Bab 13

74K 4.6K 286
                                    

KENING Adrian naik bercantum tatkala mendengar pernyataan yang keluar daripada mulut Datin Roza. Siapa pula yang dimaksudkan oleh omak Harris ni?

Aku single lah!

"Puan Sri Frida ada anak perempuan ke Roza?" Kening Datin Aaliyah sudah naik bercantum. Setahunya Puan Sri Frida tidak pernah mengenalkan dia dengan mana-mana anak perempuan.

"I pun baru tahu juga. Katanya, anak perempuan dia tu susah nak duduk setempat. Ada je pergi melancong luar negara."

"Oh patutlah. Adrian tak bagitahu pun kat ibu pasal ni?" Datin Aaliyah menepuk peha anak lelakinya.

Adrian pula seakan-akan baru sahaja lepas memproses info yang diterima. Adakah Datin Roza maksudkan Inara?

"Lupa..." Adrian menggaru keningnya yang tidak gatal dengan senyuman kelat. Lupa konon padahal tak tahu..

Selepas beberapa minit, Adrian dan Harris sama-sama naik ke tingkat atas untuk memberikan ruang dan masa agar Datin sekalian dapat membawang. Macam lah mereka tidak tahu Datin Roza tu kalau sudah membawang, mulutnya itu lebih laju dari Uzi.

"Apa ni, bro? Serious lah anak Tan Sri Irshad?" Harris sudah menepuk belakang Adrian.

"Aku pun baru tahu." Jawapan Adrian membuatkan kening Harris bertaut.

"Girlfriend kau kan, sengal!"

"Masalahnya, bukan girlfriend aku." Adrian menafikan.

"Apa maksud kau ni? Aku ingatkan aku ni dah teruk. Womanizer. Rupanya kau ni lebih teruk! Ada girlfriend tapi tak nak mengaku." Sakan Harris mengutuk rakannya itu.

Mata Adrian pula terus menjeling Harris. Haah, baguslah kalau kau mengaku yang kau tu womanizer. Tak adalah bersusah payah aku nak sedarkan.

"Haritu perempuan tu teman aku grocery shopping lepastu terserempak dengan mak engkau lah! Dia apa lagi, terus mengaku girlfriend."

Datin Roza itu, usah dikata. Membawang itu sememangnya sudah menjadi kerjanya. Sudahlah mulut celupar. Nasib baik perangai mulut celupar si omak itu tidak turun kepada Harris. Jika tidak, habislah rahsianya yang berada di tangan Harris.

"Tak kisah lah bro yang penting, anak Tan Sri Irshad? You good, bro?"

Adrian menggelengkan kepala. Dia baru sahaja dapat tahu bahawa Inara yang selalu mengayat dia tu merupakan adik Irham. Macam tidak percaya lah pula. Adik dan Abang perangai lain semacam!

"So maksudnya, Inara tu suka kat kau lah?"

"Seems like that." Adrian hanya mengiakan sahaja tanggapan Harris. Malas mahu membelitkan kata.

"Sometimes, aku terpikir." Jari Harris diketuk-ketuk di dagu miliknya.

"What?"

"Kau ni gay ke?" Laju sahaja penumbuk Adrian singgah di bahu lebar milik Harris.

"Sakitlah!" Harris mengaduh. Sakit!

"Tu sebab kau sepak aku tadi!"

"Takdelah kau ni! Anak Tan Sri Irshad kot! Mesti cantik! Takkan kau langsung tak berkenan?"

Cantik? Inara sangat cantik. Berkenan? Tipulah kalau dia tidak berkenan dengan Inara. Inara yang peramah, ceria dan juga nakal.

Tapi, dia tidak mahu terburu-buru.

"Eh mana Arissa? Lama aku tak nampak budak tu."

"Keluar dengan kawan dia."

"Black?" Adrian kerutkan keningnya tanda tidak mengerti. Apa kena mengena dengan Black?

His Eternal Love Where stories live. Discover now