Bab 24

72.7K 4.2K 964
                                    

ADRIAN mengerling telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk. Nama yang tertera di atas skrin telefon tersebut dibaca.

Love

atau lebih tepat panggilan dari Inara. Ego menguasai diri. Dia masih marah dan tidak bersedia untuk berbincang dengan Inara tentang perkara yang dia lihat di hotel tadi. Dia tidak mahu marahkan Inara.

Butang 'do not disturb' ditekan oleh Adrian sebelum mencampak telefonnya ke dalam laci meja miliknya. Rambut dikuak ke belakang menandakan dia amat serabut.

Baru sahaja dia memejamkan mata, pintu biliknya dirempuh kasar dari luar. Shah masuk dan terus meluru ke arah meja Adrian.

Belum sempat dia hendak mengelak, satu tumbukan telah selamat mendarat di pipinya. Zayn dibelakang dikerling lalu dia menganggukan kepala menandakan yang dia tidak apa-apa.

Adrian menolak isi pipinya dengan lidah lalu rahangnya yang terasa sengal dipegang. Kuat tumbukan yang diberikan oleh Shah tadi bagai melepaskan geram yang telah lama disimpan.

"What now?" Tanya Adrian senada. Langsung tidak takut dengan tenungan Shah yang bagai ingin menelannya.

"Sepatutnya kau dengar penjelasan Inara, bukan hukum dia berdasarkan apa yang kau nampak!" Jerkah Shah. Dia tidak mampu bersabar kalau melibatkaj Inara.

"Aku tak perlukan penjelasan. Bukti yang lebih jelas sudah ada depan mata." Jawapan Adrian amat angkuh menambahkan lagi kemarahan di hati Shah.

"Kalau kau tak boleh jaga Inara, aku boleh! Kalau kau tak nak dia, aku nak dia! Dan yang paling penting, aku tak akan layan dia sama macam mana kau layan dia!"

"Diam, Shah.. Jangan buat aku hilang sabar." Adrian memberikan amaran. Terasa diri dicabar. Tak.. Inara hanya miliknya, dan dia seorang sahaja yang boleh jaga Inara.

"Aku akan jaga dan sayang dia lebih dari kau!"

Dush!

Satu tumbukkan dilepaskan ke wajah Shah. Shah bagai mencabar kesabarannya. Tak cukup dengan apa yang dia lihat di hotel tadi, kata-kata Shah semakin mencabar ego lelakinya..

"Kau ego, Adrian! Ego!" Naik turun dada Shah menuturkan kata. Dia geram dan sakit hati dengan apa yang Adrian lakukan.

Adrian sepatutnya dengar penjelasan Inara bukannya menuduh membabi buta.

Wajahnya diraup dengan kasar. Dia tidak thau apa yang merasuknya sehingga membalas tumbukan Shah sebentar tadi.

Bunyi telefon Shah yang berdering menghentikan pergaduhan mereka sebentar. Laju sahaja tangan Shah menggeser ikon berwarna hijau di atas skrin tersebut untuk menjawab panggilan daripada Inara.

"Inara?! What happened?! Nara!!!" Shah bertanya dengan nada yang risau. Dia yakin dia tidak salah dengar, Inara meminta pertolongannya dalam keadaan yang terdesak.

"Inara?!" Panggil Shah sekali lagi sebelum panggilan mereka akhirnya terputus.

"Kenapa?! Kenapa dengan Inara?!" Adrian meluru ke arah Shah lalu kolar baju lelaki itu dicengkam kuat menandakan dia terdesak untuk tahu. Shah hanya berdiam diri lalu dia meluru keluar dari pejabat Adrian dengan tergesa-gesa.

"Shit!" Carut Adrian lalu telefonnya yang berada di dalam laci diambil.

Banyak missed call daripada Inara.

What happened, Inara?

"Zayn! Cari Inara! Sekarang!" Arah Adrian kepada Zayn sebelum dia meluru masuk ke dalam perut kereta. Kereta miliknya laju meluncur di jalan raya. Dia tidak kisah kalau dia disaman yang penting sekarang hanyalah Inara.

His Eternal Love Where stories live. Discover now