasa seperti ingin ketawa sahaja mendengar pengakuan bodoh perempuan dihadapannya itu.

"Don't fucking bark, if you can't fucking bite." Ujar Black dingin sambil matanya naik menikam tajam anak mata Anis yang memandangnya berani.

"Saya tak akan berhenti." Putus Anis membuatkan Black menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Gadis polos dihadapannya ini memang tekad.

"This is my first and last warning.. You played with the wrong person, woman. Kalau kau masih lagi berdegil nak teruskan rancangan busuk kau tu—"

Tubuh badan Black dirapatkan lagi dengan tubuh Anis yang melekap di dinding itu. Anis kembali gugup dan nafasnya kian tidak teratur. Wangian yang dipakai lelaki dihadapannya itu kian menusuk hidungnya.

"A-Apa yang aw-awak nak buat ni?!" Takut-takut dia bertanya.

Black melepaskan tawa kecil dan dia memandang Anis sinis, "Kenapa? Kau ingat aku nak buat apa-apa dekat kau?"

Tubuh dijauhkan dari Anis dan dia mula menilik tubuh wanita itu dari bawah sehingga atas dan akhirnya matanya melekap di bahagian dada wanita itu.

Anis yang perasan akan pandangan mata Black itu, terus menutup dadanya dengan wajah yang ketakutan.

"Hei, aku tak berselera lah tengok badan kau jadi tak payah nak tutup sangat."

Tangan yang menutupi dadanya itu perlahan-lahan diturunkan.

"Nasi lemak lima puluh sen." Kutuk Black perlahan namun masih didengari oleh Anis.

"Ingat amaran aku tu." Anis memandang Black dengan sebal,

dadanya berombak kencang. Ingin sahaja dia melayangkan satu tamparan di wajah kacak lelaki itu namun apabila terlihatkan reaksi tegang dan serius itu membuatkan dia membantutkan niatnya.

His Eternal Love Where stories live. Discover now