Bab 22

73.4K 4.6K 162
                                    

ZAYN melangkah masuk ke dalam pejabat Adrian sebaik sahaja dia dipanggil masuk. Di tangannya terdapat beberapa buah dokumen dan kertas-kertas penting.

"Ada apa-apa masalah ke, Zayn?" Tumpuannya mula dialihkan ke arah Zayn yang berdiri di hadapan.

"Tak ada benda serius cuma saya rasa something fishy.." Kata Zayn serius.

Adrian mengangkat sebelah keningnya ke arah Zayn dengan perasaan yang ingin tahu.

Black yang turut berada di kerusi berhadapan dengan Adrian itu menumpukan perhatian kepada penerangan Zayn.

"Nombor yang bos suruh saya trace tu lokasi terakhirnya ialah di Kafe Encik Shah. Mungkin kebetulan tapi pada pandangan saya, bukan kebetulan semata-mata sebab lokasi terakhir nombor tu sama dengan lokasi terakhir Cik Inara." Terang Zayn panjang lebar.

"A stalker?"  Adrian bertanya sekadar ingin memastikan tekaannya.

" Exactly! Saya syak seseorang cuma buat masa sekarang biar saya siasat sepenuhnya dulu."

Adrian menganggukkan kepala lalu tumpuannya kembali teralih kepada kertas kerja yang berselerak di atas meja.

"Ah Zayn, bagitahu Firdaus untuk maklumkan semuanya kepada saya tanpa ada tercicir satu maklumat pun."

Zayn mengangguk lalu badan ditundukkan sedikit sebelum dia mula melangkah keluar.

"You know you can trust me, Adrian." ujar Black sebelum melangkah keluar dari pejabat Adrian.

Adrian sudah mula tidak senang duduk. Tali leher yang menjerut lehernya itu dilonggarkan kemudian dia terus menyandarkan tubuh pada kerusi pejabatnya. Sebuah keluhan terlepas daripada mulutnya.

Stalker?

Sudahlah sudah 2 minggu dia tidak berjumpa dengan Inara. Hal ini kerana dia amatlah sibuk dengan projek-projek besar kebelakangan ini. Nasib baik dia sudah meminta Firdaus untuk memaklumkan segala perkara yang terjadi kepada Inara. Jadi, tidaklah dia berasa susah hati. Ya, Firdaus merupakan personal informer nya..

Ah dia perlu segera mengikat Inara.




USAI mengenakan dress berwarna nude di tubuh, Inara menilik tubuh dan wajahnya di cermin dengan senyuman. Macam biasa, tak perlu diberitahu pun dia sudah tahu bahawa dia sememangnya cantik.

Mata Inara jatuh pula pada selendang yang tergantung di pintu almarinya.

Teringat pula perbualan antara dirinya dan Adrian beberapa hari lepas.

"Dah tu you nak cakap I tak cantik ke?"

"You cantik. Tapi lebih cantik kalau you berhijab." Inara mencebikkan bibir tatkala Adrian bersuara sedemikian.

Faham bahawa Adrian mahu dirinya berubah secara perlahan-lahan.

"It's okay. Just take a baby step. I tak akan paksa you berubah." Adrian tersenyum kecil.

Lagipula, dia bukanlah siapa-siapa. Sedangkan Tan Sri Irshad, bapa kepada Inara juga tidak memaksa anaknya untuk berhijab, inikan pula dia yang hanyalah sebatas tunang kepada gadis itu.

"No. Tapi you memang nak I pakai tudung, kan?"

"I don't mind, love. Kita slow slow berubah. I pun ada banyak benda yang perlu dibaiki." Mahu cakap lebih-lebih, dia masih bukan sesiapa. Dia hanyalah seorang tunang. Bukannya suami.

Inara tersenyum kecil. Dia mahu berubah. Siapa sahaja yang tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik?

Tetapi dia takut akan pandangan orang terhadapnya. Dia takut akan tafsiran yang akan dilemparkan terhadapnya.

His Eternal Love Onde as histórias ganham vida. Descobre agora