Bab 29

76.3K 4.6K 1.9K
                                    

ADRIAN duduk di atas kerusi menunggu kehadiran tok kadi dan pengantin perempuan. Tidak boleh digambarkan betapa gembira dan tidak sabarnya dia menanti hari ini.

Hari di mana dia boleh mengangkat darjat Inara menjadi isterinya yang sah.

"Psst.." Harris di tepi dikerling. Apahal?

"Kau tak nervous ke?" Soalan Harris hanya dibiarkan bagai angin yang berlalu. Hello.. This is Adrian, okay?

Stay cool.

"Woi Firdaus! Kau duduk sini lah, bangang!" Panggil Shah dengan nada berbisik. Boleh pula dia duduk di bahagian perempuan. Ini kalau syaitan tengok pun confuse..

"Hish! Ye lah.." Rungut Firdaus sambil kakinya menghentak ke lantai. Semua bodoh! Nak membawang dengan datin hot pun tak senang.

Tidak lama kemudian, kedatangan orang yang ditunggu-tunggu mula kelihatan. Jangan kata tok kadi tak ada, memang tak kahwin lah aku..

"Haa mana pengantin perempuannya?" Tanya Tok Kadi tersebut sambil mata melilau mencari anak perempuan Tan Sri Irshad tersebut.

"Sabar, tok. Pengantin perempuan tengah bersiap tu." Jawab Firdaus sambil tangannya dihalakan ke arah Tok Kadi supaya bawa bersabar.

"Haa ye lah. Ni batang hidung pun tak nampak ni.." Kata Tok Kadi lagi.

"Kalut macam dia pula yang nak kahwin.." Omel Firdaus perlahan tanpa didengari oleh Tok Kadi tersebut. Tak apa, orang tua telinga kurang jelas sikit...

"Haa tu dia! Lawa bak hang! Patutlah hang tak sabar sangat nak kahwin.."

Kata Tok Kadi tersebut apabila Inara tiba dan mula mengambil tempat di atas pelamin yang disediakan.

"Ingat bini kat rumah, tok..." Gurau Firdaus sekali lagi membuatkan seisi dewan besar tersebut mula menghamburkan gelak ketawa.

Adrian tergelak kecil lalu dia mengerling ke arah Inara sepintas lalu. Ya Allah.. Inara kelihatan sangat cantik mengenakan busana putih mewah dan dipadankan dengan selendang yang sama warna dengannya. If angel doesn't exists, then how can he explain her?

She's a heather..

"Baiklah! Mari kita mulakan majlis akad nikahnya.. Pengantin lelaki tengok dulu, betul ke itu pengantin perempuan kamu?"  Tanya Tok Kadi tersebut membuatkan seisi dewan mula ketawa.

Adrian memandang ke arah Inara. Kalau boleh, dia langsung tidak mahu mengalihkan pandangannya.

"Betul dah tu, tok." Jawab Adrian sambil mata masih mengerling ke arah Inara.

Inara memalingkan wajah ke arah lain. Malu! Rasanya, ini pertama kali dia rasa malu yang amat. Padahal selama ini, urat malunya itu bagaikan tidak bersambung sahaja..

Tok Kadi mula menghulurkan tangan ke arah Adrian lalu dengan serta merta dicapai oleh lelaki tersebut. Melihatkan situasi tersebut, terus Inara dapat rasakan tangannya menggigil-gigil. Dia akan jadi isteri orang tidak lama lagi..

"Adrian Khalaf bin Ahmad Khuzairi?"

"Ya."

"Aku nikahkan dikau dengan Inara Mikaeyla bt Irshad dengan mas kahwinnya RM 500 ringgit tunai.."

His Eternal Love Where stories live. Discover now