Epilog

78.9K 4K 2K
                                    

"DADDY!" Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun berlari mendapatkan ayahnya yang baru sahaja melabuhkan duduk di sofa.

Adrian tersenyum kemudian tanggannya bergerak melonggarkan tali leher yang dipakainya.

Sejurus itu tubuh kecil si anak terus didakap, "Hari ni teacher ajar apa dekat school?"

"Doa makan.."

"Good. Cuba baca daddy nak dengar." Rambut Kayra yang diikat kemas itu diusap kemudian sebuah ciuman didaratkan di tepi kepala anaknya.

Jarinya naik mengusap pipi gebu kemerahan milik Kayra. Cantik macam mommy dia..

"Bismillahhirahmannirahim.. Aminn.." Cemberut wajah Adrian manakala Kayra sudah ketawa dengan besar.

Ei! Adrian mencuit hidung Kayra yang sedang mengekeh ketawa.

Ini bukan cikgu yang ajar, ini Firdaus yang ajar! Kalau bukan Firdaus, memang Aariyan yang ajar! Confirm!

"Daddy.."

"Yup?" Adrian meneguk air mineral yang berada di atas meja.

"Have you seen jibake?"

Puff

Tersembur air yang baru sahaja diteguk oleh Adrian.

"Daddy! Pengotor!" Kayra berpeluk tubuh. Wajah cemberut ditayangkan. Jelas menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan daddy nya.

"Jiba what? Apa Kayra sebut tadi?"

"I said, have you seen jibake?" Ulang Kayra lagi kepada Adrian yang sedang menayang riak terkejut.

"Siapa yang ajar Kayra perkataan tu?"

"What?" Kayra menjeling Adrian. Dah kenapa bapak dia ni?

"Love!! Love!!" Jerit Adrian memanggil Inara yang berada di dapur dengan kalut.

Wajah Inara terhias di ruang mata, "Yes, abang?"

"Love, siapa yang ajar Kayra mencarut ni?!" Tanya Adrian. Berkerut dahi Inara dibuatnya.

"Daddy! I am not cursing!"

"Yes, you are.. Jibake is a cursing word, okay?"

"No! Jibake is my new cat's name!" Marah Kayra kepada daddy nya.

Terbuntang mata Adrian, "What?!"

"Uncle Paus gave it to me.." Adrian melepaskan keluhan.

Dah agak ini Firdaus punya kerja. Kalau benda pelik-pelik itu memang datangnya dari Firdaus lah!

"Kenapa Jibake? Kenapa bukan Jimmy Neutron?"

Kayra menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.

"Daddy nak jumpa Jibake tak?" Kayra tersenyum lebar. Melihat wajah teruja anak perempuannya itu, Adrian menganggukkan kepala sahaja. Nak buat macam mana? Jibake pun Jibake lah!

Inara tergelak melihat reaksi Adrian. Tadi masa Kayra balik dari sekolah dengan Firdaus, Kayra ada bawa pulang seekor kucing dengannya.

Katanya Uncle Paus yang belikan. Dia ada lah juga suruh Kayra tukar nama nanti Adrian marah, terus melalak budak tu..

Itulah dia.. Bestfriend dengan Firdaus lagi..

"Jibake, say hi to my daddy.." Seekor kucing british shorthair didukung olehnya. Tangan kucing itu dilambai-lambai ke arah Adrian.

His Eternal Love Where stories live. Discover now