Bab 56

72.3K 3.7K 1K
                                    

ADRIAN meraba-raba ruangan katil disebelahnya. Sedar akan ketiadaan jasad Inara disebelahnya membuatkan dia terpisat-pisat bangun dari tidur.

Comforter yang menutupi tubuhnya dialihkan dan dia melangkah ke arah tandas, "Love?"

Kepala dijengukkan ke dalam tandas namun tiada kelibat Inara disitu. Tidak menunggu lama, tombol pintu bilik dipulas olehnya.

Serentak itu kedengaran bunyi tangisan menghiasi pendengarannya. Lampu dibuka dan bilik yang terletak disebelah dibuka. Hampa, tiada kelibat isterinya disitu.

Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah tangga, langkahnya terhenti dan tubuhnya kaku.

Inara..

Isterinya sedang menangis ditangga sambil memeluk baju bayi yang dibeli oleh mereka minggu lepas.

Luluh hati lelakinya melihat keadaan isterinya sebegitu rupa. Ini kali pertama dia melihat Inara menangis meratapi pemergian anak dalam kandungannya.

Dengan perlahan-lahan, tubuh Inara yang menunduk sambil memeluk pakaian bayi itu dipeluk dari arah tepi. Terhinjut-hinjut bahu Inara dek kerana tangisan yang amat kuat.

"Ad—"

"Shhh.. Jangan cakap apa-apa, love.. Just cry." Ucap Adrian sambil tangannya tidak henti-henti mengusap bahu Inara yang sedang menangis tersebut.

"Kalau I tak marah Anis masa tu, mesti semua ni tak akan jadi kan? Kita tak akan hilang baby.. Ini semua salah I." Suaranya bergetar menuturkan ayat tersebut.

Serta-merta ingatannya terimbas di mana Anis menolaknya dengan mata yang dipenuhi dengan kebencian dan kemarahan. Kalaulah dia tidak marah Anis pada hari itu.

Dia tak akan kehilangan anak dalam kandungannya. Ini semua salah dia..

"No.." Tubuh Inara ditarik de dalam pelukannya dan dia mula mengucup ubun-ubun isterinya.

"I'm sorry.. Ini semua salah I.. I tak jaga kandungan I dengan baik." Adrian mendongakkan kepalanya ke atas, menghalang air matanya daripada menitis selepas mendengar rintihan Inara.

"I'm a bad mother." Rintih Inara lagi di dalam pelukan hangat Adrian.

"No, love.. Look at me." Wajah Inara yang menunduk itu diangkat perlahan dan mata mereka bertembung.

"You're not a bad mother and we're not a bad parents. Ada sebab kenapa Allah beri ujian ini kepada kita. Mungkin kita masih belum bagus untuk galas tanggungjawab tu, love."

"Love, sekarang baby tengah tunggu kita dekat syurga. Jadi berhenti salahkan diri you, sayang."

Inara mengangguk perlahan namun air matanya langsung tidak dapat henti menitis.

"You mesti kecewa kan?" Tangisan Inara kedengaran lagi.

"Tak. In fact, I'm so proud of you. You kuat, sayang. You're indeed a strong woman, wife and a strong mother.."

Inara menggelengkan kepala.

"I tak kuat.." Adrian semakin mengeratkan pelukan menyalurkan semangat kepada Inara.

Belakang tubuh Inara diusap lembut, "Love, I akan selalu ada dengan you. We will get through this phase together."

"Boleh you jadi kuat untuk I?" Pinta Adrian sambil memegang kedua belah bahu Inara. Renungan redup mata tersebut dibalas olehnya. Dia tidak suka melihat mata Inara itu dipenuhi dengan kedukaan dan kesedihan.

Jarinya perlahan-lahan menyeka air mata yang mengalir deras di pipi mulus isterinya.

"You nangislah sepuasnya, sayang tapi I merayu sangat.. Tolong.. Tolong kembalikan my precious Inara yang periang dan ceria."

His Eternal Love Where stories live. Discover now