Bab 60

71.3K 3.7K 1.3K
                                    

"NENEK, tak boleh ke kalau Nara ikut dia orang pergi dusun?" Pujuk Inara kepada Hajah Khadijah.

"Tak boleh!"

"Tapi kenapa?" Dia mencebik. Semua benda tak boleh? Main dengan Pak Yok pun tak boleh, pergi dusun pun tak boleh! Ini sudahlah kali pertama dia masuk kampung, nak lah juga buat semua benda tu.

"Kamu tu mengandung. Masuk dusun tengah-tengah malam pula, tak elok."

"Beri sahaja lah Inara pergi, mak.. Dia pun baru pertama kali datang sini." Datin Aaliyah cuba memujuk bagi pihak Inara. Lantas itu, lengan ibu mertuanya itu dipeluk erat.

Sayang ibu!

"Ye lah." Hajah Khadijah akur juga akhirnya.

Senyuman Inara semakin lebar. Yes!

"Haa Inara nak ikut atuk pergi dusun tak?" Tanya Haji Ibrahim dari belakang. Dengan pantas Inara menganggukkan kepalanya. Gila tak nak?

"Laura dengan Lukas tak nak ikut ke, Khairi?" Tuan Khairi menggelengkan kepala bagi menjawab pertanyaan ayahnya.

"Lukas tu mana boleh bau durian, ayah.. Laura pula tertidur tadi lepas makan. Penat sangat lah tu.."

Haji Ibrahim menganggukkan kepala faham. Biarlah dua orang cucunya itu berehat.

Badan dibolos masuk kedalam kereta Adrian dan dusun durian ditujui.

"Berhenti kat depan ni, Ad.. Nanti kita berjalan kaki je. Senang sikit." Ujar Haji Ibrahim sebaik sahaja mereka sampai dihadapan dusun yang gelap gelita tersebut.

"Err- Tok, Arissa rasa macam tak nak turun lah."

"Pulak dah? Habistu kenapa ikut?" Arissa tersengih tidak bersalah. Huish! Tak mahu lah masuk dalam dusun tu.

"Love, nak masuk tak?" Tanya Adrian kepada Inara.

"Nak!"

"Akak! Temanlah Rissa.." Rengek Arissa. Takkan lah dia nak tinggal seorang diri dalam kereta ni.

"No. I nak ikut my husband." Arissa mencebik. Benci betul!

"Nak ikut sekali ke tak?" Adrian bertanya sekali lagi kepada Arissa.

Arissa menggeleng. Biar lah dia tunggu seorang diri dalam kereta.

Masuk sahaja ke dalam dusun besar tersebut, mereka terus mencari durian-durian yang telah jatuh ke tanah.

Adrian memegang seguni durian yang dikutip olehnya di tangan kanan. Sedang elok dia dengan Inara sedang menilik sebiji durian yang baru sahaja jatuh dari pokoknya, mereka dikejutkan dengan jeritan Aariyan.

"Babi!!! Arghh Babi!!" Pekik Aariyan sambil berlari melepasi Inara dan Adrian yang memandangnya kehairanan.

"Tak payah nak menipulah! Dusun atuk bersih tanpa—" Terhenti percakapan Haji Ibrahim apabila dia terlihat seekor khinzir hutan sedang berlari ke arahnya.

"Argh!!" Dengan laju Haji Ibrahim memecut tanpa menghiraukan pinggangnya yang hampir patah. Mulutnya ditepuk beberapa kali, itulah petang tadi bergurau pasal haiwan tu lagi!

Inara langsung tidak sempat untuk bereaksi apabila badannya tiba-tiba sahaja melayang ke udara. Adrian mengangkat tubuh ramping Inara dan diletakkan di atas bahu kirinya.

Durian di tangannya tidak dilepaskan manakala sebelah lagi sedang menampung tubuh Inara.

Dengan laju, dia juga turut berlari menuju ke arah kereta.

"Abang! Benda tu kejar kita!" Dia memandang khinzir hutan yang berada hampir dekat dengan mereka berdua.

Adrian melajukan lagi lariannya apabila Inara berkata sedemikian. Inara melepaskan keluhan lega apabila khinzir dibelakangnya itu telah berhenti mengejar mereka.

His Eternal Love Where stories live. Discover now