Bab 16

78.6K 5K 541
                                    

INARA dan dua orang rakan setianya, Sarra dan Firdaus akhirnya sampai ke lokasi yang dituju. Seperti biasa, mall besar itu diterokai oleh mereka. Setiap butik terkenal dan mahal dimasuki oleh mereka dan sudah tentu, setiap tangan mereka menggengam tali daripada beg-beg kertas butik berjenama.

"Eh nyah nyah nyah...Kau tengok tu! Tu bukan tunang kau ke?" Firdaus yang berada diantara Sarra dan Inara menepuk-nepuk bahu rakannya.

Jari telunjuk Firdaus dihalakan ke arah Irham dan seorang perempuan yang cantik bertudung sedang memasuki kedai barangan bayi.

Nampak sahaja kelibat Irham, terus Sarra mengeluarkan telefon bimbitnya lalu nombor tunangnya didail.

"Kat mana?"

Dan kelibat Irham kelihatan di luar kedai bayi tersebut. Seakan menjawab panggilan daripada tunangnya secara bersembunyi daripada kekasih gelap.

Terus sahaja Sarra melangkah ke arah kedai barangan bayi tanpa sempat dihalang oleh Inara dan Firdaus.

"Daus! Kenapa kau bagitahu?!" Inara tidak berpuas hati lalu bahu firdaus dipukul olehnya.

"Manalah aku tahu nok! Sakitlah!" Kaki Inara dipijak oleh Firdaus. Rasakan!

"Nok nok! Aku tumbuk karang!" Baru sahaja Inara mahu melangkah, namun Firdaus sempat menyekat langkahnya.

"Nyah! Tunggu lah dulu. Kita ada benda kena settlekan nanti.." Kata Firdaus sambil mata galak melihat Irham dan Sarra yang sedang melangkah keluar dari mall tersebut dalam keadaan yang agak tidak baik.

Kiranya, perempuan yang bersama dengan Irham sebentar tadi masih tidak tahu bahawa Irham sudah tiada disitu..

Pandangan Firdaus ke dalam kedai barangan bayi membuatkan Inara tersenyum herot. Tahu sangat apa yang Fiffy fikirkan.

Dan disitulah bermulanya Diva I&F bermula.

"Opps sorry sengaja.." Fidaus menutup mulutnya tanda terkejut sambil kaki kanannya diangkat separas punggung manakala lehernya dibengkokkan 90 darjah ke arah kiri.

"Are you blind?" Wanita yang dilanggar oleh Firdaus secara sengaja itu sudah mula naik angin. Kalau dia terlanggar biasa tidak apa, Ini rasanya memang sengaja!

"Erm..No but yes? hoho..." Sekali lagi Firdaus menutup mulutnya.

Barangan yang berterabur di atas lantai akibat daripada perlanggaran yang disengajakan oleh Firdaus tadi dikutip oleh Inara. Tidak kisah kalau perampas itu pakai tudung sekalipun, tetap perampas kan?

Jari runcingnya pantas mengambil kad kredit yang terkeluar daripada beg tangan milik wanita tadi. Sempat dia mengerling nama yang tertera pada kad bisnes milik perempuan tersebu.

Amy Amanda.

Inara tersenyum penuh makna lalu menghulurkan beg tangan tersebut. Nama ini lah yang disebut oleh Irham ketika dia bergaduh dengan daddy.. Lagi senang kerja dia mahu mengorek rahsia Irham.

Tanpa menunggu lama, Amy terus meninggalkan Inara dan Firdaus. Tidak betah mahu berlama-lamaan dengan pondan.

Bahu Firdaus dilanggar oleh Amy dengan kuat.

"Sakitlah bodo!" Keluar suara jantan tulen milik Firdaus. Bahunya yang dilanggar digosok-gosok.

"Dapat tak?"

Inara menayangkan satu kad kredit dihadapan muka Firdaus dengan senyuman kemenangan.

Apa lagi? Shopping lah!

"Nyah, kau rasa Sarra dah balik dengan abang kau ke?"

"Ye la kot..Jom lah kita nak singgah rumah anak yatim pula ni."  Kata Inara sambil menayangkan beg-beg plastik yang dipegang olehnya. Barang-barang dan pakaian-pakaian yang dibeli oleh mereka berdua menggunakan kad kredit Amy.

His Eternal Love Where stories live. Discover now