Bab 45

56.7K 3.2K 1.9K
                                    

LANGKAH kakinya dibawa masuk ke dalam sebuah bangunan besar yang serba mewah. Sesekali mata mengerling ke arah hiasan bangunan tersebut. Sangat cantik..

"Assalamualaikum.. Saya ada interview kerja dekat sini. Tingkat berapa ye?" Tanya gadis ayu tersebut kepada receptionist dihadapannya.

"Waalaikumussalam.. Interview?" Hairan pula receptionist yang bernama 'Zara' itu apabila seorang wanita datang kepadanya bertanya tentang temu duga.

Setahu dia, syarikat mereka tidak lagi membuka peluang untuk mana-mana pekerja baharu.

Wanita dihadapan Zara itu tadi menganggukkan kepala, "Sekejap ya.." Telefon diambil dan terus panggilan disambungkan kepada pembantu peribadi bos besar mereka.

"Tuan Black, bos ada buat apa-apa temu duga hari ini?" Tanya Zara apabila panggilan disambungkan. Dapat sahaja jawapan daripada Black terus kepala diangguk dan panggilan diputuskan.

"Cik Anis Syakila?" Perempuan dihadapannya mengangguk.

"Cik Anis boleh naik ke tingkat 45 ye. Sampai sahaja tingkat atas akan ada seorang lelaki bernama Black. Cik boleh tanya dia.."

"Black? Hitam mana?" Terhambur gelak Zara mendengar pertanyaan polos daripada Anis.

"Tak, Black tu hanya sekadar nama samaran. Black tu seorang yang berkulit cerah, tinggi dan dia sangat hensem. Dia salah seorang orang terpenting dalam syarikat ni." Jelas Zara mendapat anggukkan kepala daripada Anis.

Tidak menunggu masa yang lama, Anis terus masuk ke dalam sebuah lif dan punat yang tertulis Floor 45 ditekan.

Terbuka sahaja lif, Anis terus memegang dadanya terkejut dengan kehadiran seirang lelaki yang tinggi lampai dihadapannya. Inikah lelaki yang dipanggil Black tadi?

Dan dia baru teringat, Adrian ada menyebut 'black' beberapa hari lepas ketika mereka berbual di meja makan. Mungkin ini Black yang dimaksudkan.

"Anis Syakila?" Tanya Black tidak berperasaan.

Anis mengangguk gugup. "Follow me." Tergopoh-gopoh dia cuba mengikuti langkah kaki lelaki bernama Black itu tadi.

"Abang Adrian panggil saya ke pejabat dia hari ni nak temu duga saya. Dia tak sibuk ke? Awak tengok pakaian saya okay ke tak? Sesuai tak? Agak-agak saya diterima ke?" Celoteh Anis membuatkan Black serabut.

"Masuk." Ujar Black tidak menjawab sebarang pertanyaan Anis.

Anis mencebik sebal. Sombong!

"Jawapan untuk persoalan kau tadi.. Baju kau tak sesuai langsung untuk temu duga." Tubuh Anis yang dibaluti sebuah kebaya merah jambu itu ditilik dari atas hingga bawah.

Black hiraukan Anis dan dia terus melangkah kembali ke arah pejabatnya.

Anis menilik baju dibadannya. Tak sesuai ke? Bibir diketap malu. Macam mana dia boleh terfikir nak pakai baju kebaya ni?

Tidak menunggu masa, pintu besar hitam itu diketuk dan dia terus memulas tombol pintu. Adrian mengangkat kepalanya.

"Ada aku suruh kau masuk?" Tanya Adrian serius membuatkan Anis terus menapak keluar dan pintu pejabat itu kembali ditutup.

Pintu diketuk sekali lagi dengan lebih kuat. Suara Adrian yang seakan menyeru dia masuk itu membuatkan dia memulas pintu untuk masuk kembali.

"Duduk."

Resume yang dihulurkan oleh Anis diambil dan diteliti dengan fokus. 15 minit dia meneliti resume tersebut membuatkan Anis berasa tidak selesa. Sudahlah langsung tidak bersuara, Anis hanya boleh dengar bunyi angin yang kuat keluar dari mulut pendingin hawa.

His Eternal Love Where stories live. Discover now