Bab 30

85.4K 4.4K 463
                                    

Hari Bahagia - Atta Halilintar & Aurel Hermansyah

JARI jemari milik Arissa dengan tertib menari di atas piano menghasilkan muzik instrumental yang sangat indah. Lagu Hari Bahagia yang dinyanyikan oleh Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah menjadi lagu tema majlis resepsi perkahwinan Adrian dan Inara.

Arissa menunggu bahagiannya dalam nyanyian  sambil jari-jemarinya tidak berhenti menari di atas piano tersebut.

Kehadiran Inara ditunggu oleh Adrian dengan perasan berdebar. Sut hitamnya dibetulkan dan dia berdehem untuk menghilangkan debaran di dada. Baru semalaman tak jumpa Inara, tapi dia sudah berdebar..

🎶Ku pilih kau jadi imamku,
bukan yang lain..

Seiring dengan nyanyian Arissa, pintu dewan besar terbuka dan Inara mula melangkah masuk sambil diiringi bridesmaid di kiri dan kanannya.

🎶Cinta ini hanya untukmu...
kau bukan main.

Inara mula melangkah ke arah Adrian dengan penuh berhati-hati dan perlahan mengikut rentak lagu yang dinyanyikan oleh Arissa.

🎶Bersamamu, aku hadir.
Selamanya hingga akhir
Terima kasih untuk semua rasa
yang kau berikan untukku...

Langkah Inara akhirnya berhenti betul-betul dihadapan Adrian. Inara sungguh cantik mengenakan busana putih salju yang panjang tersebut. Berbeza dengan baju ketika akad nikah, busana kali ini tampak berkali ganda lebih mewah dan mahal. Tambahan pula, solekan di wajah Inara semakin menaikkan kecantikkannya.

🎶Im gonna marry you..
I know that you're be mine.
Im gonna give my world,
you're the only one..

Tangannya dihulurkan lalu disambut mesra oleh si isteri. Wajah Inara yang mengenakan solekan nipis itu diperhatikan lama penuh cinta. Bidadari syurga.. Inara tersenyum membalas tatapan Adrian. Ini bukan mimpi, Inara..

🎶Tell them everything..
This is just beginning.
Jangan tinggalkan aku
disaat ku jatuh..

Jari-jemari runcing milik Arissa masih menari di atas piano tersebut sambil tersenyum lebar melihat senyuman bahagia yang ditayangkan oleh abang dan kakak iparnya itu.

Nyanyian dihabiskan dan Harris sebagai pengacara majlis mula memainkan peranannya. Firdaus yang menyibuk turut berada disebelahnya sambil memegang sebuah mikrofon.

"Wah, nyanyian yang sungguh indah daripada Arissa and the gang.." Puji Harris setelah nyanyian dihabiskan..

"Saya suka! Saya suka!" Firdaus mula menggelupur kerana gembira.

Seisi dewan mula ketawa dengan telatah Firdaus yang bebal tersebut.

"Baiklah, mari kita mulakan majlis dengan ucapan daripada para ahli keluarga pengantin.."

Sejurus itu, Tan Sri Irshad dan Puan Sri Frida naik ke atas pentas lalu mikrofon yang dihulur oleh Firdaus dicapai.

"Pertama sekali, terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis perkahwinan anak kami. Untuk Inara, daddy doa yang terbaik untuk Inara dan suami. Jadi isteri yang solehah dan dengar kata suami. Daddy bersyukur sangat sebab dapat bermenantukan Adrian yang mampu terima segala kisah silam Inara. Terima kasih.."

His Eternal Love Where stories live. Discover now