Bab 11

81.3K 5K 2K
                                    

MATA bundar milik Inara sedang menilik tubuh Adrian dari atas sehingga kebawah. Adrian tampak hensem dan menyegarkan dengan pakai sukannya.

Atau yang lebih tepat, seksi. Aumm

"Done eye-raping me?" Adrian bersuara mematikan renungan Inara terhadap badannya.

"Yes! Thanks for the service." Jawapan Inara seakan-akan membuatkan Adrian tidak percaya. Nakalnya perempuan di hadapan dia ni?!

Inara kenyitkan mata ke arah Adrian. Lalu dia mula meregangkan badan.

Pertemuan yang dijanji ketika mereka berborak di telefon beberapa hari lepas ialah di taman. Inara hanya mengajak Adrian untuk sama-sama berjoging dengannya di taman.

"I ingatkan you nak ajak pergi makan." Adrian memulakan larian perlahannya.

"Muka I ni nampak macam hantu makan ke?"

"Close." Wah! Inara sebal. Sesungguhnya, lebih baik Adrian tidak mengeluarkan apa-apa perkataan. Setiap patah kata yang dituturkan oleh lelaki itu teramatlah pedih.

Tidak tahu mahu berborak tentang apa, akhirnya Adrian melajukan lariannya. Inara langsung tidak mahu kalah. Dia memecut dengan lebih laju melintasi Adrian.

Adrian tersengih dibelakang Inara.

Perempuan gila.

Sengaja mahu mengusik gadis dihadapannya ini, Adrian mula berlari dengan lebih pantas supaya dapat melintasi Inara. Sampai sahaja di hadapan Inara, jersey miliknya ditarik dari belakang.

"Baru sekejap dah semput ke?" Adrian berpaling ke arah Inara yang sedang bercekak pinggang dengan hembusan nafas yang berat.

"Ini bukan semput. Ini tak larat!"

"Sama je lah!"

"Mana ada sama." Masih tidak mahu kalah.

Dia tidak akan sesekali menyerah kalah dengan lelaki pujaannya. Dia akan tetap berjuang sampai Adrian jadi milik dia! Eh?

Habis sahaja Inara menuturkan kata-katanya tadi, terus satu jentikkan mendarat di dahi licin milik Inara.

"Auch, sakitlah!" Inara memegang dahinya yang terasa perit.

"Mana cikgu Bahasa Melayu you? I nak jumpa." Adrian terus meneruskan lariannya meninggalkan Inara bersendirian.

Inara melihat Adrian yang mula menjauh dari dirinya tanpa rasa ingin mengejar. Batu yang berada di jalan tersebut disepak dengan kuat.

Orang nak spend time dengan dia, dia pergi lari!

Baru sahaja dia mahu memulakan lariannya kembali, satu susuk tubuh yang dia amat kenali mula melintasinya.

Bapak laju mamat kerek ni lari?!

Inara yang terpinga-pinga mula mengejar langkah Adrian. Give up? Tiada dalam kamus hidup Inara lah!

Baru sahaja dia ingin memulakan kembali lariannya, namun niatnya itu ditangguhkan dahulu. Mata tertancap pada sebuah van aiskrim yang terletak tidak jauh darinya. Langkah diatur ke arah van tersebut. Seketika, dia terlupa tentang Adrian.

Dia mula mengambil satu aiskrim yang menarik perhatian. Itu merupakan yang terakhir di dalam peti sejuk tersebut.

Belum sempat Inara mahu menghulurkan wang kepada pak cik aiskrim tersebut, ada sebuah tangan kecil yang terlebih dahulu merampas aiskrim di tangan miliknya.

Siapakah gerangan yang berani-beraninya berbuat tulah kepada sultan?!

Inara mengalihkan pandangan ke arah sebuah tubuh kecil molek yang sedang menghulurkan duit kepada pak cik tersebut.

His Eternal Love Where stories live. Discover now