Bab 43

61.2K 3.4K 2K
                                    

TAWA yang ditahan dari tadi terletus jua dari dua ulas bibirnya. Wajah Adrian yang jelas menunjukkan riak tidak suka dan tidak puas hati itu menambahkan kegeliaan di hati Inara.

"Seriously, love? Hello kitty?" Tanya Adrian dengan wajah cemberut tidak percaya. Boleh pula dia yang tegap ini disarungkan dengan apron bercorak hello kitty berwarna merah jambu. Hilang kemaskulinannya.

"Why not? You looks sexy though.." Ujar Inara cuba melembutkan hati Adrian yang jelasnya tidak puas hati.

"Sexy, huh?" Inara menjeling jejaka yang berada dihadapannya. Dah mula menggatal lah jantan ni!

"Let's bake some cupcakes!" Topik ditukar dan dia terus mencapai sebuah mangkuk besar lalu sejumlah tepung dituangkan ke dalamnya.

Tidak lupa juga beberapa bahan penting yang diperlukan untuk membuat Red Velvet Cupcakes juga dimasukkan ke dalam mangkuk besar tersebut.

"Kenapa tiba-tiba nak makan red velvet ni?" Tanya Adrian dibelakang sambil memeluk pinggang ramping Inara. Bibir didaratkan di leher jinjang isterinya dan dihidu wangian yang sering menemaninya tersebut. Bau Inara merupakan satu ketagihan. Vanilla..

"Saja. I bosan dekat rumah, you apa tahu? Asyik kerja je!" Sindir Inara. Sesekali tangan Adrian yang berada dipinggangnya itu ditepuk. Menggatal!

"Boleh tak you tolong ambil telur dalam peti tu?" Arah Inara lalu Adrian terus menganggukkan kepala.

Dua biji telur dipecahkan dan dimasukkan ke dalam adunan tadi manakala Inara terus mengacau sehingga adunan itu sebati.

Adrian menyandarkan tubuhnya pada meja bercorakkan marble tersebut.

"Sayang, ambilkan tray tu." Adrian memanjangkan tangannya untuk mengambil tray yang terletak agak jauh dengannya. Entah mana silapnya, tangannya berlanggar dengan pek tepung yang dibiarkan terbuka.

Satu dapur mereka terus berjerebu disebabkan satu pek tepung.

"Sayang!" Tempik Inara geram.

Kedua-dua pasangan itu terbatuk-batuk dan mata dikerlipkan beberapa kali dek kerana tepung tadi menyukarkan penglihatan mereka.

"Sorry, baby.."  Inara menjeling Adrian. Memang tak boleh masuk dapur lah laki dia ni. Orang minta tolong, dia menggatal.. Lepastu, sepahkan dapur pula tu!

"Now you tolong I letak adunan ni dalam tray.." Arah Inara kepada lelaki dihadapannya. Adrian mengangguk lemah. Apa-apa sahajalah sayangku!

Usai meletakkan adunan tepung tadi kedalam tray yang berbentuk bulat itu, terus Inara memasukkannya ke dalam ketuhar yang sudah tersedia hangat.

Masa disetkan dan mereka hanya perlu menungggu kek cawan itu untuk masak kemudian menghias bahagian atas dengan cream cheese.

Tingg!

Ketuhar berbunyi dan Adrian mengeluarkan tray yang berisi beberapa kek cawan yang telah masak itu dengan berhati-hati.

"Sayang, cuba rasa okay tak?" Cream cheese dicalitkan sedikit dengan jari telunjuknya dan dihala ke arah bibir Adrian. Tidak menunggu lama, terus Adrian menjilat hujung jari Inara.

Kepala diangguk, "Okay, tak manis sangat.. I suka."

"Sebab manis ada dekat I kan?" Gurau Inara sambil mata dikenyitkan nakal ke arah Adrian.
Terus lelaki itu menghamburkan gelak geli hati.

Laju jari Adrian mencuit hujung hidung Inara membuatkan wajah Inara terus cemberut. Apa Adrian ingat dia tak perasan yang hidung ia sekarang tengah bersalut dengan cream cheese?

His Eternal Love On viuen les histories. Descobreix ara