Bab 14

75K 4.8K 351
                                    

INARA berdehem cuba menarik perhatian dua orang lelaki di hadapannya atau lebih tepak menarik perhatian Adrian Khalaf yang sedang berbual dengan seorang lelaki asing. Entahlah, Inara tidak kenal malaun disebelah Adrian.

Serentak dari bunyi deheman itu, Adrian dan Harris berpaling ke arah Inara. Kening Inara terangkat apabila terpandangkan lengan Adrian yang dipegang oleh lelaki disebelahnya.

"Korang ni.." Inara merapatkan jari telunjuk dan jari hantunya dengan kening yang sudah bercantum.

Adrian yang faham akan apa yang ingin ditanyakan oleh Inara itu terus menolak Harris agar menjauh.

"Uish tak ada lah, I lelaki tulen, masih minat perempuan cantik macam you." Jawab Harris dengan ayat buayanya.

"You siapa?" Tanya Inara.

"Call me Harris." Jawab Harris lalu menghulurkan senyum buat Inara.

"Inara." Turut memperkenalkan dirinya.

"You buat apa kat sini?" Adrian menyoal Inara.

"Saja, tak ada kawan nak borak."

"Mana kawan you tadi?" Adrian bertanya sekadar ingin menghangatkan suasana.

Lantas bibir Inara dimuncungkan ke arah suatu sudut dimana kelihatan satu pasangan yang sedang....

bergaduh?

Adrian dan Harris juga turut melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Inara.

"Asyik gaduh je kerja." Inara mencebik bibir tanda menyampah melihat abangnya dan Sarra yang sedang bergaduh.

Apa benda lah dua ekor ni gaduhkan?

"Hah ini pun menantu mummy. Puas mummy cari." Puan Sri Frida entah datang dari mana mula menyampuk perbualan mereka bertiga.

Inara bingung. Menantu?

Kepalanya dipusing ke belakang dan ke tepinya. Kot-kot terdapat kehadiran Sarra disebelahnya namun hampa. Makin naik kening Inara.

"Menantu?" Irham pula muncul secara mengejut.

Inara memegang dadanya. Kus semangat!

"Haa iyalah menantu." Kening Irham mula bercantum manakala Adrian sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh hello? Mummy, I am here?" Inara melambai-lambai ke arah emaknya di sebelah. Apakah emaknya tidak sedar kehadiran dia. Kenapa dia langsung tidak dipandang?

Ini memang pelik bin ajaib!

"Adrian, cepatlah ikut sini! Nak kenalkan dekat orang ni."

Amboi buat macam ni majlis dia pula ye ?

Dan pandangan Irham jatuh pula kepada Inara. Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum janggal.

"Err- aku pergi dulu tau...abang." Bahu Irham ditepuk oleh Adrian sebanyak dua kali lalu Adrian menghilangkan diri bersama Puan Sri Frida.

"Abang kepala otak dia." Irham masih lagi tergamam.

"You need to explain everything, Inara." Mata Irham sudah mencerlung ke arah Inara.

"Lalalalala...." Inara menekup kedua belah telinganya yang berlapikkan selendang nipis tersebut lalu mula mengatur langkah ke arah bertentangan. Irham memandang Harris disebelahnya lalu keningnya diangkat.

"Bro, aku baru tahu harini je!" Harris terus mengundurkan diri. Tidak mahu masuk campur hal Inara dan Adrian.

Kelihatan Sarra yang berada tidak jauh daripadanya langsung tidak menoleh ke arahnya. Betullah orang cakap dugaan ketika bertunang amatlah perit. Campur hari ini, sudah banyak kali mereka bergaduh disebabkan hal yang sama.

His Eternal Love Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon