Bab 19

75.4K 4.6K 811
                                    

INARA hulurkan telapak tangannya kepada Irham dihadapan. Irham dengan selamba meletakkan beberapa keping duit kertas berwarna ungu.

Inara mencebik. Matanya digulingkan ke atas.

"Apa abang ingat Nara ni mata duitan sangat ke? Asal tolong je minta duit, asal tolong je minta duit.." Bebel Inara sambil tangannya sibuk menyimpan duit di dalam handbag. Upah sebab temankan cari barang hadiah Sarra.

Irham menggelengkan kepala. Mulut sahaja kata tak mahu tapi tangan masih bergerak.

"Anyways..."

"Syarat yang Nara cakapkan kelmarin tu ialah..." Ayat dibiarkan tergantung manakala bibir dimuncungkan ke arah telefon pintar milik Irham di tangan sebelah kirinya.

Irham mengangkat kening. Tidak Faham.

"Video." Jawab Inara dengan muka tidak berperasaan.

Video aku mengigau tu lah, bangang! Dasar tak guna abang paling derhaka!

Dan disitulah ketawa Irham terletus. Ingat lagi ya pasal Video tu? Benda dah sebulan lepas dah pun..

"Please." Mata dikerdipkan ke arah abangnya. Dia hanya mahu video itu dipadam!

"Fine.." Irham terus memadam video tersebut lalu telefon disua ke arah wajah Inara. Bukti bahawa dia sudah memadamkan video tersebut.

Inara mengangguk lalu terus kaki dihayunkan naik ke tingkat atas.

Malam nanti dia dan Irham akan ke rumah Sarra. Majlis Ulang Tahun kelahiran Sarra yang ke 25. Dah tua pun buat majlis lagi.. Katanya Sarra, majlis ulang tahun yang terakhir sebagai anak dara. Nanti dia nak jadi isteri orang dah. Hek eleh!

"Happy Birthday, darling.." Kata Irham penuh romantis.

Inara membuat muka geli geleman. Malangnya, Adrian tidak dapat ikut kesini. Cis!

"Happy birthday, babe.." Giliran Inara menghulurkan hadiah untuk Sarra Henderson. Pipi mereka dilagakan.

"Happy birthday anje bucuk-bucuk.." Firdaus yang entah datang dari mana mahu memeluk Sarra terus dihalang oleh Irham.

Eh Nyah ni! Suka hati nak peluk tunang orang.. Firdaus menjeling Irham.

"Hah jumpa tak baju baby haritu.." Sindir Firdaus selamba. Sengaja nak sakitkan hati Irham. Masih jelas lagi diingatannya bulan lepas ketika mereka bertembung dengan Irham dan seorang wanita berhijab. Boleh pula dia pergi teman awek lain cari baju bayi.

Inara terus memijak kaki Firdaus walau hakikatnya dia pun mahu tergelak.

Irham menjeling Firdaus. Menyampah! Orang pergi kedai baju bayi tu bukan saja-saja.. Orang terpaksa!

"Sakitlah!"

"Jangan buat perangai!" Inara memberikan amaran. Gila lah Fiffy ni!

"Fine!" Kepala disengetkan lalu bibir dicebik kemudian langkah terus dihayun ke meja makan. Baik aku makan!

"Psstt, Sarra! Kau ajak Maya ke?" Tanya Inara perlahan.

"Aku ajak Fira. Dia kan kawan dengan si Maya tu. Maybe dia nak suruh teman lah kot?"

"Hey,girls.." Sapa Fira kepada Inara dan Sarra.

Disebelahnya ada Maya yang membuat muka tak bersalah. Buat apa nak rasa bersalah? Farhan memang dia punya dari dulu lagi.. Inara yang datang luahkan perasaan kepada Farhan. Itulah kesilapan Farhan dahulu. Menerima Inara sedangkan dia sudah ada Armaya.

"Happy birthday, Sarra.. Mana tunang kau?" Tanya Fira cuba untuk beramah mesra bagi menghilangkan kekok. Tahu bahawa Maya dan Inara amatlah tidak sebulu dari zaman Universiti dahulu lagi.

"Ada tu tengah jawab call." Jawab Sarra

"Eh aku pergi makan dulu tau! Lapar ni!" Kata Fira diakhiri dengan ketawa kecil. Berbanding Maya, Fira merupakan seorang yang menjadi penceria suasana.

Inara baru sahaja ingin membuka mulut ingin mengata si Maya, namun deringan telefon menghentikan perbuatannya.

Nama yang tertera dibaca lalu dia tersenyum dalam hati. Adrian ni tahu-tahu je aku nak tambah dosa mengata orang kejap lagi..

Inara meminta diri untuk menjawab panggilan Adrian. Sudut yang jauh sikit dari orang ramai dituju.





SEBAIK sahaja kaki Adrian melangkah masuk ke dalam bangunan syarikatnya yang gah, semua pekerja menghentikan langkah mereka lalu badan ditundukkan 90 darjah. Tanda menghormati majikan mereka.

"Zayn, my room now!" Arah Adrian kepada pembantu peribadinya, Zayn.

Zayn. Lelaki kacak berkaca mata. Tubuhnya tegap, namun dia diibaratkan seperti seorang nerd. A hot nerdy.

Zayn melangkah masuk ke dalam pejabat Adrian.

"Kenapa, boss?" tanya Zayn sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat Adrian.

"I want you to trace this number."

Sebuah kertas yang sudah tertulis sebuah nombor telefon diletakkan di atas meja.

"Leave it all to me.." jawab Zayn sambil tersenyum sinis.

Semua ini kacang hijau beras pulut sahaja. Dia pernah buat lebih daripada ini.

Apa sahaja yang diarahkan oleh Adrian, akan dilakukan tanpa banyak soal. Tidak mungkin dia mengingkari arahan daripada Adrian. Adrian merupakan orang yang banyak menolong dia sejak dari dulu lagi. Dia tidak mungkin akan hidup mewah jika tanpa bantuan Adrian.

"Good, I know I can trust you.."

Usai Adrian berkata sedemikian, Zayn terus melangkah keluar dari pejabat.

Wajah Adrian kembali tegang. Siapa yang mahu bermain dengan api? Gambar Inara yang dihantar oleh pengirim itu menaikkan amarahnya.

Sejak dua menjak ini, dia sering mendapat kiriman gambar Inara daripada seseorang. Tidak kiralah sama ada gambar Inara yang sedang makan, berbual, ketawa, ia pasti akan dihantar olehnya.

Seolah-olah Inara sering diintip dan si pengirim sengaja untuk mencucuk sisi liarnya. Si pengirim seolah-olah sengaja ingin menguji dan bermain dengannya.

Ting!

Telefonnya dicapai kemudian pesanan yang baru sahaja diterima olehnya itu dibuka.

Kali ini, dia menerima sebuah kiriman gambar Inara yang sedang berjalan beriringan dengan Firdaus di sebuah pusat membeli belah.

Untuk apa si pengirim mengirimkannya gambar tersebut?

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan Adrian mengangkat kepalanya.

"Meeting." ujar Black sepatah membuatkan Adrian terus bangun daripada duduknya. Meja yang berselerak itu dikemas kemudian dia berjalan ke arah Black.

"Jom."

Itulah mereka. Jika dia terlupa, Black akan ingatkan. Jika Black terlupa, dia yang akan ingatkan.

His Eternal Love Where stories live. Discover now